TAK SUKA PENYOKONG ATAU PENENTANG BERSIH SEBAB..

7/11/2011 02:19:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Hari ni hari kedua selepas perhimpunan BERSIH diadakan. Rata - rata blogger tak lepaskan peluang untuk cerita pasal perhimpunan BERSIH tak kira yang menyokong atau membangkang. Masing - masing teguh dengan hujah sendiri. Yang menyokong berhujah dengan sokongannya macam tu jugak dengan yang membangkang.

Maskot DIGI pun terlibat. Apa Kes??
Bagi surirumah macam sang lekit ni yang memang tak pandai nak cerita pasal politik & memang tidak di lahirkan sebagai manusia yang fanatik terhadap politik makna BERSIH ni lain. Hari - hari pun kena buat kerja - kerja pemBERSIHan macam biasa walau apapun yang berlaku selagi kudrat tu masih ada. Tapi sebagai rakyat Malaysia & punya kemudahan macam orang lain untuk mengikuti perkembangan semasa dalam negara tetap sang lekit ikuti juga isu BERSIH ni.

Macam - macam cerita & video terpampar kat dunia maya ni. Pengalaman orang yang ikuti perhimpunan BERSIH. Ditahan, di pukul, berarak, di lokap & sebagainya. Tu bagi yang menyokong. Sanggup hadapi kepayahan & kesakitan demi perjuangan mereka. Bagi yang tak menyokong pula terus berhujah menentang sekeras - kerasnya. Tapi satu benda yang sang lekit kurang setuju tak kira yang menyokong atau menentang.

Maki hamun, mencarut dah jadi macam kata - kata rasmi dalam menyatakan ketidakpuasan hati tak kira dari pihak yang menyokong atau membangkang. Walau tak semua menggunakan konsep hujah macam tu tapi kebanyakkan memang macam tu. Memberi gambaran yang sangat - sangat buruk. Bagi golongan macam sang lekit ni.. Yang masih keliru perjuangan mana yang harus di sokong atau di tentang sedikit sebanyak memberi kesan. Mula la terfikir.. "Kalau aku join dorang ni dengan aku - aku sekali terjebak dalam budaya maki hamun & mencarut bila dah mula taksub & fanatik." Elok2 tak biasa dok taip perkataan F**K.. penuh pula entri aku dengan perkataan tu nanti. Tu contoh...

Kerajaan tak abis - abis kempen "Budi Bahasa Budaya Kita" nampaknya Budaya bahasa kita sekarang dah tercalar kerana ketaksuban manusia berpolitik. Tak kira yang memperjuangkan agama mahupun bangsa. Semua jadi kurang bijak bila mula fanatik.. Demi menjatuhkan & menyakiti pihak lawan budaya berbahasa sopan di pinggirkan.

Bagi sang lekit orang yang bijak & menyakinkan adalah mereka yang berhujah dengan lantang & berilmu tanpa perlu menunjukkan kebodohan & kejahilan sendiri dengan budaya bahasa kesat. Itu cuma pendapat sang lekit jer.. Pandangan seorang orang awam yang takde Ijazah mahupun PHD.

22 comments:

  1. yelah kata ideologi masing2...so mesti la akn ada penyokong, akan ada pembangkang..tp ada yg xleh trime bila dibangkang ni apesal hah?? pelik btol! mcm nk soh jugak org ikut ideologi dia..hurmm~ =.=

    ReplyDelete
  2. setuju dengan sang lekit. apa pun perbezaan fahaman kita, jangan lah sampai merenggang kan hubungan silaturrahim kita. kita hidup di bumi yang aman. Hargailah sebaiknya..

    ReplyDelete
  3. betol2!!! mencarut dari A-Z.. perghhh..berpinau teman mbacanya..hehehe..

    ReplyDelete
  4. setuju dengan sang lekit..
    kalau kita tak suka atau suka tak payah nak menyuarakan sesuatu dengan caci mki..
    tapi yang akak tengok ramai yang buat entry dengan caci maki..
    otak kat lutut la..
    tak dak akai la..
    yang carut2 pun ada...
    tak sangka sebab kalau tengok dari sejarah menulis blog dia dari orang yang berpengaruh jugak dalam dunia blog ni..

    ReplyDelete
  5. tak slah tuk brjuang..
    msing2 ade pmikiran yg trsendiri..

    kte yg mlihat ni pndai2lah mnilai~
    :)

    ReplyDelete
  6. Aku juga begitu ...sudah malas mengamalkan "words" yang hina lagi keji itu terasa kurang dewasa dan bodoh.

    ReplyDelete
  7. x menyusahkan org, x mengancam keselamatan negara xpe, ni kalau dah menyusahkan sume pihak, sape nk sokong. yg menyokong tu pun x paham pe jadah gaknye.

    ReplyDelete
  8. xsuker jugakkk mende nih!!
    sbb mende ni la xdpt Dating sabtu ari tuh..hahahaa
    abess program nk cr baju xdpt...huhu

    ReplyDelete
  9. fuhhhhh~~~ nasib baik tak mencarut dalam entry latest aku tu kan nok.. hahahahah :)

    ReplyDelete
  10. setuju tu cik lekit2.. bersih tdk ubah sperti watak dalam cerita transformers: dark of the moon.

    http://ridoma.blogspot.com/2011/07/bersih.html

    ReplyDelete
  11. begitulah sikap orang kita ...bertelagah tak sudah2....bosan!

    ReplyDelete
  12. rasa mcm org yg tulis tuh sgtla cetek otaknye..apela sgt f*** tuh, haha..buknye buat ak sket ati pon..org suke sebut tapi x phm maksod..

    ReplyDelete
  13. tayah gado2. hiduplah dgn aman kan

    ReplyDelete
  14. "orang yang bijak & menyakinkan adalah mereka yang berhujah dengan lantang & berilmu tanpa perlu menunjukkan kebodohan & kejahilan sendiri dengan budaya bahasa kesat"

    AT sokong (malas tulis panjang2)

    ReplyDelete
  15. setuju dgn cik lekit. bkn apa, mmg betoi dibelah dua2 pihak,masing2 ada hujah2 sendiri kan, either sokong atau x...tp,why not, dilaksanakan secara b'hemah...kan?

    kalau observe lah, org malaysia ni esp rata2nya org Melayu kita ni cepat melatah secara melulu t'hdp apa2 situasi & suka saja2 nak carik pasal...mesti nak maki hamun, mesti nak b'tumbuk...

    hodohlah...ish3...

    ReplyDelete
  16. setuju dgn cik lekit. bkn apa, mmg betoi dibelah dua2 pihak,masing2 ada hujah2 sendiri kan, either sokong atau x...tp,why not, dilaksanakan secara b'hemah...kan?

    kalau observe lah, org malaysia ni esp rata2nya org Melayu kita ni cepat melatah secara melulu t'hdp apa2 situasi & suka saja2 nak carik pasal...mesti nak maki hamun, mesti nak b'tumbuk...

    hodohlah...ish3...

    ReplyDelete
  17. hahaha...ape kes maskot digi pom bersih..

    ape tu bersih?? x phm2..

    ReplyDelete
  18. dh tak tau mana 1 betul dh kak.

    ReplyDelete
  19. series sy ckp perhimpunan ni hanya utk kepentingan anwar je bukan utk rakyat!fullstop

    ReplyDelete
  20. Chek setuju sgt...komen chek pasal nie http://simplymectnahda.blogspot.com/2011/07/ops-bersih.html

    ReplyDelete
  21. rakyat sendiri pun tak clear apa itu bersih..lps gaduh sama sendiri demi idealogi masing2..kerugian disitu..
    *sigh* bosan dgn politik Msia

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com