BILA ORANG LAIN TAHU SESUATU YANG KITA TAK TAHU TENTANG PASANGAN KITA..

8/17/2011 01:10:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Sejauh mana kejujuran seseorang tu kadang - kadang mata kasar tak dapat mentafsir. Manusia adalah pelakon yang di lahirkan dengan bakat yang semulajadi walau tak beraksi depan kamera atau atas pentas namun bakat lakonan tu memang wujud dalam diri setiap manusia tak kira la banyak atau sikit bakat lakonan yang dorang ada.

Sang lekit suka memerhati.. Pun macam tu bukan bermakna sang lekit suka tenung, usya atau tengok orang lain sampai tak kelip mata & mengundang rasa tak selesa tapi memerhati gelagat manusia tak kira dari perbuatan, penulisan atau pergerakkan. Fenomena FB (Facebook) memang tak asing lagi dalam dunia kita hari ni. Budaya menulis apa saja tak kira la berbentuk santai, lawak, peribadi, marah atau luahan perasaan kat dinding facebook pun bukan la benda yang pelik lagi. Di Facebook kita akan berkait - kait dengan antara satu sama lain. Contoh kita add sorang kawan.. kemudian tengok dalam friendlist dia ada makwe, bini, tunang or skandal dia pun terpacak kat situ, sebagai manusia normal yang kalau tak banyak pun sikit mesti ada sikap penyibuk tu nak jugak kenal pasangan kawan kita tak kira la dengan niat baik atau sebaliknya.

Kawan kadang - kadang lebih kenal perangai pasangan kita ni. Nak - nak lagi pasangan kita ni suka sangat bernakal nakalan di belakang kita tapi depan kita bak kata pepatah pijak semut pun semut rasa macam kena urut jer.. Bila dia beraksi sebagai pelakon terbaik depan pasangannya, maka mata kasar si pasangan akan terkabur dengan lakonan baik tu. Yang jenis suka sangat la memuja muji pasangan secara umum ni kadang - kadang ada tak baiknya. Contoh kat status FB.. Bagi dia pasangannya macam malaikat.. sempurna, baik, setia, jujur.. Tapi di sebalik mata kasarnya sebenarnya si polan tu.. aduhai bukan takat mata keranjang, mata telanjang, mata miang.. & macam - macam lagi. Aktiviti di belakang pasangan kadang - kadang kawan2 lebih tahu & bila terbaca puji - pujian macam tu dari si pasangan sipolan ni pasti timbul rasa kesian...

Yang si polan mati2 la percaya.. dia la satu2nya takhta hati si pasangannya walhal.. belakang dia, Tuhan saja yang tahu. Persoalannya kini.. si pencurang yang suka bernakal nakalan walaupun dah di cop sebagai dah ada pemilik tak rasa kesian ker bila baca puji pujian.. puja pujaan dari pasangan yang percaya akan kesetian kamu selama ni?? Tak rasa ke memperbodohkan kasih sayang orang lain yang tulus pada korang? Renung - renungkan lah.. Buat diri sendiri juga pedoman untuk orang lain.

Entri ini terilham dari status kat FB.. Almaklum la sang lekit pun seorang isteri. Keikhlasan & kejujuran seseorang memang sukar di lihat, umpama semut hitam di malam hari yang gelap gelita. Cuma berharap, berdoa.. kepercayaan kita selama ni tak ternoda dengan kecurangan si dia di belakang.
If you have a wonderful husband, fiance or boyfriend who works hard to take care of you and would do anything for you, then re-post this as your status to give the honest good men out there the recognition that they deserve. Because great men are few and I'm proud to say that.. I HAVE ONE. << Status ni yang sang lekit jumpa pada wall someone & buat sang lekit mula terfikir sesuatu.. 

14 comments:

  1. itulah. selalu gak terfikir. takut2 dperbodohkan tanpe kite tau. hati orang, manekan kite nak bace.

    ReplyDelete
  2. Dunia ni memang pentas lakonan yang hebat. Tapi if he/she love her/his partner, mesti dia akan pamerkan dirinya yang sebenarnya, walaupun kebenaran tu kadang kala menyakitkan hati. Tapi itulah lumrah kita berpasangan, saling lengkap melengkapi kelebihan dan kekurangan.

    ReplyDelete
  3. cinta itu membutakan..
    heheheheh
    serba salah nak berterus terang..
    kang kata kita jaga tepi kain orang..
    tapi bila kecewa kita jugak dicarinya untuk meluahkan perasaan..

    ReplyDelete
  4. huu~~betul..
    tapi sebagai manusia yg rasional..buat lah apa yg dirasakan waras...jgn emosional..
    manusia x sempurna. tapi x salah menjadi yg lebih baek..
    menjadi kenyataan...kawan lebih mengenali pasangan kita berbanding diri sendiri (except yg dah berumah tangga)

    ReplyDelete
  5. Betul setuju sgt...! sblm sy bergelar tunangan org,secara jujur mmg masih terus mencari yg terbaik sbb tu lebih kurang 'curang' di belakang..tapi sekarang sudah setia pd yg satu,godaan itu cobaan bg sy..sy akan berusaha mnjadi pasangan yg terbaik :)

    ReplyDelete
  6. yg memainkan peranan sbgai lelaki tu mst playboy.yg perempuantu lah yg naye.kesiannya kena main cm tu.dgn pujian tertutup mata nya.

    ReplyDelete
  7. perkara yang paling saya takuti sebab saya dah pernah terkena.salah satu kesan negatif Long Distance Relationship =(

    ReplyDelete
  8. entry yang sangat bagus dan menarik la kak:) terkesima baca:)

    ReplyDelete
  9. pernah terjadi pada seorang rakan.. masa tu rasa macam nak bocorkan je rahsia si lakinya.. tapi tak tau lah samada perlu bagitau ke tak...

    ReplyDelete
  10. pernah terjadi..bila org asyik tya apa hubungan/mcm mana hubungan? ok ke tak, hati mula rasa sangsi..huh!! orang lain tau cerita,kita je yang tak tau.. rasa mcm bodoh je time tu..

    ReplyDelete
  11. rasa nak muntah bila dengar dia puji2 bf dia.. padahal kita tau bf dia mcm mana...

    sian...

    ReplyDelete
  12. tak pernah lg jadi camni kat diri @ kwn2 lain..(mintak dijauhkan..)
    but..gud 4 reminder..

    kata2 tu dgt nice...:)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com