LANGSUIR DI BULAN PUASA

8/01/2011 01:16:00 AM suria lekatlekit 21 Comments

Bila tibanya ramadhan kita sedia maklum semua iblis/syaitan di penjara. Maka.. secara automatik kita akan fikir takde lagi hantu sepanjang bulan puasa jadi nak meronggeng atau melepak malam - malam sampai sahur sorang diri pun tak jadi hal la kan. Tapi sang lekit ada kisah langsuir di bulan puasa ni. Macam mana langsuir ni boleh muncul di bulan puasa?? Bukan sekor tapi siap berkumpulan. Alkisahnya di zaman kanak - kanak dulu..

Carian google

Masa belum akil baligh dulu sang lekit & kawan - kawan memang rajin ke masjid berterawih walau solat terawih tak seberapa, melantak je lebih. Budak - budak kan.. Aktivitinya memeriahkan suasana jer. Kita pergi beramai secara berkumpulan.. Jadi kalau balik lewat malam pun tak kisah sangat sebab mak bapak kitorang tahu kitorang ke masjid bukan merayap. Lagipun budak kampung zaman tak banyak jenayah macam sekarang, kerisauan tu berkurangan la bila berjalan malam - malam.

Alkisahnya mat - mat lepak pinggir jalan yang aktiviti dorang tersadai tepi jalan lepas buka puasa sampai tengah malam. Masa nak pergi terawih tu memang tak nampak sangat geng2 dorang tapi masa balik terawih tu meriahkaripap dorang melepak sambil membincangkan isu2 semasa dorang la.

Sang lekit & the gang ni memang la terkenal dengan kenalan masa kecik. Ada saja la idea nak mengenakan orang. Pada satu malam tu lepas habis jer terawih, kitorang dah berpakat nak balik time dah semua orang balik, jalan pun lengang semata mata nak kenakan mat2 lepak pinggir jalan ni. Lepas orang semua dah balik.. maka kitorang pun berjalan dalam gelap dengan telekung sembahyang masing2. Selalunya nak balik kita akan buka telekung tapi malam tu kita dah pakat nak pakai pakaian seragam. Konon nak jadi langsuir sakat mat2 lepak pinggir jalan ni.

Maka dalam kesunyian & kegelapan malam tu kita berjalan perlahan - lahan dalam pakaian serba putih. Bila ternampak kelibat geng serba putih dari jauh menuju kearah dorang (mat2 lepak), masing2 tergamam. Sang lekit sempat dengar.. ada yang siap cakap suruh diam & jangan tegur apa2. Dari situ jelas dorang ketakutan & terpedaya dari kelibat kitorang yang bertelekung putih dalam gelap di tengah malam. Bila sampai jer dekat dorang apa lagi kitorang bantai gelak kuat2 sebab kitorang yakin berjaya kenakan dorang malam tu.

Abang2 lepak pinggir jalan tu pun bantai gelak sebab terpedaya. Moral of the story.. pada yang suka lepak malam2 kat pinggir2 jalan tu bawak2 la lepak bersama jemaah masjid. Takde la kena sakat dengan langsuir di bulan puasa.

Apapun itu cuma sebahagian kenangan nakal sang lekit masa kecik. Kalau nak di ikutkan banyak lagi kisah nakal sang lekit masa zaman kanak2 ni. Terutama dalam aktiviti kenakan orang. Sempena bulan ramadhan yang mulia ni sang lekit nak ambil kesempatan untuk memohon kemaafan sekiranya penulisan sang lekit ada menguris perasaan secara sengaja atau pun tak. Selamat berpuasa moga kita di lindungi dari gastrik. kekekekekeke

21 comments:

  1. SELAMAT BERPUASA NYAH!!

    kenapa kau tak pilih jadi hantu susu eh? kekekekekeke

    ReplyDelete
  2. amboi...notti ye..adik baby jangan tiru perangai ibu ni tau.

    kenapa mat lepak tu tak baca 'qul huwallahu ahad' kuat-kuat..dah takut sangatlah tu

    ReplyDelete
  3. HAHAHA

    nakal gak akk masa kecik

    Selamat berpuasa akak:)

    ReplyDelete
  4. oke sangat kelakar bila bayangkan..hahah..
    nakal akak ni yek !

    ReplyDelete
  5. wakakak..
    nakal rupanya..
    silap2 ada yang lemah jantung
    tak dan nak betaubat..
    wakakak

    ReplyDelete
  6. Selamat Berpuasa Ibu Preggy...

    nakal sungguh!!!

    ReplyDelete
  7. lekit..dari kecik lagi mmg suka
    kacau org ape..dah ar kacau abg2..
    nk ngorat lah tu..
    hahahahahaha...
    alala..tak takut pun..
    klo jumpe lekit wat gitu..
    mmg dah kene cepuk dah
    hahahahaha

    ReplyDelete
  8. akak tak pernah alami zaman nakal begitu....

    ReplyDelete
  9. woo nakal akak lekit ni ghopenye ye..kt blog ni idak ke nk nyakat2 org?? hihi~

    ReplyDelete
  10. kecik2 dah pandai nyakat orang ye..hehehhee

    ReplyDelete
  11. hahahahahahaha diaorg penakut,hahahaha

    ReplyDelete
  12. hahaha.. adoiii.. kompem dah ketaq lutut mat2 lepak tu.. ;p

    p/s: lom terlambat g kot nak wish salam ramadhan.. hehe..

    ReplyDelete
  13. cerita menarik.. tapi gambar yang ditempelkan tu buat sy tak brani nak pandang lame2... seram seh!

    ReplyDelete
  14. hehe..nakal sungguh budak tu..sakat org..

    tp best bile tingat time kanak2 ribena g terawih..:p

    ReplyDelete
  15. oleh kerane sy penakut sejak azali, sampai skarang sy pegang, bulan pose hantu xde sbb sume kene ikat. hahah^^

    selamat berpuase kak! ;D

    ReplyDelete
  16. tgh membayangkan sekumpulan telekung berjln2 di dlm kawasan kampung...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com