MISTERI MIMPI RABBIT YANG DAH 2 TAHUN MATI

8/14/2011 11:37:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Sang lekit masih terfikir dari siang tadi.. Kenapa tiba - tiba rabbit muncul dalam mimpi sang lekit setelah lebih 2 tahun dia mati. Rabbit bukan seekor arnab yer.. Nak tahu siapa rabbit teruskan membaca.

Semalam memang sang lekit tidur tak nyenyak. Sememangnya sejak dah sarat ni tidur memang kurang nyenyak sebab perut yang makin besar, pinggang yang selalu sakit & posisi tidur yang tak boleh bergaya bebas macam sebelum pregnant. Bila melentang susah nak nafas, mengiring pula tak boleh lama - lama sakit pinggang & kena tukar2 posisi mengiring tu kejab sebelah kiri sekejab kanan.

Bila terlelap agak nyenyak tiba - tiba rabbit muncul dalam mimpi. Dalam mimpi tu sang lekit balik kampung, tengah santai - santai kat ruang tamu tiba - tiba rabbit muncul. Terkejut sang lekit sebab dalam mimpi tu sang lekit tahu rabbit dah lama mati macam mana tiba - tiba dia ada. Wajah & warnanya sama jer.. Dalam mimpi & realiti rabbit tetap sama. Happy sang lekit nampak rabbit ada.

Bila tersedar dari tidur, terfikir sang lekit kenapa rabbit muncul dalam mimpi setelah lebih 2 tahun dia mati. Kalau mimpi orang yang dah meninggal mungkin tak pelik tapi mimpi rabbit memang agak pelik. Mungkin rabbit pernah jadi makhluk Tuhan kesayangan sang lekit satu ketika dulu.

Anak buangan yang di takdirkan menumpang kasih di rumah sang lekit. 2009 sang lekit terkena demam chikungunya. Sang lekit balik kampung & pada masa yang sama rabbit juga sakit & demam. Selalu tidur dengan sang lekit. Tapi selepas seminggu Rabbit demam buat pertama kali & terakhir dalam hidup dia, ajal datang menjemput dia pulang. Mimpi semalam buat sang lekit tiba - tiba rindu sangat dengan dia.



Inilah Rabbit kesayangan sang lekit 1 ketika dulu

12 comments:

  1. salam...cian nyer die...

    nape die boleh mati...Allah lebih menyayanginya...:)

    ReplyDelete
  2. Apabila dah sayang,pemergian tu mmg dirindui..ingatkan arnab tadi haha! kucing rupanya...comelnya...ermm..

    ReplyDelete
  3. Allah lebih tahu kebaikannya berbanding kita..

    ReplyDelete
  4. oo..c bulus rupenya...ni mesti kes abby teringat kat rabbit ni....

    ReplyDelete
  5. sedihnya.. kita memang sayang kucing... teringat bersih

    ReplyDelete
  6. sebak pulak baca entry kali ni
    T.T

    ReplyDelete
  7. alahai...ia tau yang cik lekit akan dapat pengganti dia kot (means dpt baby)

    ReplyDelete
  8. mungkin lekit rindu sgt ngan dia kot.. kekadang kita ni mimpi sebab terbawa-bawa ngan emosi.. :)

    ReplyDelete
  9. tahun ni saya hilang 2 ekor kucing

    ReplyDelete
  10. hmmm memang penyanyang akk ni.rabbit pun termimpi lagik.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com