PERHITUNGAN ANTARA IBU & ANAK DALAM KANDUNGAN

8/03/2011 12:12:00 AM suria lekatlekit 17 Comments

Baby yang masih tak bernama.. masih belum menjenguk dunia & masih belum tengok wajah mummy & papa. Sekarang mummy nak buat perhitungan dengan kamu yer Baby. Kamu pilih siapa? Mummy atau papa?? Kamu hanya boleh pilh satu antara dua. Walau masih dalam perut mummy tapi kamu harus belajar membuat pilihan yang penting dalam hidup kamu mulai sekarang.

carian google

Apa dah gila sang lekit ugut baby dalam perut macam tu?? Pilihan apa ni?? Apa yang berlaku antara sang lekit & en hubby sehingga menjadikan anak yang belum lahir sebagai mangsa? Mesti korang nak tau kan?? Sebenarnya secara kebetulan (dengan kuasa Tuhan juga) Baby dalam perut sang lekit ni sangat bertuah sebabnya kalau ikutkan due date bersalin sang lekit 9.9.2011 iatu pada bulan Islamnya jatuh pada bulan syawal. Apa bertuahnya baby sang lekit ni??

Mengikut dari pembacaan sang lekit tak mustahil ibu yang mengandung boleh melahirkan anak pada masa yang lebih awal dari masa yang di jangka atau lewat dari tarikh jangkaan. Ini bermakna baby sang lekit ada dua pilihan yang sangat - sangat bertuah. Kalau dia lahir awal dari tarikh jangkaan maka dia akan jadi anak mummy.. sebabnya sang lekit lahir pada bulan ogos (28 Ogos) & kalau seperti tarikh jangkaan iatu 9.9.2011 yang jatuh pada bulan syawal (mengikut kalendar Islam maka dia akan jadi anak papa sebab papa dia pun lahir pada bulan syawal walau mengikut kalendar mat saleh si papa lahir pada 28 Mei.

Semuanya secara kebetulan terjadi sebab kitorang tak mengamalkan sebarang perancang keluarga. Tak kira awal atau lewat si baby lahir dia tetap akan mencipta sejarah samada jadi geng papa atau geng mummy. Kalau jadi geng mummy jadi anak merdeka, kalau geng papa jadi anak syawal. Jadi apa nama yang sesuai korang rasa untuk anak sang lekit ni?? Boy or girl belum tahu sebab kitorang tunggu sampai lahir untuk tahu jantina. Jadi korang boleh la cadangkan dua nama (lelaki & perempuan) yang sedap, baik maknanya & senang di sebut.

17 comments:

  1. hehehhe.. kita same2 tunggu ye kak.. baby tu jadi anak mummy or anak daddy kn.. hehehe

    ReplyDelete
  2. apapun.. semoga selamat nanti.. nama ?? ermmm shahazrin ok x? haha

    ReplyDelete
  3. HAHAHA

    budaknya belom kuar la kak:p
    amboi!xsabar nak tengok

    ReplyDelete
  4. Hehe.semoge semua b,jln lncr mudah-mudahan.abe goreng doakan sume selamat.:D

    Wordless Wednesday#2 : Harry Potter

    ReplyDelete
  5. kalau lelaki imran atau Zulfikar.

    kalau perempuan Siham atau najat.

    simpel.. takyah panjang2.. nanti senang nak panggil...

    ReplyDelete
  6. carik yang ada 4 huruf hingga 6 huruf je so taklah terkial-kial nak menulis nama bila masuk sekolah nanti =)

    JASMIN
    ARIF
    FAIDHI
    HANNAH

    ReplyDelete
  7. jangan bubuh nama maisara ye..
    penat nak layan berbual nanti..

    ReplyDelete
  8. kalau lelaki ~ Muhammad Saifullah ( pedang Allah )
    kalau pompuan ~ Rabiatul Adawiyah ( nama salah sorang wali Allah )

    btw, selamat bersalin :)

    ReplyDelete
  9. waa bestnye nk dpt baby dh..kalender mat saleh tu kalender ape kak? heee...kalo name leya suke kalo nme bdak kcik stat ngn huruf Q...mcm Qayyum,Qaish,Qasyfi,Qeisha,Qalisha..sume tu mksd elok :)
    jgn lupe tnjuk piccy baby tau..

    ReplyDelete
  10. wahhhh mcm tu eh.mesti lah mama nk suh baby nya ikut mama dye kan.

    tgk perut akk mcm baby boy je =)

    ReplyDelete
  11. kalau nak baby jadi geng mummy kena la aktif sikit berjalan kalau tak nanti jadi geng papa..hehehhee


    nak kasi nama tak tau la...kayrul pun tengah pening pilih nama baby gak

    ReplyDelete
  12. nama yang pnyai maksud yang baik..tp tak usahlah panjang2..kesian nanti anak nak tulus nama bila sekolah

    ReplyDelete
  13. alamak susah laa skg nak bagi nama anak2...so lekit kena cari buku rujukan laaa harap2 indah nama baby tu nanti seindah mama papanya...juga indah rohani dan jasmaninya...amen...

    ReplyDelete
  14. mane2 pun bolehhhh.. lahir bulan 8 or 9, still dpt beraye dgn orang baru kan.. bestnye! btw, selamat menyambut org baru utk akak n hubby ;D

    ReplyDelete
  15. kalau lelaki 'Ammar Hafiz atau Ahmad Qusyairi

    perempuan:Qurratul'ain atau Izzah Insyirah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com