BILA CIK LALA MERAGAM & ANAK BULU2 TERLEPAS KANDANG

9/15/2011 11:17:00 AM suria lekatlekit 23 Comments

Satu malam tak tidur di sebabkan Cik Lala @ Shahila meragam sampai pagi. Sang lekit pun tak tahu kenapa, mungkin dia tak sihat. Badan dia takde la panas sangat cuma suam2 jer. Apa lagi asyik nangis je la dia. Tidur kejab 5-10 minit lepas tu bangun. Korang bayangkan la.. macam mana letihnya sang lekit kena jaga cik lala semalaman.

Sampai pukul 7 pagi tadi cik lala masih meragam. Kena dukung baru diam. Naik lenguh tangan sang lekit pangku dia. Tengah dok pujuk Cik lala tidur pagi tadi tiba - tiba kelibat satu makhluk yang tak asing lagi dalam rumah sang lekit muncul dalam bilik. Aduhai.. satu lagi masalah. Hamster terlepas lokap. Sah2 satu kandang dah melarikan diri ni. Bayangkan ada 5 ekor.. Nak tangkap seko2 bukan senang.

Apa lagi memandangkan dorang baru je berjaya loloskan diri maka perjalanan dorang tak terpencil sangat dalam rumah ni. Dorang tak sempat nak main sorok2 lagi. Baru dok pilih port nak sembunyi. Terpaksa la sang lekit tangkap seko2. Dalam pada masa yang sama sambil dukung cik lala tu. Kang letak dia meraung. Nak kejutkan en hubby kesian lak sebab semalam pun dia balik keja dah tengahmalam. Maka dengan kudrat yang ada.. cuba la selesaikan sendiri.

Sekor2 ku tangkap & penjarakan balik. Nasib baik yang sempat keluar cuma 3 ekor jer.. 2 lagi nyenyak tidur tak sedar yang pintu berjaya di buka oleh rakan seperjuangan dorang. Lepas dah selesai berkas anak2 bulu tu.. Sambung balik dodoikan Cik Lala dalam dukungan sampai dia tidur. Lepas cik lala tidur.. Sang lekit tak berlengah lagi. Yelah 1 malam tak tidur kau! Sampai naik angin jugak la.

Pengalaman pertama menjadi seorang mummy ni memang tak mudah. Menduga kesabaran & keimanan walau pada peringkat awal cik lala tak banyak ragam. Tapi bila dia tak sihat, tak boleh salahkan dia jugak. Pun macam tu, ada juga sang lekit marahkan cik lala.

23 comments:

  1. Pengalaman berharga lekit.. Tp ckup berharga.. X pe lekit cik lala dh basor nnt suh ngejor cik bulu smua tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. sabarlah lekit...itu baru sikit. cik lala jgn le meragam cian mummy...

    ReplyDelete
  3. kesian kak lekit.. babap je anak bulu2 tu..

    ReplyDelete
  4. Kna byk sabar sket... ,,g dlm pntang mcm2 ragam..ada tu.. dlm pntang dia buat nngis, tp hbis pantang dia dah ok..

    ada gak baby dlm pntang dia diam2 jer..nk habis pntang tu..mula mnangis...

    cam asya dlu, awal pntang... dia suka jaga mlm. tp jnis dia nk org teman dia..kalo kt tdo j dia nngis..kalo kt jaga ok je...

    x sabar nk tgu cik lala besar..nnti blh la posing sakan..happykn dpt ank girl.blh pkai bju comel2

    ReplyDelete
  5. besar pengorbanan seorang ibu kan..

    ReplyDelete
  6. cik lekit now kat kampung ke kat rumah KL dah??

    Ye,saya dah biasa tengok n jaga kaklong masa berpantang,bila anak buah meragam satu malam sampai pagi,kita pun ikut bangun jugak.masa tu kalau tak cukup sabar,boleh dibaling je baby tu.

    pintu lokap tu cuba ciklekit ikat dengan tali,so kenit bulu2 tu tak pandai bukak sendiri dah.

    ReplyDelete
  7. agaknye cik lala kembong perot tak?cian mummy suria ni..ehehe..cik lala jgn noti2 tau..


    ramainye hamster!nak sekor!ehehe..pandai betol dorang jd mcgyver bukak pintu kandang eh..

    ReplyDelete
  8. 1mlm tak tidur kak.sian akk,budak meragam mcm tu lah.nk marah pun dorg bukan paham kan kak.hmm akk ada 5ekor?ramai nya?rara punye ada sekor yg terkontang kanting.

    ReplyDelete
  9. tu la.. dulu aku suh letak dlm akuarium ko taknak... susah bersih la ape la...

    takpe, pas ni kalau terlepas, biar je takyah tangkap... anggap mcm bela kucing.. bebas berjalan dalam rumah...


    p/s sekali kene pijak... ape pun tak boleh.. hahaha

    ReplyDelete
  10. huhuhu...nak buek mcm mano..jago budak kecik mcm mcm tuh ek.. :P sabau jek lar..

    ReplyDelete
  11. tibalah masanya merasi indahnya bergelar IBU~~~
    semoga berjaya!

    ReplyDelete
  12. tak tidur malm tu kira perkara wajib yang ibu2 kena lalui..
    akak dulu bukan takat sehari..
    tapi nak dekat sebulan..
    sampai jadi sekeping...
    pengalam berharga tu...

    ReplyDelete
  13. memang tak mudah..ibarat ayah akak selalu kata - nak besarkan anak ni kena lalui berbagai fasa..setiap fasa punya cabaran tersendiri..harap cik lekit bersabar yea..

    ReplyDelete
  14. syian bb lala....

    sabo yea akak lekit..;p

    ReplyDelete
  15. nak bulu bulu pun nak berjimba jimba di luar hahaha..

    dah besar skit nanti insyaAllah kurang la skit nangis dia ;)

    ReplyDelete
  16. coming few years dah x susah kot.. good luck ek

    ReplyDelete
  17. Mencabarnya jadi seorang ibu. Besar pengorbanan seorang ibu. Tak habis mengandungkan anak selama 9 bulan, selepas itu ada lagi tanggungjawab bsar yang menanti.. ^_^

    ReplyDelete
  18. kita xda anak tapi kan dlu jaga anak buah..sayang memang sayang tapi kan bila penat and budak tu asek buat hal memang rasa marah jugak la walaupun dia tak tau pape..ish

    ReplyDelete
  19. hye mummy..
    aha..tu tanda2 cik lala mula nk sesuaikan diri dgn keadaan..
    masa ni abby kena betul2 sabar...
    bby mmg meragam mlm2..kejap2 nangis..kejap2 nangis..tanpa sebab..(kdg2 seram jugak)
    ..
    apepun..selamat berjaga mlm pasni..:)
    oho..cik bulus pun nk merekoa jugak...

    ReplyDelete
  20. huhu.. budak kecik biasa la...

    tapi pasal "hamster" tu nape time cm ni lak nak hyperaktif ek.. hehe

    ReplyDelete
  21. Cik lala nak menguji mummy dy tuu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com