GAJI RM800 TAPI BELANJA MACAM GAJI RM8K

9/24/2011 10:50:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Bila orang sebut Dolce, Gabana, Gucci bagai telan air liur je. Yelah gaji cuma RM800, sewa rumah RM250, nasib baik bil elektrik bawah RM20 jadi tak perlu bayar, Bil air tak risau mesti bawah RM10 sebulan tapi makan, pakai, simpan sikit manalah tau emergency. Tinggal berjauhan dengan keluarga ni kena ada persediaan awal.

Tu kisah sang lekit waktu kerja di cyber cafe (kerja sementara nak dapat kerja) selepas company yang sang lekit kerja sebelum tu tutup sebab masalah dalaman & kewangan. Memang ada simpanan sang lekit masa keja kat situ (gaji kat situ pun not bad so dapat la saving sikit2)  tapi sang lekit dah la menyewa sorang2 lepas tu jauh dari family jadi selagi boleh gunakan duit gaji yang seciput tu sang lekit taknak la keluarkan duit simpanan. Cerita macam setahun je kerja kat cyber cafe tu kan padahal kerja 1 bulan jer.(errkk.. dua bulan kot.. tak ingat pulak)

Berbalik pada kisah sebenarnya.. Gaji  RM800 belanja macam gaji RM8k sebulan. Maksudnya orang yang suka berbelanja lebih dari kemampuan ni. Biar gigit kuku tengah bulan takpe, janji boleh selak baju tunjuk seluar jeans rome katanya (ni merujuk pada kisah benar yang berlaku depan mata sang lekit dulu. Macam kelas sangat la jeans rome dia tu, kan??). Kau ada pakai rome. Takat pakai levis uptown tu tak payah sembang la. Tu baru jeans.. tak lagi tengok baju, beg, kasut, jam, anting2, tali pinggang, minyak wangi bagai.. Bak kata orang dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki semua branded. Harga ratus2 punya. Tapi gaji RM800 je sebulan.

Bukan la nak memperkecilkan gaji dia yang kecik tu.. Tapi bila sang lekit kenal orang yang macam ni tertanya2 sang lekit gaji dia setiap bulan di peruntukkan 100% untuk barang berjenama je ker? Kalau tak kerana tinggal dengan mak bapak confirm la tidur dalam khemah, makan biskut empat segi hari2. Yelah belanja laju macam ombak tsunami macam tu.. tak sampai tengah bulan jer confirm la bersaki baki syiling. Tu pun bertuah kalau ada lagi syiling.

Orang macam tu tepat sangat dengan pepatah "Biar papa asal bergaya".. Hanya tengok luaran jer macam kaya, tapi seluk poket tarik keluar tiket bas rapid kl je ada. Untuk apalah kita berlagak dengan barang2 berjenama kalau sampai di luar kemampuan kita sebenarnya. Barang2 tu semua akan buruk, rosak kalau boleh jual pun jenis susut harga. Bagi sang lekit yang mesekin ni kan.. Takpe la aku pakai levis uptown pun janji aku tetap boleh makan nasik sampai hujung bulan tanpa tercicir walau sehari. Lain la ko memang gaji RM8k++.. Tapi semua tu kisah zaman bujang.. sekarang dah kawen en hubby yang tanggung 100% tapi tetap sang lekit mengamalkan sistem berbelanja ikut kemampuan. Sebab tu dah menjadi cara hidup sang lekit sejak tinggal berjauhan dengan family.
 

13 comments:

  1. setuju dgn kak lekit.nyampah betul dgn manusia yg suka belanja tak ukur baju kat bdn sendiri.tapi lagi nyampah kalau yg jenis kedekut.duit ada tapi buat mcm miskin gila.hidup bersederhana sudah.

    ReplyDelete
  2. setuju...
    kt kne lah kawal perbelanjana , berbelanja biar ikut kemampuan..=)

    ReplyDelete
  3. yg aku paling benci, org yang kekonon branded, sekali makan takde duit nak bayar.. kita lak nak bayar dia makan... tapi atas meja berlagak dengan ipad la, iphone la ape la..

    baik makan dengan kawan kerje kilang, kadang2 dia leh belanja kita pun sekali...

    sedih org yg biar papa asal bergaya ni

    ReplyDelete
  4. sangat2lah setuju..mmg kena ngan situasi housemate skrg ni...beli brg sume branded. kasut crocs, primavera, beg gucci, krim muka rm200 punya, perfume lg blabla...

    lg bezt, still belajar, belum keja..

    beanja punya mewah tp bila mintak duit utk bil elektrik yg ciput jer, punye nak mempersoalkan kenapa banyak? ish..x fhm ngan org mcm nie

    ReplyDelete
  5. dulu wa pun camtu..la ni dah kawen..family 1st

    ReplyDelete
  6. Nak berbelanja tu ukurlah baju di badan sendiri. ^_^

    ReplyDelete
  7. nice entry! sbnarnya mmg ramai kot yg suka belanja tak ikot bdn sendiri.. tapi bab2 makan sanggup pulak ikat perut huhuhu..

    ReplyDelete
  8. best topik ni...

    PH ramai kawan mcm ni...gaji rm1500, pastu beli gadget gitar karen rm1400...lps tu nganga...hahahaha

    p/S : sedang mencari aset, bukan mencari gadget... :)

    ReplyDelete
  9. beli untuk menunjuk2 boleh papa kedana jadinya..
    baik la beli ala kadar saja..

    ReplyDelete
  10. tau xper.. certain people...

    biar papa asal bergaya..

    perggghhh.. mcm mana la boleh idop mcm tuh.. -.-'

    ReplyDelete
  11. sy pulak, bukan la shopping lebih dari segalanye. dah mmg potongan kat slip tu hutang melebihi gaji. kereta + rumah + kwsp + loan pelajaran. alahaiiii

    ReplyDelete
  12. ade jugak sepisi kwn camni..
    xleh nk kata apa la...duet dia..
    jgn menbaziaq.....
    :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com