GUNA MAKANAN DALAM PERMAINAN

9/27/2011 08:12:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Pagi semalam sempat tengok rancangan Ewah - Ewah yang bertemakan permainan. Peserta adalah di kalangan artis2 Malaysia. Riuh & meriah rancangan tu sebab pengacara dia Nabil & wahid senario. Memang kecoh la..

Bukan nak cerita pasal kemeriahan, kekecohan atau keriuhan rancangan tu tapi nak kopek pasal isu permainan yang menggunakan makanan. Semua orang tahu idea mencipta rancangan berunsurkan permainan & menggunakan makanan sebagai bahan permainan ni datangnya dari barat dulu. Ye ke?? Ke Jepun?? Mana2 la janji bukan bermula dari Malaysia tapi menjadi ikutan oleh negara2 lain.

Korang rasa sesuai ke main dengan makanan ni?? Bagi sang lekit la macam 1 pembaziran yang terang lagi nyata depan mata. Macam dalam rancangan ewah2 semalam.. pertandingan buat sandwich siapa lebih tinggi dengan pecahkan telur guna sebelah tangan tanpa telur kuning tu pecah dalam mangkuk. Lepas rancangan tu agaknya dorang makan tak sandwich yang comot dorang buat tadi. Rasanya tak makan kot.. Atau telur yang dorang pecahkan berpuluh2 biji tu dorang goreng buat telur dadar tak untuk makan tengahari. Dah tentu tak mungkin, kan??

Jadi di mana destinasi makanan2 tu selepas rancangan tu?? Kalau dah makan tidak, nak framekan buat kenang kenangan pun tak boleh dah sah2 la tong sampah juga yang telan semua benda tu. Kan Membazir? Kat somalia sana orang mati kebuluran tak makan, kita kat sini sampai buat main je benda makan. Menangis orang somalia tengok tau!

Jadi relevankah rancangan yang berunsurkan permainan menggunakan bahan makanan. Lain la pertandingan makan. Dah tentu masuk melalui mulut terus ke perut.

 Carian google

16 comments:

  1. amy tak minat kalau lihat rancangan macam nie..

    ReplyDelete
  2. jalan memendek kan rezeki je tu..
    nama je islam artis2 ni..
    tapi hidup tak de berlandaskan ciri2 islam tu...

    ReplyDelete
  3. btol3...konfom depa xmkn punyer...depa lupa yg membazir tu kn saudara syaitn...

    ReplyDelete
  4. diorang tu patut bagi pakej perlancongan ke somalia je..

    ReplyDelete
  5. sakit hati jgk bile tgk..
    mmbzir la maen baling2 mkanan :(

    ReplyDelete
  6. ehehehehe... kebetulan saya pun terfikir nak buat entri macam ni ari tu.. nasib tinggal draft je..

    apa pun saya setuju dengan pendapat Lekit.. di saat saudara kita d luar sana kebulur makanan, orang kita di sini suka membazir...

    kan bagus duit utk beli makanan tu di salurkan kepada yang lebih berfaedah

    ReplyDelete
  7. setuju..memang betul pun..membazir.

    ReplyDelete
  8. huh! membazir tu kan amalan SYAITAN....harap la pihak yg mengelolakan rancangan tu tersedarkan perkara ni...

    ReplyDelete
  9. betul tu sis.kadang2 rara tgk jugak rancangan cm ni.tu tak dikira membazir ke?ich pelik kan dorg ni.kadang2 pakai buah tembikai yg besar tu,nmpk cm syg sgt.

    ReplyDelete
  10. xpernah tgk rancangan tu..tp klu takat bazir2 gitu mmg xsetuju sgt..better lg game lwn sape mkn paling byk..kurang2 msk jugak makanan tu dlm prot ye dak? hurmm~

    ReplyDelete
  11. hi..jom join contest Perfumes Farm. hadiah fragrance mist dari Victoria's Secret menanti anda

    ReplyDelete
  12. tak minat rancangan macam ni sebab menggelikan. tapi yang pentingnya.. terang terang satu pembaziran yang sepatutnya kita elakkan lebih lebih lagi di dalam Islam juga melarang umatnya melakukan sebarang pembaziran.. masih ingatkan pada kisah sebutir nasi???

    ReplyDelete
  13. kalau selain makanan ok lagi.. daripada buang macam tu aje baik bagi pada mereka yang tidak berkemampuan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com