BAIK PUN TAK UNTUNG, SOMBONG PUN TAK RUGI

10/20/2011 07:53:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Bila sesuatu tu tak membawa kepentingan, kemudaratan atau kebaikan pada kita maka ia layak la di umpamakan seperti tajuk entri ni. Tapi apa kes dengan sang lekit berkenaan tajuk entri ni?? Ni la nak cerita sementara hari ni ada masa sikit kat blog..

Alkisah pasal jiran sang lekit yang berketurunan punjabi(singh) convert muslim tu. Pernah sang lekit cerita pasal dia kat blog ni tapi susah pulak nak cari link entri lama - lama ni. Tak penting pun sebab entri lama tu takde kaitan dengan cerita baru ni. Dimulakan kisahnya petang semalam..

Saja bawak lala keluar ambil angin tapi tak jauh pun dekat tingkat 9 jugak. sambil tu berdiri la sang lekit dekat tangga berdepan dengan lift. Nampak la jiran sang lekit berkenaan tu tiba2 keluar dari lift dengan bawak banyak beg & nampak sarat setiap beg dengan isinya. Nak tolong tak terdaya sebab tangan sang lekit kedua2nya di guna untuk mengendong si lala ni. Cuma sang lekit cakap.. 'Hai' je la sebab selalunya kalau terserempak dia rajin tegur jadi tak salah kalau kali ni sang lekit yang nampak dia tegur dulu.

Dia tak balas, dia pandang seimbas lalu kemudia blah macam tu je. Reaksi wajah Macam orang tak suka. Setahu sang lekit, sang lekit tak pernah pulak buat salah kat dia. Bukan sang lekit hari2 pun berbual dengan dia. Terserempak ni pun dah berbulan tak pernah terserempak. Last masa sang lekit pregnant 7 bulan dia tegur sang lekit tanya kalau nak ajak temankan beli makanan boleh tak. Sang Lekit taknak bebankan otak sangat cari salah yang kita tahu kita takde salah dengan dia. Takde angin ribut taufan atau tsunami tetiba nak menyombong, lantak kau la. Kau baik pun aku tak untung, kau menyombong pun aku tak rugi.

Kan lala.. Ada kita kesah??

Malam semalam lepas en hubby balik kerja sang lekit cerita la kisah yang berlaku petang tu. En hubby cakap mungkin jiran sebelah lagi juga punjabi (singh) tapi non-muslim la yang cerita bukan2 kot sebab en hubby cakap dorang sekarang baik. Yang jiran tu memang pernah gaduh dengan sang lekit & en hubby masa dia jadi cleaner kat ofis sang lekit & en hubby kerja dulu. Bukan sang lekit & hubby je sekolah kan dia.. 1 ofis semua maki hamun dia. Sebab mulut dia jahat. Semua orang dia mengata. Bila dia bual dengan si A, mengata si B.. dengan si C mengata si A.. sampai bos kitorang pun tak terkecuali kena umpat dengan dia. Dahsyat kan??Tapi syabas la walau 1 ofis serang dia, dia kental & tetap bekerja kat situ sampai la ofis tu berpindah. Itulah kisah macam mana kitorang tidak bertegur sapa dengan dia. Kalau tidak dulu.. bisa roboh sih pintu rumah gue di ketuk beliau nak minta tolong itu ini.

Berbalik pada cerita jiran punjabi muslim ni..Lagi bagus kau menyombong dengan aku dari baik & berisiko menyusahkan kami laki bini. Pengalaman mengajar sang lekit untuk baik berpada2 dengan jiran2 ni. Taknak jadi macam dulu.. kita tolong dia bagai nak rak.. itu ini last2 dia dajalkan kita dengan penuh berprestij gitu.

7 comments:

  1. Nilah yg dikatakan org buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali.. ;) apapun cik lala sggh comel.. Pakai tudung ke tu cik adik manis.. Hu3!!

    ReplyDelete
  2. manusia skang susah nk cari yg btui2 ati baik... nmpk baik ramei.. baik kawan ngan Lala ajer..kan, Lala?? cutenyer Lala tuh...eheheheh

    ReplyDelete
  3. biarlah dia dik..jaga diri, hati org kita tak tahu..

    ReplyDelete
  4. always be patient sis. tegur-menegur pun salah, tidak diendahkan lagi. klo tidak tegur, malah orang sangkakan kita sombong. so? better keep quiet dari bersuara. i'm not willing to face such this case. :'(

    anyonyonyo, cik lala, manisnya ;)

    ReplyDelete
  5. hai cik lala comey,mama cute

    baik kita buat hal sendiri kalau dengan orang macam tu..

    ReplyDelete
  6. jiran sekarang ni banyak yg jenis macam tu mummy lekit..ignore ja la..asalkan kite tak nyusahkan dan ngacau org lain..


    comelnye lala..dah pandai posing..ehehe..

    ReplyDelete
  7. ssh jgk klu dpt jiran tetangga cmni..huhu...

    comey cik lala..muncung2..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com