YANG BERUBAH SEJAK 2 BULAN NI..

10/20/2011 12:24:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Diam tak diam dah 2 bulan berlalu. Banyak yang dah berubah. Sekarang ni tak dapat lagi tidur yang berkualiti. Nak tidur 8 jam macam dulu rasanya umpama mimpi dalam mimpi jer. Paling lama boleh tidur pun 4 jam.. kadang 2 3 jam jer. Kalau si lala tak meragam pun malam, setiap 1 jam sekali dia akan bangun untuk minum susu. Semalam Lala pukul 4 pagi baru tidur.. Lama2 mata mummy & dady jadi panda la sebab kurang tidur.

Banyak rutin harian yang dah berubah, dari tidur, rehat dan macam - macam lagi la. Itu perubahan mummy si lala, perubahan lala selama 2 bulan ni pulak macam - macam. selain makin banyak ragamnya, Lala sekarang kalau bangun je nak kena main dengan dia walau dia belum pandai gelak lagi tapi kalau dia suka kita usik2 dia mulut dia akan ternganga & mata dia membulat dengan wajah yang ceria. Main pula bukan jenis aucak2 tu.. Lala ni nak kena main lasak2 skit. Nak kena angkat2..timang2 (timang yang tak lambung2 la), tangan kaki dia kena di gerakkan.. Lala sekarang memang taknak baring kalau mata dia celik. Asyik nak di dukung jer.

Pejam celik hari ni genap la umur cik lala 2 bulan. Dari fizikal sampai la rupa cik lala dah banyak berubah rasanya. Kalau dulu baru2 lahir ramai yang cakap rupa dia mirip sang lekit tapi sekarang dia semakin mirip dady. Apapun Selamat Hari Lahir yang ke 2 bulan Shahila. Mummy & dady will always love lala.. Ingat tu, nak Ooi! Besar esok lala pula kena dodoikan mummy & dady yer..

Segar dari ladang.. Lala Hari ni. Dimata lala sentiasa comel

P/s : Curi masa sementara lala tidur & kejab lagi kena sambung kerja rumah. Kalau Lala tidur lama boleh la melawat kawasan (BW)

18 comments:

  1. makin sibuk kan bila dh ada baby..sy ada lg 4 bln utk nikmati rehat yg maksima..haha pfftt~ =)

    ReplyDelete
  2. sebab tu kalau orang gemuk,
    lepas besalin la masa terbaik untuk menguruskan badan..
    hahhaha...

    ReplyDelete
  3. wah dah sampai 2 bulan usia cik lala ekk...cepat sungguh masa berlalu, rasa macam baru jer baca lekit bersalin.. ;)

    ReplyDelete
  4. tak pe la..
    pngorbnan seortang mak!

    ReplyDelete
  5. ala...ala...comeynya..
    baru-baru kot..nanti dia dah selesa..kurang dia ganggu waktu malam sangat..dan elakkan dia tidur lama sangat di siang hari..tak de la sampai tak boleh tidu langsung..hehe..

    ReplyDelete
  6. takperlah, baru2 jadi ibu, memang nak kena adapt dengan situasi kan..iallah bila anak makin besar, kita akan seronok, cuma kena belajar uruskan masa..

    ReplyDelete
  7. cik lala...
    putihnyer awk....
    muah heeee

    ReplyDelete
  8. salam singgah

    dah ada baby ni tido pun kurang..begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu..

    dah follow jom follow back
    qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. hehehehe...dah rase smeua tu mmg indah sgt!

    ReplyDelete
  10. alolololo comelssss =) owh nk dukung je eh.kalo dh hantap badannya mau lenguh nk dukung.akk kena mkn banyak sket bg ada tenaga lebih. =)

    ReplyDelete
  11. salam mummy....
    mata panda hee... @_@
    hehe..welkam to d club..

    dah bam bam ckit tgk cik lala skrg ni...

    semoga menjadi anak yg solehah dan menghargai jasa mami ngan dadi bila besa nnti..

    ReplyDelete
  12. tunggu lala nanti dapat adik pulak... hehehehehe...

    alah bisa tegal biasa ye dak nok?

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Lahir yang ke 2 bulan Shahila....

    Semoga Ila membesar menjadi anak yang taat kepada kedua orang tua nya

    ReplyDelete
  14. mmg byk perubahan biler ader baby. byk masa kne bagi kt dier tp x per. itu yg buat mak paknyer happy kn? kira sebayalah Adik Iffah ngan Lala yer? comeynyer panggilan 'Lala' tuh... manja bunyinyer

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com