SETAHUN KEMUDIAN

11/30/2011 08:40:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Berhabuk sikit blog ni selama 2 hari ni kan.. Yelah, tuan empunya di serang demam yang agak tinggi suhu badan nya. Boleh tahan la kalau cecah 39'c kan?? Sebab tu la blog ni pun turut demam sepanjang sang lekit demam. Alhamdulillah.. Lala sihat jer tapi...

2 hari lepas sang lekit demam dia buat perangai tak tidur sampai subuh. Lama jugak la hubby cuba pujuk dia tidur, tak jugak tidur2. Sang Lekit terbangun masa tu dekat pukul 3 pagi.. Hubby dah pejam celik kat sebelah lala yang terbeliak lagi matanya. Sang Lekit pun cuba tidurkan dia.. tetap tak berjaya. Dekat nak subuh tu bunyi pulak siren dia. Apa lagi siap2, turun bawah, start enjin bawak jenjalan sampai dia tidur. Itu je cara nak buat lala senyap & tidur kalau dia buat perangai.

Hari ni pun sebenarnya sang lekit tak berapa sihat sepenuhnya lagi. Badan rasa macam kertas je sampai nak dukung lala pun rasa dia berat sangat. Kepala pulak masih sakit2 dah tu tekak rasa loya2. Mungkin sebab perut kosong. Takde selera nak makan sejak demam.

Sebenarnya sang lekit dah lama tak demam. Setahun jugak la tak demam. Masa prgenant kan lala pun sang lekit tak demam langsung. Sekali demam.. dari hujung rambut sampai hujung kaki sakitnya. Dugaan demam bila ada baby kecik ni memang cukup2 mengugat keimanan. Tapi hati seorang ibu ni, walau sakit sekalipun kebajikan anak tetap terjaga. Tetap nak pastikan anak tu tak lapar, tak panas, tak sejuk & tak sakit walau diri dia sendiri yang sakit, kan?? Itulah pengalaman jadi seorang ibu. Naluri keibuan tu secara automatik ada bila kita berjaya bergelar ibu.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA SALESGIRL CAKAP TAK TAHU

11/28/2011 02:23:00 PM suria lekatlekit 27 Comments

Bila kita dengan mood nak membeli sesuatu barang yang agak penting dengan masa yang terhad lepas pergi ke bahagian barang yang kita cari tu dan cari punya cari tak jumpa seterusnya ambil keputusan untuk bertanya pada jurujual yang bertugas kat bahagian tu untuk memudahkan jumpa barang di cari dengan kadar masa yang pantas tiba - tiba bila kita tanya jawapannya.. " Tak tahu la.. Cuba U cari kat area2 ni."

Hangin tak? Dah tentu angin tsunami itu secara automatik datang tanpa perlu jemputan VIP. Kalau la aku cari benda tu jumpa.. Mustahil la aku nak saja tanya kau dengan tujuan beramah mesra bersama jurujual sedang aku tengah kejar masa. Jawapan tidak tahu adalah jawapan tidak munasabah & tidak boleh di terima. Dia sepatutnya tahu & kalau dia betul2 tak tahu pun dia kena ambil tahu @ tanya pada rakan setugas dia. Dia patut berusaha untuk menjawab pertanyaan pelanggan dengan jawapan yang memuaskan hati pelanggan. Jawapan .."Tak tahu & cari sendiri" adalah jawapan yang agak kurang sekolah.

Dah la dia jawab tak tahu.. Takde la pulak dia nak membantu kita cari. Dia boleh buat hal dia jer.. Mana tak sakit hati. Sang Lekit yang mula panas dalam aircorn Tesco Kota Damansara di bahagian pakaian wanita tu (Yelah, hari minggu tesco je buka sampai lewat malam).. Tetap la cari sendiri barang yang nak di cari. Memang takde. Buang masa jer.. Last2 sakit hati yang dapat.

Caring la sangat. (Carian Google)

Jadi pada para jurujual terutamanya di pasaraya besar ambil pengajaran. Nasib baik orang tak buat komplen tu kira bagus. Datangnya manusia cerewet & kurang sabar.. Tak pasal2 je kau kena. Jurujual macam ni bukan sorang.. Tapi dah ramai sang lekit jumpa. Ada yang bagus.. Walau dia sebenarnya tak tahu tapi dia berusaha juga cuba membantu pelanggan. Itu sebenarnya kerja korang. Korang di bayar gaji untuk buat semua kerja tu bukan layan gosip dengan rakan setugas yer. Harap maklum.

27 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ORANG YANG MANDUL SEBENARNYA MEMPUNYAI RAMAI ANAK

11/26/2011 03:28:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Selalunya yang kita faham & tahu orang yang mandul ni tak mampu untuk memiliki zuriat (anak) sendiri. Tapi bila terbaca 1 artikel ni terkejut juga sang lekit bila di katakan orang yang mandul sebenarnya orang yang mempunyai ramai anak. Macam mana orang yang mempunyai ramai anak tu mandul. Jom kita kupas kupis maksud yang di sebaliknya..


Rasulullah s.a.w diberitakan telah bersabda: “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?” Berkata para sahabat: “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Baca artikel sepenuhnya disini : 10 kelalaian dalam mendidik anak)

Dari 10 kelalaian mendidik anak, sang lekit tertarik dengan kelalaian No.2 ni.. (Yang lain2 kalau korang nak baca clik je link kat atas tu yer)

Kelalaian kedua: Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (do­rongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah.
Menakutkan dengan tempat gelap.
Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
• Menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

 Yang sang lekit bold kat tu yang selalu kita tengok atau kita sendiri terbuat. Bila nak melarang anak buat sesuatu kebanyakkan orang suka menakut nakutkan anak dengan cerita2 tak betul. Jarang sangat la kita nak cerita kenapa kita tak bagi anak tu buat @ pergi pada sesuatu perkara tu. Betul tak?? Jadi moga perkongsian yang ringkas ni dapat memberi manafaat pada semua ibu2 & bapa2 dalam mendidik anak. Semua orang pun nak anak yang terbaik & cuba melakukan yang terbaik buat mereka tapi sebagai manusia kadang2 kita sebagai ibu bapa pun ada silapnya. Jadi sama2 la kita belajar & membetulkan kesilapan tu.

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA DOREMON YANG POPULAR?

11/25/2011 09:01:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Doremon yang kita tahu seekor kucing robot dari masa depan yang mempunyai poket ajaib & mampu mengeluarkan apa saja permainan atas permintaan kawan baiknya Nobita. Dan mari kita cuba mengaitkan atau mencari persamaan cikgu shida & doremon.

Apa ajaibnya cikgu shida ni ada. Kerana video miming beliau kah di katakan ajaib? Korang jawab la sendiri. & Apa pula kepentingan cikgu shida kepada sekolahnya selain untuk mengajar & mendidik anak murid macam cikgu2 lain juga. Ada kelaianan ke tugas beliau dengan cikgu2 lain? Mungkin lain sikit sebab dia mengambil alih tugas bila murid2 nak buat persembahan tapi bukan cikgu shida satu2 nya guru kat Malaysia yang pertama buat macam tu. Masa sang lekit sekolah dulu pun ada cikgu bukan sorang, 2,3,4,5 orang yang memang mempunyai kebolehan untuk ambil alih tugas ni. Apakah kelainan tu sebab cikgu shida ni cikgu yang suka bermiming? Itu bukan kelainan tapi ketidaksedarandiri dah kertu... boleh gitu?? kekekeke

Jadi apa motif cikgu shida menjawab gosip yang mengatakan dia kena tukar sekolah sebab
MELAWAN GURU BESAR dengan kenyataan macam ni di blog dia??

 Dari Blog cikgu shida

Atas sebab perkhidmatan mungkin la boleh terima.. Tapi yang di umpamakan diri dia doremon tu apa kes? Ke dia rasa dia lawak macam doremon? Atau dia saja nak buat lawak. Tapi memang lawak bila dia asyik bagitau orang yang diri dia tu popular. Ni lawak tahap gaban. kekekekekekekeke


P/S : Soalan Hot & Spicy untuk cikgu shida dari seorang pakcik. Komen ni belum di remove @ di jawab sebab mungkin cikgu shida belum baca. Kalau dia dah tengok ni.. Insyaallah kena remove.

Dari FB cikgu shida
(Pukul 11.18pm 25 Nov sang lekit tengok kat status cikgu shida.. comment pakcik ni dah kena remove tanpa jawapan balas. Itu perkara biasa)

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SHAHILA & SUHAILA 2 MAKHLUK YANG BERBEZA

11/25/2011 01:33:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Siapa shahila tak perlu tanya lagi.. Itulah cik lala, anak sang lekit. Tapi siapa pula Suhaila? Kenapa Shahila & suhaila 2 makhluk yang berbeza. Dua2 nama manusia tapi hanya seorang sahaja manusia & satu lagi bukan. Nak tahu siapa suhaila.. Jom kita berkenalan dengan dia.

Kelas Mak sang lekit.. Kali pertama dia bagi nama kucing. Selalunya Si Acu (adik) la paling banyak menamakan kucing berbanding adik beradik yang lain. Kalau sempat je bagi nama.. Kalau tak sempat memang nama2 kucing di kaut habis Si Acu. Nama2 kucing yang dia bagi memang nama2 manusia. Tapi nama2 kucing tu dah tentu bertemakan klasik sikit.

lahirnya  warga baru di rumah sang lekit (kampung) anak si Tom @ Kalsom adik sang lekit kali ni menamkan dia sebagai Cik Mok tapi di tukar oleh mak sang lekit. Mak sang lekit panggil dia suhaila. Nak tau sebab apa mak sang lekit panggil suhaila?? Let's check it out!

Kelas Mak namakan anak kucing sebab shahila.

Kalau ikutkan sejarah.. Mak sang lekit bukan la pencinta haiwan sangat. Tapi bila dia dah kawen dengan Arwah Ayah yang mempunyai keluarga meminati kucing ni.. Mak terima je. Kalau nak main2 dengan kucing tu takde la.. Tapi dia tetap bagi makan & tengok2 kucing2 kami kat rumah. Tapi kami 5 adik beradik semua jejak perangai arwah ayah yang sukakan kucing cuma kakak sulung dulu dia ok je dengan kucing tapi sejak membesar dengan dewasa dia jadi alah dengan kucing maka kurang la dia nak main2 dengan kucing lagi macam dulu - dulu.

Berbalik pada kisah Shahila & suhaila ni.. Jom kita tengok betul ke suhaila ni macam shahila. Kekekekekekekeke

Suhaila dalam kurungan merah tu yer... kekekeke
Dan ni pula shahila.

Takpe la.. Mungkin cara tu je boleh ubat rindu orang jauh pada lala. Tapi kelakar bila fikir mak bagi nama kucing ni bersempena dengan nama shahila.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HISAP JARI

11/23/2011 01:16:00 PM suria lekatlekit 24 Comments

Kalau la blogging 1 kerjaya bukan hobi.. Nak2 lagi kerja makan gaji rasanya sejak ada lala mesti dah kena buang kerja dari berblog. Sebabnya.. sekarang ni memang la jarang2 lagi dapat membelai blog ni. Jangankan nak BW, dapat update blog pun dah kira bertuah sangat.

Semalam Lala demam.. Tapi tak kuat. Pun macam tu tetap meragam. Meragam takpe sangat tapi yang sang lekit runsing dia langsung tak nak menyusu. Asal nak bagi susu jer dia mengamuk & meraung. Lala ni menyusu terus dari badan. Dah dia taknak, susu tu terpaksa di pam keluar & simpan dulu. Sebab dia taknak menyusu sang lekit cuba susukan dia guna botol susu. Pujuk2 minum la jugak walau tak banyak seperti kebiasaannya. Sang Dady cuba beli susu formula.. Kot2 lala taknak susu badan dah. Pun sama jugak. Malam demam dia dah takde tapi tetap meragam. Menangis tak henti2. Terpaksa la bawak dia keluar sekejab. Ronda2 KL. Bila dalam kereta lala memang tak menangis. Dalam kereta sang lekit pujuk2 bagi dia minum susu (BF). Alhamdulillah dia nak jugak minum. Round2 kl sampai lala tidur dengan nyenyak baru kitorang balik (dalam kereta je la). Dah dekat pukul 2 pagi masa tu.

Pagi ni masa bangun pagi sang lekit cuba Breastfeeding kan lala. Dia tak nak pula. Jadi cuba susukan dia dari botol guna susu ibu dia minum la jugak. Lepas mandi pagi tadi.. Cuba lagi BF dia. Alhamdulillah sampai setakat ni dah 2 kali sang lekit berjaya BF kan dia balik (walau dia minum tak banyak sangat). Masa di meragam2 taknak minum susu tu sang lekit cuba la search2. Kot2 punca dia berkaitan dia suka hisap jari. Sekarang ni memang la kuat hisap jari. Kalau dulu bila lapar jer.. sekarang ni lepas menyusu pun kalau dalam buai dia akan hisap jari sambil tidur. Hasilnya..

Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal. (Baca artikel sepenuhnya DISINI)

Model tak berbayar. Tak payah credit sapa2.

Dari pengalaman sendiri selama 3 bulan bersama shahila ni.. sang lekit rasa shahila hisap jari sebab nakkan perhatian je sebabnya bila dia tidur atas riba dia tak hisap jari. Kalau dalam buai jer dia buat macam tu. Ada juga terbaca artikel yang cakap bayi yang hisap jari ni berisiko jonggang & gigi rosak. Tapi itu kalau sampai masuk alam kanak2 la kot. Kalau bayi rasanya takde apa2 risiko sangat.

P/S : Macam biasa sorry kalau sang lekit jarang singgah ke blog korang. Insyaallah kalau ada masa sang lekit akan baca story mory korang. Sekarang ni lala memang kurang tidur. Masa dia tidur sekejab tu la nak settle kan kerja rumah. Hari ni ada sikit masa sang lekit update blog.

24 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TU MAKNANYA TAK BERAPA MINAT LA CIKGU SHIDA Ooi

11/20/2011 07:58:00 PM suria lekatlekit 23 Comments

Jumaat lepas cikgu shida ni bajet kena serbu la kat UiTM, Perak (baca entri tu DISINI) tu sampai terpaksa buat announcement kat FB supaya tak di serbu & di ganggu semasa dia bertugas alih - alih.. ada ke orang serbu, histeria atau meraung nampak cikgu shida ni??

Status ni di update semalam (sabtu)
Mungkin dorang tahu cikgu shida ni perempuan suka buat video miming & upload kat youtube tapi tak bermakna dorang ni peminat Fanatik cikgu shida. Kalau FANatik, mustahil la dorang tak tahu yang retis no 1 dunia kononnya nak datang kampus dorang untuk jadi pengawas & mustahil kalau dorang tau dorang nak was was lagi pasal kehadiran retis no. 1 dunia tu, kan?? Kalau dorang kipas susah mati cikgu shida dah tentu sampai ke lubang kubur pun dorang cari berita pasal cikgu shida.. Ni tak FB cikgu shida pun dorang tak clik, Ntah2 Add pun tidak kot sebab tu dorang tak tau aktiviti cikgu shida, ye dak??

Berhenti la memerah santan (perasan) tu yer cikgu shida. Tak Ngetop mana pun kamu walau selalu Metro Invite perfome kat karnival dorang. Bebawak diri tu kembali ke alam nyata sikit.

P/S : Bajet kena serbu.. alih2, dia nak datang kampus UiTM tu pun orang tak tau. Kelakar kan??

P/S II : Encik Nazrul Azat tertunggu entri ni.. Nasib baik dia ingatkan sebab sang lekit pun hampir lupa entri ni draff semalam. Nak post tak sempat sebab nak keluar. 

23 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

3 BULAN BERSAMA MU

11/20/2011 02:22:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Pejam celik.. bangun duduk.. jalan berlari.. dah 3 bulan. Dari kuat meragam.. makin kurang ragamnya.. dari susah tidur malam.. makin kurang bangun tengah malam dah sekarang. Dari tak pandai senyum & gelak.. dah ada reaksi bila di usik (Gelak senyum).

Itulah Shahila @ Cik Lala bersama mummy & dady sepanjang 3 bulan ni. Gadis ni walau ter lepas 2 suntikan tapi Alhamdulillah.. Lala di beri kesihatan yang agak baik. Mungkin antibodi dia kuat kot. Bak kata orang.. Bayi minum susu ibu sepenuhnya ni memang kurang sakit. Harap2 sampai besar Lala sihat & bahagia.

Hari ni Genap 3 Bulan umur Lala. Masih lagi guna khidmat Buaian elektrik untuk sesi tidur. Sebabnya.. Lala nampak lebih nyenyak dalam buaian yang sentiasa membuai tidur dia tu. Takpe la janji dia dapat tidur yang cukup. Kalau meragam macam dulu tu bukan saja lala tak dapat tidur yang cukup.. Mummy & dady pun akan turut terlibat, kan?? Takut2 kita sekeluarga nanti jadi panda. Semua mata hitam2 belaka sebab kurang tidur.

Sempena Hari Jadi Lala yang ke 3 bulan.. takde la majlis gilang gemilang untuk lala.. Takde jugak kek ada gambar lala.. & takde apa2 hadiah selain kasih sayang mummy & dady untuk lala. Moga Lala membesar bagai Juara yer.. Jadi peneman Mummy & dady dunia akhirat. Amin..

Segar dari Digicam cap ayam pencen. Lala hari ni. 3 Bulan

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA BAGI AMARAN KAT STUDENT UiTM PERAK

11/18/2011 08:11:00 PM suria lekatlekit 26 Comments

Sebab dah terlampau popular maka cikgu shida terpaksa bagi amaran awal - awal kat semua student UiTM Perak. Dia pergi nak buat kerja bukan sesi bertemu peminat, ambil gambar atau sain autograf yer. Walau dia artis popular tahap gaban pun.. korang jangan nak serbu2 time cikgu shida sedang bertugas yer! Ingat tu budak2 (budak ker?) UiTM Perak!

Ayat di serbu tu paling tak boleh blah, kan??

Perlu ke Cikgu Shida nak mention macam tu kat FB? Budak2 UiTM tu majoriti peminat cikgu shida ke? Banyak sangat ke Peminat Fanatik Cikgu Shida kat UiTM tu? Peminat cikgu shida di kalangan penuntut UiTM tu macam budak tadika ke sampai nak ganggu cikgu shida sedang bertugas mengawas dalam dewan peperiksaan. Bajet retis popular sangat la cikgu shida ni. Patut2 dah la perah santan (perasan) tu. Memang la tak di nafikan cikgu shida ada peminat tapi rasanya peminat cikgu shida takde la sebanyak & sefanatik peminat Michael Jackson kot..

Ini buat status macam dia artis No. 1 dunia pulak. Aduhai cikgu shida.. ada je status nak buat sang lekit kondem dia. Tapi di samping kondem ada jugak status sejuk mata memandang dari cikgu shida ni akhirnya.. Nak tengok jugak ke? Boleh jer...

Akhirnya dia reti jugak redha tentang rezeki.. Ok la tu berbanding statement dia dulu pasal APC yang dia tak dapat tu, kan??

26 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PAKAI SUSUK SEBAB NAK RAJIN BERSOLAT

11/18/2011 01:59:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Kali pertama dengan susuk solat ni.. walau niatnya memang kedengaran baik, untuk membuat ibadat tapi 'Niat tidak menghalalkan cara' bak kata Nyah Zulfikar. Tetap susuk ni memesongkan akidah.

Rujukan : Harian Metro

Kerana nak mendalami agama & memastikan solatnya terjaga seorang hamba Allah ni terpengaruh dengan kawannya (juga menggunakan susuk ni)  yang menggunakan susuk kuat sembahyang. Susuk ni menurut ceritanya di ambil dari seorang yang di panggil 'Ustaz'. ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Akibat dari susuk ni, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat & dia kata setiap kali mendengar Azan, badannya terasa panas seperti ada kuasa yang menariknya untuk bersolat. Susuk ni juga ada pantang larang  sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

Niat tu dah baik.. Nak jaga solat tapi cara pula tak betul. Tetap jadi salah & berdosa. Moga benda ni jadi peringatan pada kita.. Niat & cara biarlah selari agar apa yang kita buat tidak melanggar hukum agama.

P/S : Maaf kalau kurang menyinggah kat blog kengkawan semua sekarang ni. Memang tak berapa nak ada masa. Lala kan makin besar, kurang tidur & banyak nak orang layan dia main

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA IKTIRAF DIRI POPULAR??

11/16/2011 11:51:00 AM suria lekatlekit 25 Comments

Kau ada berani tampil & mengaku diri kau popular macam cikgu shida ni?? Ada bran ker?? Takde bran.. duduk tepi dah. Biar yang berani macam cikgu shidah duduk tengah2 sambil melaungkan Slogan "Cikgushida SUDAH DIKENALI, POPULAR DAN ADA PEMINAT SENDIRI."

ayat - ayat DIVA

Meremang baca status terbaru dari cikgu shida ni.. Siti Nurhaliza pun tak pernah keluar statement macam ni beb! Agaknya tahun depan Cikgu Shida dapat Datuk la kot. sebab dah terlalu popular. Yelah.. sekarang ni jadi artis senang dapat title Datuk. Nak2 lagi yang popular.. Tu yang popular sepanjang zaman. Kiranya perit jugak tekak dok nyanyi berpuluh tahun nak dapat Datuk tu.. Tapi Cikgu shida ni cuma penat berjoget dengan buat mimik muka jer.. Memandangkan statement dia Diva berani mati punya, kita bayangkan je la populariti dia lebih mengatasi Dato Ct. Wakakakakakahkahkah

Kadang2 meluat.. kadang2 lucu dengan cikgu shida ni. Bukan pasal video miming dia.. tapi statement2 Diva dia. Aduhai.. tak perlu la mention macam tu even ko popular tahap gaban sekalipun. Mungkin setiap hari dia merasakan dia terlalu popular kot sampai buat dia mula hilang dalam imaginasi sendiri. Artis lain hari2 muka keluar TV pun tak berani nak buat kenyataan macam tu.. Ini setakat harian metro invite untuk buat persembahan kat karnival dah rasa diri macam artis no 1 malaysia. Sang Lekit tunggu2 jugak kenyataan yg merendah diri dari cikgu shida ni.. tapi tak jumpa2 lagi. Bila agaknya?? hurmmmm...

P/S : sebab terlalu banyak undangan show mungkin buat cikgu shida mula terfikir macam ni..

25 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

OH MUMMY..

11/15/2011 06:58:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Bila dah bergelar mummy ni kan.. hampir 80% dunianya semakin berubah. Perubahan yang paling jelas.. dulu takde baby.. sekarang dah ada. Dulu tak pernah beli pampers.. sekarang kena beli. Dulu tak pernah itu ini..bla.. bla.. sekarang kena buat itu ini & bla.. bla.. la. Kalau nak senarai perbezaan sejak jadi mummy dengan sebelum jadi mummy ni memang berkajang la entri ni. Jadi pepaham je la..

Bukan setakat kehidupan dalam dunia realiti je berubah.. di dalam dunia maya (online pun berubah). Dulu takde nak upload gambar baby.. asyik dok tayang muka sendiri je. Kemana mana pun tak lekang tangan dok snap muka sendiri. Sekarang ni macam lupa yang diri sendiri punya rupa (wajah) sebab asyik dok tengok baby capture gambar. Pantang nampak comel sikit mesti rasa nak ambil gambar. Kesimpulannya camera hp/digicam penuh dengan gambar anak saja.(tak mampu beli DLSR orang mesekin la katakan.. tabung Nuffnang pun tak penuh2)

Bukan setakat gambar.. Update status FB pun dah bercirikan keibuan sekarang. Setiap hari memang la seorang ibu akan lebih banyak fikir pasal anak dari orang lain mahupun diri sendiri. Contoh nak buat kerja rumah, auto la fikir.. Kena pastikan baby dah tidur. walau diri nak makan atau mandi pun, anak dulu terfikir. Selagi anak tu tak rilex @ tido (baby la.. kalau dah sebangka manusia nak tunggu anak tu tidur baru boleh buat semua, harus la si bangka tu di ketuk bertubi2 sebab dah bangka pun nak susahkan mak lagi, kan??) baru boleh selesaikan hal lain. Bila timbul sesuatu kemusykilan (lebih2 lagi anak 1st ni macam2 benda tak tahu) mula la karang status berbentuk pertanyaan dengan harapan ada yang dapat bagi jawapan yang betul2 jawapan buat maharajalawak punya jawapan.

Macam kes Mummy & lala.. Haritu lala kuat tidur sampai terlepas waktu minum susu. Bila kejut dia mengamuk, langsung susu taknak minum, tidur pun taknak & dia menyanyi lagu yang merunsingkan kepala mummy (nangis le tu). Akibatnya mummy trauma sikit nak kejutkan dia bagi susu kalau dia sedap tidur. Itu 1 kes.. Kes kedua.. akibat kecuaian (taknak point sapa2 la) lala terlepas 2 suntikan (suntikan 1 bulan & 2 bulan). Sebabnya mummy keliru.. Tengok dalam buku pink baby takde appoitment dengan klinik untuk suntikan, cuma appoitment dengan doktor je bersepah dalam kad biru. Nurse pun tak bagitau kena pergi ambil temujanji untuk suntikan, sang lekit pula ingat appoitment dengan Doktor tu sekali harung la dengan suntikkan. Bila sebulan terlepas & 2 bulan terlepas.. mula diri ini merasa pelik. Baru ingat nak tanya orang.. Baru terfikir nak call hospital/klinik tanya. Rupanya.. Temujanji dengan doktor & jadual suntikkan untuk lala adalah 2 perkara yang perlu di buat berasingan. Dah nak masuk 3 bulan baru tahu. Benda dah jadi.. maka redha je la. Nanti 29hb pergi hospital untuk check up lala (tak tau dorang nak check apa lagi.. Lahir kecik pun sekarang lala dah besar. Sihat, aktif & comel lagi).

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEBODOHAN SEORANG SUAMI & BAPAK

11/14/2011 09:40:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Lebih takut kena saman dari takut kehilangan anak bini.. Apa punya laki & bapak la dia ni??!! Sebab motor dia takde roadtax & dia pun takde lesen memandu.. seorang lelaki yang berstatus suami & bapak ni sanggup langgar lampu isyarat.. langgar polis yang buat roadblock.. kemudian jatuh motor bersama bini & 2 anak kecik dia (2 tahun & 3 tahun).

Dah jatuh motor sudah la.. Akibat takut kena saman punya pasal dia lagi rela tinggal anak bini dia yang sakit & cedera tu. Angkat motor terus blah.. konon2 boleh lepas la. Last2 kena tahan jugak masa dia datang cari anak bini dia kat hospital. Tau pulak dia cari, kan? Mungkin dia fikir, polis tak cari dia sampai hospital kot.

Orang lain kebanyakkan lebih fikirkan keselamatan anak bini dari diri sendiri. Apa la sangat kena saman berbanding dengan nyawa orang tersayang, kan?? Lain la kau sorang2.. nak rempuh roadblock macam tu. Tapi kalau fikir anak bini.. sorang2 pun mustahil dia buat macam tu. Kalau jadi apa2 kat dia, anak bini pun susah jugak, kan?? Pelik! tapi benar.. Realiti yang banyak berlaku sekarang. Orang lebih takut kena saman dari takut mati. Betul tak??

Ni entri kupasan isu dari akhbar jer.. Dah lama tak mengopek isu dari akhbar. Kena la kurangkan.. Orang asyik memperlekehkan sang lekit pasal kupas kupis isu akhbar jer. Katanya, nenek dorang pun boleh tulis entri macam tu. Yelah.. dorang ada nenek hebat boleh tulis blog.. sang lekit punya nenek tak sempat pun kenal computer apa lagi blog dah pulang kepangkuan Ilahi. Apapun kalau korang nak baca artikel asal clik je kat SINI.


19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SEKSUALITI MERDEKA! LESBIAN UPLOAD GAMBAR GHAIRAH

11/13/2011 11:44:00 AM suria lekatlekit 26 Comments

Ni la dikatakan seksualiti merdeka sampai dah tak rasa segan silu apatah lagi rasa bersalah upload gambar yang ghairah pasangan lesbian yang muka macam Melayu.. Profile name pun nama melayu. Lepas tu pakat ramai2 abe2, jate2, laki2 semua dok share.

Punyalah merdeka sampai tak rasa takut langsung nak buat benda2 tak senonoh kemudian dengan bangganya tunjuk kat ramai orang. Yelah.. merdeka la katakan.. Bebas sebebasnya sampai takde batasan dah kebebasan tu.

 Nama akak Yatie.. Tapi tak pasti akak tu perempuan @ Lelaki kalau kat FB ni.. Yelah, banyak penyamaran. Gambar ni pun tak pasti tuan punya badan upload ke @ orang lain yang pasti perbuatan ni adalah perbuatan yang memalukan, songsang, haram & salah

Pagi2 lagi buka FB dah terpampang permandangan yang memalukan macam ni. Nak cakap lebih2 pun rasanya sipolan tu dah ramai orang sekolahkan dia kat picture comment tu.. Persoalannya 'Ada dia kesah ke kita cakap apa??' Ya.. Betul.. dia akan buat tuli.. buat pekak.. & buat buta je segala nasihat yang di beri cuma kita2 yang belum sampai tahap mengupload gambar tak senonoh macam tu ambil pengajaran. Jangan kita pula yang terjebak dalam gelaja macam tu yer.. Pada mak bapak ada anak2 sedang meningkat remaja tu.. Harus lebih memantau aktiviti dorang walau dorang hanya banyak habiskan masa dalam bilik & depan PC/Laptop.. sebab gejala sosial sekarang bermula dari depan PC/Laptop la.

26 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERLU KE NAK TEGUR/BEBEL/MARAH ANAK KAT LAMAN SOSIAL

11/12/2011 08:30:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Semalam sang lekit ada terbaca kat satu blog ni, sorang selebriti chef ni marah anak dia yang juga chef sebab kantoi menipu dalam resume pasal pengalaman kerja dia sebelum ni. Selebriti mana, chef mana kalau korang tahu.. maka tahu la. Tak tahu, tak penting untuk tahu tapi yang penting perlu ke nak marah anak yang buat salah melalui laman sosial??

Macam dah takde rumah.. Macam dah tak sempat bersua muka.. & macam takde cara yang lebih baik nak nasihat/marah/tegur atau bebel kat anak sampai terpaksa la menaip kat status laman sosial tu. Untuk apa nak buat macam tu? Nak menunjuk ker? Tunjuk konon dia mak/bapak contoh yang kalau anak buat salah je tak selindung2 dah.. Memang la kes anak dia menipu tu 1 Malaysia dah tahu tapi tak payah la nak panjangkan cerita dengan kesinambungan cerita mak/bapak marah anak kat laman sosial lak. Ke nak publisiti? Perlu ke? Kan dah sedia popular kalau takde publisiti murahan macam tu pun.

Laman sosial buat semua orang tak kira budak ke mak bapak budak ke.. semua kembali jadi budak2 yang macam tak berapa nak matang. Semua nak cerita kat situ. Takat nak marah/tegur/nasihat atau bebel kat anak2 tu.. rasanya lagi feel kalau kat rumah. Membebel sambil basuh pinggan ke, masak ke, lipat kain ker.. Kan sambil membebel pun boleh buat kerja berfaedah dari kau membebel kat laman sosial semua orang baca apa kau tulis tu. Tak pun call.. tak dapat call sms 5 6 ratus perkataan, tak dapat nak sms, email la 6 7 muka surat. Macam2 cara boleh guna untuk marah/bebel/tegur anak secara peribadi. Tak perlu secara umum macam tu. Lain la kalau artis, isu tu di tanya wartawan.. Tapi wartawan tak interview melalui laman sosial pun. Paling2 dia terjah je terus. Yang selalu terjadi wartawan akan tanya statement yang artis keluarkan melalui laman sosial. Betul tak??

Carian Google

Sang Lekit pun kadang2 jadi risau.. yelah takut terjebak dalam gejala mengantung rahsia peribadi kat dinding muka buku, twitter & bagai ni. Setakat ni, Apa yang sang lekit nak tulis2 3 4 puluh kali jugak fikir. Mana la tahu masa hormon tak stabil tercarut bukan2 pulak. Jadi sama2 la kita kawal jari kita dari menaip sesuatu yang mengaibkan diri sendiri.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA ANAK MENJADI PERTARUHAN (entri melekat)

11/12/2011 04:35:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Bila anak menjadi pertaruhan, bantuan semua di perlukan. Tak kira yang jauh, dekat, rapat, renggang, kawan & musuh boleh sama - sama turut menyumbang 1 clik tanda sokongan.

Wah.. mukadimah boleh jadi ahli politik ni. Ayat manis gitu.. Bukan apa kali pertama sang lekit mempertaruhkan lala dalam photo contest. Yelah.. baru jadi mummy. dulu takde anak, jadi tak dapat la join apa2 contest yang melibatkan bayi kan? Memandang ini akan di jadikan sticky post, maka tak boleh panjang2 membebel. kalalu korang rasa lala ni comel cuma Clik 'like' kat gambar lala di Fanpage Purple Tulips. Gambar Lala ada DISINI

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MEREKA NAMPAK TAPI TAK PEDULI

11/11/2011 04:10:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Mei 2005 muncul seekor kucing yang memperlihatkan kekejaman makhluk bernama manusia. Kedua belah kaki depannya di potong hanya kerana mencuri seekor ikan di sebuah restoran (non-muslim) untuk mengalas perut yang lapar. Setelah di kejami.. dia di buang di tepi jalan dalam kesakitan yang teramat sangat. Hanya mata2 menonton kesakitan itu tanpa ada seorang pun yang merasakan ia perlu di beri bantuan. Mungkin mereka hanya berdoa, Allah cepat mengambil nyawanya supaya penderitaannya tidak lama. Tapi Allah telah menghadirkan seorang insan yang tak punya kemampuan waktu itu untuk menghantar dia menerima rawatan yang lebih baik tapi insan itu dengan rasa perikemanusian, belas kasihan & kasih sesama makhluk membawa dia pulang dengan airmata. Hanya berbekal doa & minyak gamat.. Insan itu pasrah. Sedaya mungkin di rawat dengan minyak gamat & pasrah jika hayat seekor kucing yang di selamatkan itu tidak panjang. Namun kuasa Tuhan.. Dia terus bernafas sehingga kini. Ini Kisah Hero & Papanya... (Baca kisahHero DISINI)
Gambar di pinjam dari Kakimotong Fan Club

Tentu korang pun kenal dengan kucing bernama hero kan? Hero adalah seekor kucing yang dikejami kini menjadi perhatian umum. Media mula paparkan kisahnya.. Lepas mastika bagi ruang kat Papa Hero untuk menulis di salah satu ruangannya, Hero muncul dalam 1 segmen di buletin Utama sebelum raya haji haritu & Dan muncul di RTM dalam rancangan selamat pagi Malaysia.

Sang Lekit mula terfikir andai perjalanan hidup Hero ni di pertontonkan saat gemilang dia hari ni semasa kakinya di potong & di buang  mesti orang yang ramai berkerumun melihat hero kesakitan tu takkan biar sampai Papa Hero datang kemudian bawa balik Hero untuk di bagi rawatan, kan? Manusia yang ramai2 tengok tu macam tengok Filem jer.. Sebabnya dorang tak terbayang atau terfikir yang hero bakal jadi perhatian ramai 1 hari nanti. Kalaulah semua tu boleh nampak semasa hero tengah mengelupur menahan sakit pasti ada yang ambil kesempatan bukan ambil atas belas ehsan.. Itulah manusia. Lupa! Perbuatan baik akan di balas baik tapi Papa Hero yang ambil hero masa tu sang lekit yakin dia tak membayangkan detik2 gemilang hari ni bersama hero tapi apa yang ada dalam hati & fikirannya 1 makhluk yang harus di selamatkan. Dan apa yang dia miliki bersama Hero ni adalah Balasan Tuhan atas kebaikkannya.

waktu hero di kejami, di buang & di biar kesakitan. Banyak mata hanya memerhati tanpa berbuat apa2.. Melihat apa yang hero kecapi hari ni mesti terdetik di hati dorang "Kalau aku tau dia nak popular camtu.. Aku ambil dia bawak gi spital" atau "Rugi aku tak ambil hero haritu padahal aku yang nampak dulu"... Manusia.. mereka  nampak Hero kesakitan, tapi tak peduli sebab mereka tak tahu, tak terfikir atau terbayang yang Hero Hari ini mendapat perhatian ramai (bukan semua manusia yer). Kisah Hero & Papanya, Moga menjadi iktibar kepada kita semua. Setiap perbuatan tak kira baik atau buruk akan menerima balasan. Kalau tak kat Dunia, akhirat kelak.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MULUT JAHAT, HATI BAIK

11/10/2011 08:20:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Istilah mulut jahat hati baik ni memang takde dalam mana2 perumpamaan melayu tapi biasa sangat kita dengar manusia2 yang tak bisu bercakap ayat tu. Tapi bila di fikirkan balik.. boleh pakai ke? Nak tau boleh pakai ke tidak.. Jom baca pandangan melekit.

Carian Google
Selalunya apa yang terluah di mulut lahir melalui hati kemudian ke otak dan seterusnya keluar ikut mulut. Bila hati jadi ketua.. Tak selalunya indah. Bukan takde orang cakap pakai otak pos ke hati kemudian sampai ke mulut.. Ada. Tak kurang sikit la. Orang kata cakap guna otak tu lebih bijak dari cakap ikut suka hati, kan??

Istilah mulut jahat hati baik ni.. Kalau hati baik, takkan cakap benda jahat, kan? Kalau otak fikir benda baik, takkan hati terniat benda jahat & mulut mengeluarkan kata2 keji, kan?? Jadi pada pendapat melekit.. Istilah mulut jahat, hati baik ni sebenarnya tak wujud pun sikap ni dalam diri manusia. Istilah tu memang merujuk kepada sikap.. sebab selalu orang cakap" Perangai aku ni.. mulut je jahat, tapi hati baik". Kita sebagai manusia ni memang tak dapat nak elak terdetik di hati, terfikir di otak & tercakap di mulut benda2 yang kurang baik.. Tak banyak pun sikit mesti ada. Tak kira la secara sengaja atau tak.

Jadi sang lekit merasakan kalau hati baik, mulut pun akan manis (walau ada orang mulut manis, hati busuk tu memang wujud). Takde nya kau berhati mulia tapi mulut je suka cakap benda2 keji. Tetap di hati ko ada busuk & buruknya cuma yang membezakan tahap kebusukan & keburukkan hati seseorang je. Bila hati ko lebih banyak benda busuk, maka ko akan cakap lebih banyak benda buruk.. Kalau hati ko sedikit je negatif & banyak positif, yang terluah di bibir takde la terlalu buruk. Lebih lunak & enak di dengar.

Entri ni tak merujuk kepada sesiapa tapi sekadar mengopek satu sikap yang sebenarnya ada dalam diri kita termasuk la sang lekit sendiri, tak kira la sikap tu banyak atau sedikit. Tapi tetap ada.. Jadi kalau ada orang cakap 'aku ni mulut je jahat, hati baik' rasanya elok la di sekolahkan supaya dia tahu orang yang berhati baik macam mana pertuturan & bahasanya. Sekian terima kasih.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA SUKA CARI PUBLISITI MURAHAN

11/10/2011 02:11:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Cikgu shida ni kan kalau dia rasa orang mula tak bagi perhatian kat dia mahupun video miming dia mula la buat status gimik ala2 kanak2 ribena. Macam tak boleh terima hakikat yang populariti yang di kecapi tu hanya sementara.

Sudah sudah la tu cikgu shida Ooi.. terima la hakikat bahawasanya anda sudah hampir kepada titik noktah. Artis yang top pun ada zaman jatuhnya, ni pulak cikgu shida dengan video miming nya. Apalah sangat. Nak2 lagi cikgu shida ni banyak sangat buat statement DIVA berani mati.. Lama2 orang hilang minat & hormat jugak. Walaupun orang dah kurang bercakap pasal cikgu shida melainkan sang lekit je masih setia menjadi wartawan terjah cikgu shida ni tapi cikgu shida ni tetap merasakan dia masih lagi DIVA miming.

Sang lekit rasa la kan.. cikgu shida tulis status macam ni mungkin nak cover diri dia kot. Mungkin views pada video miming dia dah tak segemilang dulu. Berpandukan status FB yang update pun semakin kurang komen, bila dia post video terbaru dia kat FB pun nampak kurang respond..  ada la sekerat dua kipas susah mati dia yang masih setia. So, bila video miming & diri dia dah tak jadi perhatian maka dengan status macam ni konon dia yang undur diri  bukan sebab dia dah tak di minati. Perangai cikgu shida ni sang lekit macam boleh teka dah.. Yelah dari awal kontroversi dia sang lekit ikuti sampai la keluar tv, majalah, radio bagai tu.

Makin tua makin gedik la sang lekit rasa cikgu shida ni.


Yang kat atas tu agaknya siapalah nak vote sebab semua haters dia remove. Yang tinggal cuma kipas susah mati dia.. Yelah, cikgu shida mana terima sebarang kritikan, jadi bila ada orang dalam friendlist dia kritik/tegur/nasihat confirm dia remove on the spot. Jadi tak pelik la takde orang vote

Takde pendirian ke sampai keputusan untuk diri sendiri pun tak boleh nak buat?? Kan?? Kan?? Kan?? (Statement macam ni rasa dah berpuluh kali sang lekit baca.. Pernah juga dia cakap nak hilangkan diri dari dunia maya tapi tak jugak hilang2. Sebab tu sang lekit kata dia ni suka cari publisiti murahan. Gilakan perhatian (walau dulu masa mula2 kontroversi dia pernah cakap dia tak sukakan perhatian) & gila glamour)

25 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA POSMEN BETUL2 BUAT KERJA

11/08/2011 01:45:00 PM suria lekatlekit 27 Comments

Bila posmen dah betul2 buat kerja.. maka takde lagi alasan lift rosak, call tak jawab & orang takde kat rumah. Elok pulak hari ni takde sebarang call terus datang ketuk pintu rumah. Boleh pula panjat tingkat 9 tanpa pengsan di pertengahan jalan atau semput sesudah sampai di depan rumah tingkat 9. Kan bagus kalau masa pertama & kedua kali encik posmen tu datang terus naik ke tingkat 9 & buat kerja sepatutnya dia buat bukan buat kerja yang patut je. (Rujuk DISINI untuk mengetahui kisah encik posmen tu).

Bila dah encik posmen buat kerja seperti yang di amanahkan maka pos laju yang tak berapa nak laju tu pun sampai jugak akhirnya kat sang lekit. Hadiah untuk lala dari Untie El & family pun cik lala dah terima & mummy tanpa basuh dulu pakaikan sekejab untuk cik lala bergaya dengan baju baru tu. Ini hadiah ketiga dari untie blogger.. Yang dua hadiah dari Untie Ezan & Ibu Aqil tak dapat lagi lala melaram sebab kena tunggu besar sikit. Takpe sesudah lala muat jer baju2 tu.. On the spot mummy lala akan buat photoshoot lala melaram dengan baju2 pemberian untie2 blogger tu nanti yer.

Kat sini mummy lala mewakili cik lala nak ucap terima kasih pada Untie El sebab hadiahkan lala sepasang baju gadis yang comel. Lala pun memang kekurangan baju gadis lagi. Masa pregnant tak tau jantina, last minute je baru tahu tu pun sesudah sesi membeli belah di jalankan. Saja mummy taknak beli lagi baju2 gadis banyak2. Sebab lala tengah membesar. Besar sikit lagi baru mummy rasa comel lala melaram dengan baju2 gadis.

Sebagai menghargai & ucapan terima kasih pada Untie El & family mummy hadiahkan pose yang comel lala melaram dengan baju baru ni. Maaf la lala ngantuk time ni.. nak ber photoshoot pun dia meragam. Alih2 dapat gambar yang pejam jer.. Ok la tu kan??

Inilah pose comel dari lala harini. Maaf lala memang lepas mandi dia akan minum susu & tidur.Op's lupa nak cakap kad ucapan tu pun cantik. Siap ada gambar family Untie El

So sesapa yang nak berkenalan dengan blogger yang baik hati ni jom terjah ke rumah (blog) beliau yang cantik tu. The Beautiful life of Us.

P/S : Hadiah ketiga dari blogger ni buat sang lekit semakin terharu.

27 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA POS LAJU TAK LAJU..

11/04/2011 03:49:00 PM suria lekatlekit 49 Comments

Bila malas orang akan buat macam2 alasan. Kadang2 alasan tu terang terangan menipu. Bila alasan di cipta untuk mengelakkan dari tunaikan tanggungjawab yang sepatutnya mula la nak main ayat power kan. Mungkin orang yang jenis angguk2, geleng2 ni akan setuju & diam je tapi bagi orang yang tak puas hati & nak dengar juga alasan munasabah, boleh ke kau nak buat ayat power lagi.

Kisahnya pasal posmen & pos laju. Bulan lepas ada 2 barang yang di hantar ke rumah sang lekit menggunakan perkhidmatan pos laju. 1 barang memang sampai tepat seperti yang pos Malaysia tetapkan. Mungkin posmen yang hantar tu betul2 buat kerja. Takde nak buat alasan call tak jawab, orang takde kat rumah, walhal sang lekit ni sentiasa ada kat rumah kalau hari bekerja. Kalau pun nak keluar sejak ada baby ni petang atau malam tu. Tu pun jarang2 sangat sebab lala terlalu baby nak di bawa keluar selalu. Tapi masalahnya 2 kali dah berlaku pos laju tak laju pun sampai.

Carian google

Bila dah lebih seminggu orang hantar barang guna pos laju kat sang lekit tak sampai tepat.. Geram jugak. Bila call pos malaysia alasan dia bagi posmen cakap orang takde kat rumah (dah terang2 menipu), call tak jawab (kalau call tak jawab kau datang ketuk pintu rumah) & lift rosak (kalau 5 tahun lift kat sini rosak bermakna 5 tahun la khidmat pos laju tak boleh guna kat sini). Sang lekit call tadi untuk bertanyakan barang yang tak sampai seperti alasan itu di gunakan. Bila alasan takde kat rumah tu sang lekit berjaya buat dia tak boleh jawab, dia kata sebab call tak dapat. Jadi kalau posmen naik ke tingkat 9 dengan tangga tak berbaloi kalau orang takde kat rumah.

49 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA MEMPUNYAI BFF YANG CANTIK

11/03/2011 12:57:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Pernah tak korang ada kawan yang beribu kali lebih cantik dari korang? Korang memang BFF gila la dengan dia. Apa perasaan korang bila berdamping dengan BFF yang cantik padahal korang nak sebut cantik pun rasa malu kat diri sendiri apa lagi nak mengaku cantik depan orang lain. Sang lekit pernah ada BFF yang cantik ni.. Kadang2 rasa bangga. Yelah.. kawan baik kita jadi perhatian ramai. Sentiasa di puji kecantikkan dia Tapi ada ketika rasa cemburu sebab dia lebih jadi perhatian. KIta tak sebelah macam beg sandang je orang tak pandang atau lebih teruk beg sandang pun lagi bertuah kalau cantik, branded & stylo orang pandang jugak.. Ni kita lebih senang macam stokin la di sisi dia. Tak sapa nak pandang, kalau terpandang pun orang buat2 tak nampak sebab takde yang menarik sangat.

carian google

Perasaan cemburu bercampur sedih bila orang yang kita perhatikan (minat) lebih bagi perhatian & berminat dengan kawan kita tu. Yelah.. kalau kau duduk sebelah Betty la Fea mungkin orang terpaksa pandang kau sebab mungkin muka ko cantik sikit berbanding Betty La Fea tu tapi bila di sebelah orang yang berkali2 lebih cantik dari kau, kalau orang pandang ko tu maka jangan lupa cerminkan diri kot2 taik hidung terjuntai ker, cili lekat celah gigi ke, tak pun pakai baju terbalik ker.. Itulah perasaan sang lekit tapi cemburu tu tak la sampai nak khianat dengan kawan sendiri. Tetap la dia kawan baik sang lekit cuma cemburu pada kelebihan dia ada & masa tu rasa sedih dengan kekurangan diri.. Dah la kurang tinggi lepas tu kurang cantik pulak berbanding dengan sang dia tu.. tinggi, berat & rupa agak sempurna la di pandangan mata umum.

Bila kita ada kawan cantik selalu di jadikan umpan mereka2 yang tertarik pada kawan kita tu untuk langkah memikat. Jangan korang cepat perasan bila mamat hensem mahupun kurang hensem tiba2 datang menyendeng buat2 baik dengan korang. mula2 dia baik dengan korang untuk merisik2 kawan korang tu. Benda ni pernah terjadi pada sang lekit semasa persahabatan dengan siti (kawan baik sang lekit) masih hangat gitu. Kenapa dorang buat macam tu? Sebabnya kawan yang paling rapat la pengaruh paling kuat pada seorang kawan tu. Jadi itu cuma startegi memikat. Kalau dorang baik2 dengan korang lepas risik2 kawan korang, korang pun tengok dia macam gud2 jer (pinjam ayat Nyah Zulfikar jab) maka korang pun akan kempen2 la dia kat kawan korang. Akibat yakin tahap jitu dengan ayat2 kempen korang, tak mustahil operasi memikat tu akan berjaya juga akhirnya.

Apakah kegunaan kawan yang kurang cantik pada kawan yang cantik hanya untuk itu? Tak jugak.. nak salahkan kawan cantik kita pun tak boleh sebab orang lain yang pergunakan kita untuk dapatkan dia bukan dia. Lain la kawan kita tu yang gunakan kecantikkan dia untuk gunakan kita yang tak cantik & konon2 nak kena tempias popular tu maka rela la jadi lembu cucuk hidung semata2 nak jadi kawan pada si cantik. Kan?? Semua benda tu pernah berlaku dalam kehidupan kita.. orang cantik pergunakan orang tak cantik, orang tak cantik di pergunaan untuk dapatkan orang cantik tapi pada mereka yang ada sifat macam tu elakkan. Kurang cantik bukan kehendak sesapa jadi jangan kerana kurang cantik korang buat dia macam kurang bijak.

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH TAK BALIK RAYA

11/02/2011 04:28:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Diam tak diam lagi 4 hari Umat Islam akan menyambut satu lagi yang dinamakan Raya iatu Raya haji/aidiladha/raya korban. Yang dah planning nak balik kampung tu lebih2 lagi oghe klate mesti time ni dah mula pack baju bajan bagai kan? katanya Oghe klate ni meriah sambut raya korban berbanding negeri lain yang lebih meriahkaripapusing time raya puasa. Tak tahu la.. Oghe kato kawe dok penah lagi raye kat klate sana nu..

Bila dekat nak raya.. kepala otak pun ikut tema nak flashback kisah silam ni. Kisah yang tetiba ter review kat otak sekarang kisah tak balik raya. Takde la silam sangat kisah ni.. Kiranya kisah di era 2000 jugak la. Tapi kisah ni kisah zaman anak dara dulu. Seperti ada yang dah sedia maklum, sang lekit bukan merantau negeri orang kerana ikut suami yer.. Sang lekit menjadi anak rantauan sebelum bersuami lagi. Kisah ni berlaku pada raya puasa 2009. Sang lekit tak balik kampung. Korang bayangkan la.. dah la menyewa sorang2, tak balik kampung.. macam mana perasaan time tu.

Takde la meraung sampai jiran sebelah terpaksa ketuk pintu tanya khabar, just sedih lite2 je. Tapi tetap beraya jugak. Raya tahun tu special skit.. raya kat the curve. Pagi raya.. lepas je orang sembahyang raya.. sang lekit keluar bersama en hubby. Erkk.. kata kisah zaman bujang macam mana boleh ada en hubby. Time tu belum kawen.. nak cakap boifren kang orang konpius lak.. en hubby la boipren masa tu. Tempat pertama pergi OU.. kalau orang tak tau OU tu apa.. One Utama. Pergi beli baju raya.. 2 pasang baju kurung. Sepasang suruh salesgirl kat situ iron kemudian terus sang lekit masuk fitting room pakai. Tapi bayar dulu ler.. Baru berdesup beraya kat the curve.

Orang2 kat kampung mula sedu sedan terkenang sang lekit tak balik beraya.. mak call, bagi makcik cakap, makcik lak cakap sekejab terus sebak tak boleh cakap dah. Sedih sangat, anak kesayangan dia tak dapat makan ketupat palas. Kita lak kena pujuk.. walhal sepatutnya sang lekit la lebih sedih. Nak buat macam mana sejak di rantauan orang, jiwa ni makin kental. Bila terkenang semua tu.. 1 perkara je yang sang lekit terfikir, aitu Kasih Sayang seorang makcik pada sang lekit. Dia kalau boleh nak sang lekit sentiasa ada depan mata dia.. Tapi sang lekit pilih untuk cari rezeki kat tempat orang. Mula2 dia tak bagi jugak.. tapi terpaksa akur dengan kedegilan anak kesayangan dia ni. Bila dekat nak raya ni.. makin rindu pulak. Mak dah awal2 pesan suruh balik, bukan sebab rindu kat sang lekit sangat dah sekarang tapi tak sabar nak jumpa cucu kesayangan, lala. Makcik pun sama.

 Anak sapa la datang collect duit raya kat the curve ni yer... kekekeke 
(Raya Puasa 2009 kat the curve)

P/s : korang rasa sang lekit pakai size apa baju kurung tu?? kekekekeke.. Ada rahsia di sebalik size.

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KALAU DAH MELUAT JANGAN MASUK

11/01/2011 06:47:00 PM suria lekatlekit 27 Comments

Orang kata kalau kita tak suka sesuatu tu lebih baik jauhkan diri kalau benda tu memudaratkan jangan la memaksa diri untuk dekat juga dengan benda yang tak suka tu. Bukan apa.. kalau dia tak bawak keuntungan apa2 pada kita jadi tak perlu kita nak gagahkan diri untuk sesuatu tu.

Manusia ni ada 1 sikap pelik (maybe sang lekit pun sama ada sikap ni) lagi tak suka, lagi la nak dekat. Macam cikgu shida.. Kalau orang tanya sang lekit, kau minat ke cikgu shida tu dah tentu jawapan dia tidak.. kau suka ke cikgu shida tu.. pun jawapannya tidak.. Tapi kenapa kau suka tulis pasal cikgu shida yer?? Jawapannya.. aku tulis apa saja yang aku tak suka pasal cikgu shida. Tapi walau kau tak suka tetap ko jenguk FB, fanpage & blog dia.. Jawapannya aku suka baca statement2 kurang cerdik dia sebab akan bagi aku inspirasi. Saja aku nak 'kipas susah mati' cikgu shida ni baca & fikir guna kepala otak bukan kepala lutut. Tak salah nak suka dengan dia tapi jangan la sebab suka apa jer datang dari cikgu shida tu korang sokong membabi buta.

Dan termasuk la blog2 lain yang pernah sang lekit UP kan entri tanpa backlink balik ke blog dorang & rahsiakan identiti blogger tersebut cuma sang lekit mengopek dari pandangan & teguran sang lekit secara umum jer.. Memang tak suka tapi bukan benci sebab tu kadang2 sang lekit sentiasa jadi silent reader blog2 macam tu.. Tak di nafikan, kadang2 ada juga info yang bermanafaat.. Tak salah kita belajar walau dari musuh sekalipun sebab ilmu tu luas tak hanya pada pada orang yang mulia. Walau peratus dia berkongsi benda berguna tu terlalu sedikit dari benda yang kurang kegunaannya. kekekekekeke

Di blog melekit ni pun sang lekit tahu.. Ada pembencinya. Apakah kategori benci dia ni macam sang lekit yang tak membenci sesuatu atau seseorang tu 100%, tetap sang lekit tak menolak jika sesuatu yang datang daripadanya membawa kebaikkan. Tapi ada jenis manusia yang kalau dah benci tu.. tak kira la wangi busuk, dia tetap benci. Dan sang lekit tertanya - tanya apakah manusia yang enter ke blog melekit ni pembenci yang membenci 100% atau membenci apa yang buruk dari blog melekit ni jer.. & soalan yang sang lekit tertanya.. "Kalau dah meluat buat apa la ko enter masuk ke blog ni & tinggalkan mesej macam tu..??

Ni spesis2 Anon jugak la.. hanya berani balik batu sorok tangan.

27 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com