OH MUMMY..

11/15/2011 06:58:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Bila dah bergelar mummy ni kan.. hampir 80% dunianya semakin berubah. Perubahan yang paling jelas.. dulu takde baby.. sekarang dah ada. Dulu tak pernah beli pampers.. sekarang kena beli. Dulu tak pernah itu ini..bla.. bla.. sekarang kena buat itu ini & bla.. bla.. la. Kalau nak senarai perbezaan sejak jadi mummy dengan sebelum jadi mummy ni memang berkajang la entri ni. Jadi pepaham je la..

Bukan setakat kehidupan dalam dunia realiti je berubah.. di dalam dunia maya (online pun berubah). Dulu takde nak upload gambar baby.. asyik dok tayang muka sendiri je. Kemana mana pun tak lekang tangan dok snap muka sendiri. Sekarang ni macam lupa yang diri sendiri punya rupa (wajah) sebab asyik dok tengok baby capture gambar. Pantang nampak comel sikit mesti rasa nak ambil gambar. Kesimpulannya camera hp/digicam penuh dengan gambar anak saja.(tak mampu beli DLSR orang mesekin la katakan.. tabung Nuffnang pun tak penuh2)

Bukan setakat gambar.. Update status FB pun dah bercirikan keibuan sekarang. Setiap hari memang la seorang ibu akan lebih banyak fikir pasal anak dari orang lain mahupun diri sendiri. Contoh nak buat kerja rumah, auto la fikir.. Kena pastikan baby dah tidur. walau diri nak makan atau mandi pun, anak dulu terfikir. Selagi anak tu tak rilex @ tido (baby la.. kalau dah sebangka manusia nak tunggu anak tu tidur baru boleh buat semua, harus la si bangka tu di ketuk bertubi2 sebab dah bangka pun nak susahkan mak lagi, kan??) baru boleh selesaikan hal lain. Bila timbul sesuatu kemusykilan (lebih2 lagi anak 1st ni macam2 benda tak tahu) mula la karang status berbentuk pertanyaan dengan harapan ada yang dapat bagi jawapan yang betul2 jawapan buat maharajalawak punya jawapan.

Macam kes Mummy & lala.. Haritu lala kuat tidur sampai terlepas waktu minum susu. Bila kejut dia mengamuk, langsung susu taknak minum, tidur pun taknak & dia menyanyi lagu yang merunsingkan kepala mummy (nangis le tu). Akibatnya mummy trauma sikit nak kejutkan dia bagi susu kalau dia sedap tidur. Itu 1 kes.. Kes kedua.. akibat kecuaian (taknak point sapa2 la) lala terlepas 2 suntikan (suntikan 1 bulan & 2 bulan). Sebabnya mummy keliru.. Tengok dalam buku pink baby takde appoitment dengan klinik untuk suntikan, cuma appoitment dengan doktor je bersepah dalam kad biru. Nurse pun tak bagitau kena pergi ambil temujanji untuk suntikan, sang lekit pula ingat appoitment dengan Doktor tu sekali harung la dengan suntikkan. Bila sebulan terlepas & 2 bulan terlepas.. mula diri ini merasa pelik. Baru ingat nak tanya orang.. Baru terfikir nak call hospital/klinik tanya. Rupanya.. Temujanji dengan doktor & jadual suntikkan untuk lala adalah 2 perkara yang perlu di buat berasingan. Dah nak masuk 3 bulan baru tahu. Benda dah jadi.. maka redha je la. Nanti 29hb pergi hospital untuk check up lala (tak tau dorang nak check apa lagi.. Lahir kecik pun sekarang lala dah besar. Sihat, aktif & comel lagi).


Very Da' mak2 kan status sekarang

Sekarang baru tahu, rasa & lalui.. Jadi Ibu ni bukan sesuatu yang mudah & banyak benda tak boleh pandang remeh kalau berkaitan baby. Takpe pengalaman pertama adalah Guru untuk pengalaman2 seterusnya, kan??

Call Hospital sg buloh (tempat lala lahir. Orang mesekin spital gomen jer tapi 2 hari 1 malam pun RM100++ jugak ( normal delivery). Sang Lekit tak tahu mahal ke murah sebab tak pernah check in kat wad sebelum bersalin. 2nd class jer pun) baru nurse bagitau. Sang Lekit cakap la.. kalau pergi klinik ni confirm la kena bebel bagai. Dia cakap mana ada.. dorang akan bagi layanan yang baik. Dia kata cakap je sebab confuse & tak tahu. Tak tahu sebab tak di beritahu, jadi mana la nak tahu. Harap takde nurse yang bermulut durja nak bebel2 dengan sang lekit nanti.

14 comments:

  1. aduhh ada apa2 pm akak ye suria.risau akak dgr sampai tercicir imunisasi anak.ada apa2 masalah lain jgn malu2 tny akak tau

    ReplyDelete
  2. macam tulah bila dah ada anak semuanya berubah!

    kalau tak nak lupa appointment tu buat je reminder...

    baby yang belum masuk setahun memang tiap2 bulan kena pi check up

    moga sang lekit jadi mummy terbaik!

    ReplyDelete
  3. Kan kan kan mummy kan?! Dunia kita skrg adalah ANAK!!! semuanya mereka. ;)

    ReplyDelete
  4. byk nak kena pikir bila jd mummy nih ek?.. oh tak sabar nak jd mummy jugak.. ^^

    ReplyDelete
  5. hohoho...bleh jd reminder ni ble dah jadi papa.tnye je sme bnda kt doktor n nurse pe kna buat.

    ReplyDelete
  6. tu la, sejak dua menjak jadi mak org nih dah mak-mak sangat, ngeee :-) kan

    ReplyDelete
  7. banyaknya tanggungjawab jadi mak kan? ni yg wat makin sayang kat mak aku ni nyah...

    ReplyDelete
  8. jadi mama mesti tak serupa mas bujang dulu kan.. saya pun tak nampak lagi gambaran macam mana mahu jadi papa.. ehehe

    ReplyDelete
  9. takper, kalau ada masalah boleh tanya pada mereka yang dah bergelar ibu..belajar dari kesilapan dan pengalaman kan..dont worry ya..

    ReplyDelete
  10. seronoknya ada family sndi..
    ada hsbnd
    ada baby!
    seronok2!

    ReplyDelete
  11. tu la indahnya hidup seorang MUMMY!
    segalanya berkisarkan perihal si anak chumil itu!!!!

    ReplyDelete
  12. 1st experience ada anak.. mmg lar lucar kacir skit ek lekit.. xper.. learn from experience.. x tau kena byk tanya.. jgn jd bodoh sombong kan.. :P

    ReplyDelete
  13. very d mak you..
    hehehe..x menahan..

    abby,kalo x salah cma bby sekarang dorang suntik time umo 3 bulan..
    cam faiz ari tu
    bcg-mase lahir
    3serangkai-3 1/2 bulan
    last inject mase 1 tahun lebeh..

    yg ni cma amek kat KKM..

    tp x sure la pulak skrg punye version camne..tp banding ngan kakak seri dulu,faiz bp kali je injectnye..

    apepun..berguru dgn mereka yg sahih oke.. ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com