KOMEN BALAS CIKGU SHIDA TENTANG KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS

1/07/2012 01:50:00 PM suria lekatlekit 32 Comments

Bila baca kat blog cikgu shida yang membalas balik komen terhadap Ustaz Azhar Idrus terhadap video miming beliau (Sebab ada orang yang bertanya bukan sesaja ustaz ni nak komen yer..) rasanya macam lain yang orang cakap lain pulak dia jawab. Jom baca pertanyaan & komen dari ustaz azhar idrus ni dulu sebelum kita sambung mengopek..


Tu soalan & di jawab oleh Ustaz Azhar Idrus.. Cikgu Shida ni macam touching pulak. Mesti la terasa kan sebab yang di sebut nama & perbuatan dia. Tapi cara dia menjawab.. Macam menegakkan benang yang basah pulak. Lepas tu berbelit2 cuma membetulkan apa yang silap.



Sebahagian kenyataan cikgu shida

Rasanya cikgu shida ni silap memberi hujah balas pada isu ni. Lumrah.. bila menjadi seorang icon, seorang yang di kenali maka setiap perbuatan & kata2 dia akan jadi perhatian orang lain. Silap sebesar kuman pun orang akan nampak jadi kena la banyak berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, kata2 atau komen. Kalau dah pilih untuk jadi perhatian orang lain maka kena terima akibatnya. kan?? Kan?? Kan?? Amalina yang convert imej ala2 Amelina tu pun kena hentam.. tapi buat masa ni takde minat pulak nak komen isu tu. Nak buat macam mana sang lekit ni kan peminat cikgu shida.. kekekekekeke

32 comments:

  1. mmg diakui kenyataan awak..kengkdg terpikir gak..teman2 sebilik guru tu xde mengata depan2 ker...tp kn x manis la nk bt video sebegitu..klo bebudak sronok aper tengok..hujah yg x bernas....hmmmmmm....kesian la pd diri sendiri

    ReplyDelete
  2. Tak pe lah, biar je lah Cikgu Shida tu...kan tu hobi dia..lagipun bukannya buat benda lucah..Cikgu ni mmg ceria sikit, sebagai seorang Cikgu sy percaya dia tahu batasannya..

    Ada kenal seseorang wanita yg sifatnya seakan-akan Cikgu shida ni, riang,berani,peramah,dan ada yg pelik2 jg caranya...tapi batasannya tetap ada..

    Manusia ni suka menilai org lain, tapi belum tentu kalau diri sendiri dinilai boleh bertahan mcm Cikgu ni..

    Daripada cara dan tujuan cikgu shida, mesej yg ingin disampaikannya adalah "Berani Mencuba"...cuba menonjolkan bakat dan minat dgn berani..

    ReplyDelete
  3. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  4. Dalam hal ini, aku terpaksa sokong Cikgu Shida sebab ada kebenaran juga kata2 dia...

    ReplyDelete
  5. hahaha.kak lekit terbaek!

    entah pape r cikgu shida

    ReplyDelete
  6. Spongebob dengan confidentnya menyatakan jawapan Cikgu Shida lebih tepat. Jawapan Ustaz Azhar terpesong.
    Ustaz Azhar: Org tanya hukum. ada 5 je. Wajib,sunat,harus,makruh dan haram. Malu tu hukum ke?
    Cikgu Shida: Walaupun jawapan nya kurang tepat (maybe sbb tak nak 'direct' sgt), Tapi jawapannya masih ada perkataan 'MALU' beberapa kali. So, kalau la sy jd cikgu, jwapan cikgu shida masih mendapat markah.

    ReplyDelete
  7. orang akan cakp macam tu bila lebih pentingkan seni dari hukum tuhan.Biarkn je beliau dengn hobinya.Nanti insaf lah tu.

    ReplyDelete
  8. orang dah malu camtulah jawapnya..

    ReplyDelete
  9. ohh,, post tu harinie gak ek cikgu shida taip,, ooo...
    aku follow sini.. :)

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum ...setiap apa yang terjadi susah untuk memuaskan kehendak yang lain. erti kata lain. jika buat baik..ada saja buruknya.jika buat buruk lagi dikeji dan dihina.. solusinya adalah dengan mendiamkan diri... the best way is keep silent!.. x perlu komen panjang lebar dan berdebat..sebab kita yang akan dapat dosa,,dan orang yang dikeji itu akan mendapat pahala.. wallahualam..

    ReplyDelete
  11. o..dia tak paham malu cemana yang ustaz tu maksudkan..dia ingat bogel je ke yang boleh malu..menguap tak tutup mulut pun kena malu la..aduhai..hehehehe

    ReplyDelete
  12. lawak pun ada. haha.. pape pun, jawapan ustaz memang bernas :)

    ReplyDelete
  13. betul jugak pendapat ustat tu..namun berserah je lah kepada Yang Esa..

    ReplyDelete
  14. cikgu shida tu sentap, malu je :P

    ReplyDelete
  15. Ada sokong ustaz, ada sokong cikgu. Kebenaran adalah kebenaran. Bukan ke malu sebahagian daripada iman? Tepuk dada tanya iman. Aurat itu ape?

    ReplyDelete
  16. kepada mereka2 yang kata "biarkan je la cikgu shida tu, dye bukan buat video lucah pun.." atau pun ape2 je asalkan ade perkataan "biar la", itulah orang melayu...asyik2 biar2kan..camne nak maju? name je Islam

    ReplyDelete
  17. saya tak tau nak kata ape nanti tersalah salah kan orang..
    tapi kalau masih ikut landasan yang betul tak slh lakukan sesuatu yg kita sukan kan?
    entah la
    hanya ALLAH yang tahu kebenaran nya

    ReplyDelete
  18. Hehe...setuju dengan anonymous diatas. Lagi satu, kalau menerima teguran apa salahnya terima dengan baik. Setuju ke tak setuju ke perkara lain. Sebab menegur tu tanggungjawab muslim. Kenapa nak hantam orang alim macam ustaz Azhar tu. Not nice..

    ReplyDelete
  19. macam ni pun ada ke jawapan.. hurmm...

    ReplyDelete
  20. haram kita menyerupai seorang lelaki/perempuan yg berbeza dgn jantina kita..seorang yg berpegang dgn ajaran islam patut akur dgn ajaran islam yg di sampaikan. jangan kerana hobi/kerjaya kita lupa segala..masyaallah

    ReplyDelete
  21. kite doakan Allah buka pintu hatinya untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah

    ReplyDelete
  22. sebagai orang islam, sesiapapun tak boleh lari dari hukum syarak taklifi yg lima.. wajib, sunat, harus, makruh dan haram..jgn kerana hobi, kita sanggup humbankan diri sendiri ke dalam neraka Allah.. hobi tak salah tp yg salah bila kita melanggar hukum agama krn hobi kita. ustaz azhar bukan beri pendapat dia, 'malu' yg ustaz azhar katakan tu tertulis dalam kitab oleh ulama dulu2..
    tinggi mana ilmu agama kita jika nak dibandingkan dgn ulama dulu2?
    pernah ke kita solat 300 rakaat satu malam spt Rabiatul Adawiah?
    jgn belajar perkara yg membatalkan solat saja, sedangkan kita kena belajar juga perkara yg membatalkan islam kita.. bimbang jika tanpa sedar islam kita sudah terbatal. wallahualam..

    ReplyDelete
  23. ubahla hobi tu kepada suka dengar & amal drp ceramah-ceramah agama. kepada ustaz-ustaz muda di luar sana, pergilah pinang cikgu seperti ini supaya sibuk menguruskan rumahtangga daripada terus menambahkan koleksi video mengarut

    ReplyDelete
  24. hah..betul la ustaz tu. Ringkas dan tepat.
    Aku menyampah betul org suka backing cakap "Ok la tu, dari dia buat video tak senonoh.." sedar tak, yg cakap macam ni, sebenarnya dah terima benda tu teruk, tapi nak bengkeng, cari la benda lagi teruk.
    Macam penzina, dah memang teruk, tapi cakap la perogol lagi teruk...pasal penzina-->sukarela, perogol-->tak rela.
    Kalau ikhlas nak ajar murid, supaya yakin...ajar la depan murid...sebab mereka kumpulan sasar...bukan orang lain, bukan satu dunia. Nak tunjuk kat pakcik makcik, semua...dah,dah, jangan backing cakap "tak suka jangan tengok"..dah masuk internet..tujuannya memang nak suruh orang tengok. Dah suruh org tengok, kena dengar la apa orang komen.
    tukang bela...cukup, cukup la.

    ReplyDelete
  25. saya sokong ustaz azhar... manusia akhir zaman nie pelik sngt.. yg SALAH kta 2 hak kebebasan... plik gler.. dah bnda salah.. npew nk menegak bnda yg basah?? hobi pown smpai nak memalukan diri sendiri??.. maaflah, sya nk nasihat skit kpd yg kta ustaz slah, jwb xbtol... korang taw xpew hukum die?? manusia2... yg lalai nk DIPERTAHANKAN smpai lpe agama... tp bler msok bnda yg BENAR.. ISLAM plak 2.. pas2 ad sje nk bangkang... subahanallah... semoga diberi hidayah ALLAH...

    ReplyDelete
  26. malu adalah sifat orang yang beriman...Nabi bersabda..Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
    (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)
    Bukan Nabi galak kita lakukan apa sahaja yang kita minat atau mahu,,tapi Nabi Sabda tu dalam keadaan marah..apabila Nabi marah,,maka kemurkaan Allah lebih lagi...maka tinggalkan apa yang kita minat atau hobi jika ia bukan kehendak Islam...

    INGAT...KITA DIJADIKAN DIDUNIA INI HANYA UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH,,FIKIR-FIKIRKANLAH

    ReplyDelete
  27. amalina kata dia dr dulu mmg dia freehair

    ReplyDelete
  28. Biarlah cikgu shida dgn kekereatifan dia tu...dia x kacau org pun..

    ReplyDelete
  29. Dalam islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Ustaz jawab soalan secara indirect. Tak susah sgt pun nk faham.
    1- wanita tak boleh menyerupai lelaki.
    2- aurat wanita yg hanya blh dilihat oleh bukan mahramnya ialah muka dan tapak tangan.

    Ada pelbagai cara untuk menjadikan diri bertambah confident dan bertenaga. Yg penting, tidak menyalahi agama.
    1- amalkan ayat tertentu dari al-Quran (google je)
    2- baca buku motivasi
    3- ambil supplement untuk kesihatan fizikal.
    4- jangan lupa berdoa.

    (peringatan buat diriku yg lupa)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com