14 TAHUN MASIH MENYUSU DENGAN BOTOL SUSU

5/03/2012 03:29:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Rasa geli hati pun yer.. Rasa pelik pun yer.. Rasa janggal pun yer. Sang Lekit masa kecik pun suka menyusu dari botol & suka juga hisap puting botol susu kosong. Maybe tu la di namakan ketagih puting tiruan. Sampai umur berapa tak ingat tapi kiranya umur dalam 1 angka lagi la. Tapi ada adik manis sorang ni menyusu sampai sekarang (umur dah 14 tahun) dengan botol susu.


Alkisahnya remaja 14 tahun ni sukar membuang tabiat minum susu dalam botol susu sampai la jadi anak dara. Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah. Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.

Dia cakap minum susu dengan botol dah menjadi rutin harian & baginya susu sangat sedap berbanding makanan & minuman lain jadi dia kata dia akan terus menyusu dengan botol susu sampai bila-bila. kekekekekekekeke. Kelas kau dik! Mak bapak budak ni pun dah habis idea nak hilangkan ketagihan anak dia minum susu dengan botol susu ni sampai pernah pergi jumpa bomoh la tapi tak berhasil. Tabiat anak dara dorang ni sukar di buang. Tiap2 bulan mak bapak dia memperuntukkan lebih kurang RM80 untuk susu tepung anak dara dorang ni.

Yang paling best dia tak kisah pulak kawan2 dia tahu pasal ni. Kalau dia kisah takkan dia tak kisah orang nak tulis kisah dia kat paper lak kan?? Bagi pendapat sang lekit la.. ketagihan ni nafsu.. nafsu memang kadang2 sukar di kawal tapi berbanding dia hisap benda2 terlarang, biarlah dia hisap susu dari botol ye tak?? Cuma terfikir kalau la dia kawen & ada anak nanti.. agaknya sambil menyusu anak dia pun di susukan sama. kekekekekekeke

Rujukan & berita penuh sila clik : SinarHarian





10 comments:

  1. hehehe cmner la klu da kawen nty kn..
    :D

    ReplyDelete
  2. susah gak kalo x dibuang tabiat ni..kalau dah sampai tahap dewasa..dah kawen.. kang berkongsi botol susu ngan anak plak.. hehe

    *ada dengar topik ni pagi td kat hotfm..

    ReplyDelete
  3. Ada jugak yang macam ni. Ingatkan rokok je yang boleh ketagih. Huhuhuhu :-)

    ReplyDelete
  4. kang x der yg nak buat bini haru...hehe

    ReplyDelete
  5. hehehe..
    suami isteri isap boleh la..
    hahaha..ape yg daku mengarut ni..????

    tp mmg pelik bdk ni.. :p

    ReplyDelete
  6. nnti bila kwen nnti n ada baby.. bleh temankan baby isap gak.. hoho

    ReplyDelete
  7. Alamak mummy..
    Rasa mcm x sesuai je..
    Hik3!!!
    Tp yelah lain org lain "habit" nya kn..
    Asalkan dia x susahkn org lain udoh ler..
    Tp x segan ke bila dh msk paper camni?!
    4 what smpai nak keluar2 paper kan?
    Hi3!!!!
    Happy weekend & TC yer.. ;)

    ReplyDelete
  8. dah lama dah tak hisap botol susu.....tapi betul lah.. ketagihan hisap botol adalah seratus juta kali baik dari ketagihan benda benda lain yang merosakkan akhlak remaja sekarang

    ReplyDelete
  9. HAhahha! teringatkan kenangan dulu..aku stop guna botol susu time darjah 3 hahaha!

    ReplyDelete
  10. suami saya smpi skrang isap botol susu lg..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com