P.U.A.S.A DULU & SEKARANG

8/03/2012 04:36:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Puasa tahun & setakat hari ni rasa amatlah senang di lalui. Tak banyak dugaan sangat. Tengok makanan & minuman siang hari pun tak rasa tergugat sangat puasa kali ni berbanding puasa2 di tahun yang lepas. Agak mencabar jugak la..

Tahun lepas punya puasa.. sarat mengandung. Paham2 je la ibu mengandung ni. Memang rasa letih & kurang bermaya jugak la bila berpuasa. Tapi tak sempat nak abis puasa.. lala dah jenguk dunia (20 ramadhan).

Puasa yang dua tahun lepas & sebelumnya.. Tersangat la menduga sebab time tu masih lagi berkerja. Pepaham je la dok kat opis yang berselimut aircon tu kan?? Bila dok dalam aircon ni perut cepat rasa lapar, mata pulak cepat mengantuk. Nak2 lagi time puasa.. Asyik nak tersengguk kat meja jer. Dok kira jarum saat kat jam jer.. bila la nak balik.

Kalau nak imbau puasa zaman kanak - kanak & awal remaja tu.. Rasa macam malu lak nak share cerita. Banyak puasa yang yok dari puasa penuh. Nampak macam hari2 puasa tapi sebenarnya kebanyakkan hari2 cuma sekerat hari je puasa. Kanak - kanak tu biasa la.. tak kira puasa  tak puasa, melasak je kerjanya. Bila letih.. mula la rasa lapar & dahaga. Mula curi2 minum air sejuk, cuit2 lauk sahur.. Kalau kat sekolah tu rajin ke surau. konon basuh muka.. kenapa basuh muka kat surau.. teguk air paip surau la kerjanya. Dalam toilet tekak rasa loya. padahal dua2 pun air paip juga tapi tak sama tempat & baunya, kan??

Carian Google

Tapi banyak2 tahun puasa.. Tahun ni rasa paling best. Walau tak senang duduk dengan aksi extrem lala tapi puasa tahun ni la kurang rasa lapar & dahaga. Petua?? Takde la petua apa2.. cuma bangun sahur. Sang Lekit tetap ambil nasi masa sahur dengan segelas milo suam & segelas air kosong. Alhamdulillah apa yang sang lekit makan masa sahur mampu bagi tenaga sepanjang berpuasa.

P/S : Korang punya pengalaman puasa macam mana??

11 comments:

  1. sy sekolah2 kecik2 dulu xpenah curik2 minum kak..hehehe.. tahun lepas puasa single, tahun ni puasa bertiga... eh, berdua... hahaha... best la lala, mesti dpt byk duit raya tahun ni...hehehehe baju raya pun mesti comel2 gila...

    ReplyDelete
  2. puasa paling mencabar kalau tak silap tahun 2006 masa tu kerja kat Langkawi.Bulan puasa diberi kami training jungle trekking..pagi sampai petang jugaklah meredah hutan, baca map, kena gigit pacat semua..nak cerita dalam blog takde gambo pulak

    ReplyDelete
  3. kiter tahun nie amatlah berbeza...sbb thun first brpuasa dgn mmbr2 dkt rumah sewa

    ReplyDelete
  4. apa yg boleh KA katakan sgt2 berbeza puase dulu2 n skang ni!

    ReplyDelete
  5. HUHUH
    TAHUN NI PUN RASA MACAM BERTENAGA NAK PUASA...
    tak tau la kenapa...

    ReplyDelete
  6. letih...makin hari makin letih..
    terutama nya bila dah masuk jam 4 petang.

    ReplyDelete
  7. ehehe..keik2 dulu pose sekerat ari..
    dah merasa puasa semasa mengandung..mmg ekstrem..hihi...

    dah jadi ibu ni mcm biasa je.. :)

    ReplyDelete
  8. masa sek rendah pnah tu blk sek teguk air sejuk dlm esbox pas tu buat2 masih puasa, hehe

    ReplyDelete
  9. saya thn ni mcm bsemangat nak puasa..haha

    http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/nanti-rakyat-malaysia-boleh-makan-ais.html

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    Hah,tu lah org kata hikmah b'sahur... Kalau tengok sekarang ni kan,ramai org lebih amalkan 'late supper' dari b'sahur...hmm...

    Waktu zaman budak2 tu,puasa sebab nak dapat benda je..haha...puasa penuh dapat mainan...

    ReplyDelete
  11. Setuju. Bangun sahur adalah kurang lapar. Pegi site tgk besi pun mampu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com