PULUT JALUR GEMILANG MERDEKA 2012

8/30/2012 10:21:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Biasanya kita akan dengar, tengok & makan pulut kuning jer.. Tk pun pulut putih tapi sempena hari merdeka esok ada la insan - insan yang rasa diri depa terlebih kreatif buat nalla punya besaq jalur gemilang dengan menggunakan pulut.

Nak pujian? Nak perhatian? Nak masuk Malaysian Book record? Nak pujian tu mungkin pujian dari orang lain bukan sang lekit. Benda makan di buat macam tu memang sang lekit tak berapa nak setuju la. Bayangkan dok buat jalur gemilang yang ada banyak kaler dengan pulut.. dah tu besaq gedabak.. kat kawasan lapang yang terdedah.. kau nak makan ke lepas tu? Kau ada selera? Segala habuk.. entah - entah yang terbersin kat situ.. Kalau kecik size pulut jalur gemilang agak2 besar kawah gulai je boleh la jugak terima..

Orang dulu - dulu nak capai kemerdekaan bergolok gadai.. Tapi kita hari ni sambut kemerdekaan dengan seribu satu pembaziran. Sang lekit boleh terima la setakat nak tembak bunga api tu.. Tapi kalau makanan di buat main - main macam tu.. Memang kurang setuju. Kau guna la tanah liat ker, plaster sin ke.. hapa ker buat jalur gemilang besar dunia sekalipun tapi bukan la bahan @ benda yang boleh di makan. Bukan sikit jumlahnya.. 2,500kg pulut tu!!

Tak beragak langsung nak tunjuk semangat kemerdekaan & patriotik.. Tak rasa dorang ni patriotik sangat lebih kepada nak raih perhatian je. Orang yang menghayati kemerdekaan bagi sang lekit takkan membazir macam tu. Yelah.. kalau kita betul2.. merasai keperitan orang sebelum kita yang berjuang untuk kemerdekaan, kita akan dapat rasa kesusahan mereka jadi mustahil la kita dengan bangga melakukan pembaziran untuk mendapat nama & perhatian. Ye tak?? Sang Lekit tak kata sang lekit ni patriotik sangat tapi memang geram jugak kalau benda makan ni di buat macam tu. Bagi yang rasa entri ni seolah2 mengondem semangat kemerdekaan orang lain.. tepuk dada tanya selera. Fikirlah.. betapa untungnya kita hidup di zaman merdeka sampai boleh buat jalur gemilang dengan pulut.. berbanding orang yang zaman sebelum merdeka nak dapat nasi semulut pun siksa.

6 comments:

  1. Lagi bagus buat pulut byk2, sedekah kat fakir miskin. Lagi bagus.. Barulah janji ditepati. haha :D

    ReplyDelete
  2. Buat lemang sedekah kat anak yatim lagi dapat pahala.

    ReplyDelete
  3. membazir tu amalan syaitan.. yang ni dorang lupa kot.. kira membazir la tu kan..

    ReplyDelete
  4. xtau ape motif sebenarnye dorang ni..terkujat jugak..nie lah pemikiran zaman sekarang..


    1 je. MEMBAZIR..sape nk makan???? pulut lutut n muntut tu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com