UNTUNG KE JADI SURIRUMAH?

9/13/2012 01:06:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Selalu dengar orang cakap.. untung la hang tak kerja, boleh jaga anak sendiri tak penat sangat. Macam aku ni balik keja nak buat keja rumah lagi.. Nak masak lagi.. nak jaga anak lagi. Pagi kena bangun awai nak pi keja, dah la malam2 kena bangun susu anak. Penat Oo.."

Soal untung rugi rasanya lebih untung bagi mereka2 yang berkerja sebab ada duit gaji sendiri berbanding golongan surirumah yang hanya bergantung pada poket suami. Nak apa2 kena tunggu asben bagi duit tu pun kalau permintaan dapat approval kan?? Kalau tak dapat.. maka melopong la sorang - sorang. Kena cari skill macam - macam nak pujuk. betul tak?? Tu soal untung & rugi.. Soal penat tak penat lak.. Meh sini sang lekit nak mengupas ngupis & mengopek isu penat ke tak penat jadi surirumahtangga ni.

Carian Google
Penat... Malah bagi sang lekit lebih penat dari para ibu yang bekerjaya & berkerja ni. Korang bayangkan.. Korang kata pagi kena bangun awal nak pergi keja.. surirumah pun kena bangun awal jugak nak uruskan kerja rumah & anak - anak. Kalau yang ada baby tu.. kena uruskan baby dulu sampai dia tidur balik sekejab, lepas tu nak uruskan rumah.. kalau sempat pakej dengan masak sekali kalau tak sempat kena la tunggu sekejab layan baby tak pun buat keja sambil jaga baby. Nak2 baby yang semakin lasak macam lala (anak ku tu..), rasa dalam rumah macam kat tengah padang sambil membuat larian 4x100 meter. Sekejab memanjat.. kejab main benda tak sepatutnya.. merayap sana sini.. PENAT TAU! Kalau korang kerja.. pagi hantar anak pergi rumah pengasuh, korang pergi kerja.. Cukup time pergi makan, cukup time minum petang.. tahukah korang bahawa menjadi seorang surirumah yang ada anak kecik (baby) makannya dah tak tentu timing. Kalau sempat jer.. Bukan takat makan jer.. mandi.. pun sama. Membasuh sebab washing machine yang buat kerja jadi boleh la buat sambil jaga anak.. Tapi nak mengampai pulak kena cari time, betul tak?? Mungkin ada hari bonus sikit boleh update blog sebab kerja2 basic dalam rumah dah settle, anak pun dok sedap buai mimpi..

Cerita bab lepas office hour pula.. Korang balik kerja & kena bekerja kat rumah jugak. PENAT.. samalah dengan surirumah walau duduk rumah tapi kerja kat rumah tak pernah jugak habis sampai malam. Sama juga kena bangun tengah2 malam susukan anak.. sama juga kena bangun pagi buat kerja cuma bagi golongan ibu2 yang kerja ni at least ada break time yang ikut time setiap hari.. Macam sang lekit surirumah yang tinggal sendiri tanpa ada mak bapak @ mak bapak mertua ni susah sikit. kena uruskan semua sendiri. Jadi takde istilah UNTUNG JADI SURIRUMAH & TAK PENAT SANGAT.. sebab jadi surirumah tu kadang2 lebih memenatkan dari jadi ibu yang bekerja. Yang Untung cuma dapat jaga anak sendiri dengan sepenuhnya.. berbanding yang kerja separuh hari anak tu di asuh oleh pengasuh, kan??

P/S : seingat sang lekit sejak ada anak ni susah sangat nak dapat tidur siang hari.. Nak - nak lagi lala dah setahun sekarang lagi la tak berani nak tidur walau dia tidur sebab kalau dia bangun dia terus beraktiviti tanpa sempadan. takut tertido mati jer...

** Entri ni bukan entri merungut.. tak bersyukur.. atau.. mempertikaikan sapa lebih banyak kerja tapi entri ni cuma cerita kat sapa2 yang baca pengalaman sang lekit setakat ni selama menjadi surirumahtangga yang baru ada sorang anak & pendapat sang lekit tentang wanita bekerja dari pengalaman lepas sang lekit bekerja. Kena tulis macam ni sebab ada yang tak berapa paham. Entri ni pun tak bermaksud untuk menakut nakutkan gadis di luar sana yang masih bujang untuk kawen & ada anak.  Kalau memo ni pun buat ada makhluk yang tak paham lagi still fikir yang negatif pasal entri ni.. tak kuasa dah den nak explain. Lantok kome ler.. (Ala2 cikgu shida cakap gitu.. kekekekeke)**

12 comments:

  1. ikut keadaan suami la. sama-sama penat kot. orang bekerjaya kena ready otak pk banyak benda instead of rumah tangga.

    tapi masing-masing ada cara masing-masing nak terus hidup. takde pertikaian sepatutnya.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya jadi surirumah lagi penat dari kerja dipejabat ☺☺. Kena betul2 bersedia kalau nak jadi surirumah. Yang untungnya bila jadi SAHM..bley lihat tumbesaran anak depan mata ☺☺

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    tiap org ada pendapat mereka. kalau mereka kerja mereka kata tak kerja untung sbb tak letih, begitulah sebaliknya.

    pendapat diberi berdasarkan apa yg org lihat.ramai je org duk umah tak letih, bekpes luar..tak yah msk lunch bungkus je dan msk ptg je utk suami..tu style pemalas la. kalau org tgk yg duk umah kerja tak henti2 br org kata duk umah penat wehh...

    ada org kata untung kerja, ada org kata untung duk umah.pendapat msg2 berbeza.klu org pemalas nk kerja cam akak ni mmg untung duk umah, duit tak terbazir kat luar. dulu kerja duit abes je shopping, duit elaun suami bg pun pki gak..tak tau beli apa. skrg tak kerja elaun simpan, nak beli apa2 suami byrkan..itu lg untung utk akak la.sbb tu selesa duk umah jd 4 org yg kuat mkn ni.

    penat?itu berbalik kepada apa org tu buat. ada je org tak kerja x wat apa2 kat umah mereka kan? pg tgk MHI, pastu bekpes, tido ke..tgk tv lagi..ehehe.apa pun pendapat kita jgn la sampai kita kata org duk umah tak datangkan hasil, tak berpengetahuan, tak penat..bla bla bla. tepuk dada tny diri.sanggupkah kita buat apa yg org tu buat. hormat apa org lain buat tu perlu. tak perlu kata aku rugi kau untung. cara masing2 berbeza.

    jgn ingat suami suri rumah sepenuh masa tak sidai kain, tak sapu sampah sbb suamiku buat itu semua tiap mlm. sbb? dia tau isteri dia tak cukup tgn urus rumah tangga.

    ReplyDelete
  4. Tadi member up status kat FB..'nak kerja nak kerja sebab bosan, nak kerja tapi nak jaga anak sendiri'

    hmm..kesian pulak

    ehh i like to be fulltime housewife..tapi kalau belum ada anak rasanya better kerja lah.

    ReplyDelete
  5. UNTUJNG APA JADI HOUSEWIFE.. HEHE..
    BERSYUKUR DENGAN SETIAP TUGAS KITA .. ADA PERANAN MASING2..

    NUR dari ALL IN ONE

    ReplyDelete
  6. entri ni bukan nak merungut & tak bersyukur cuma memberi pendapat dr pengalaman sendiri.

    ReplyDelete
  7. wah memenatkan. tp xpe jgn risau suri rumah byk pahala nye kan. :)

    ReplyDelete
  8. mak aku dulu nurse, pastu dia jadi full housewife lepas dapat aku.

    sampai lah semua anak2 dia habis universiti skrg, boleh dikatakan dia housewife berjaya..

    ReplyDelete
  9. berkerja n jd suri rumah lain penat nya.tp jd suri rumah lg penat rasanya hehehe.

    ReplyDelete
  10. Syok dpt jadi housewife.tp tak semua org ada peluang tu.kena tgk keadaan juga

    ReplyDelete
  11. Jd suri rumah vs wanita bekerjaya..yup jadi suri rumah lg penat!!knp sy berani kata begitu sb sy pernah jd wanita bekerjaya dan skrg jadi suri rmh sepenuh masa. Ya!sy hrp wanita luar sana yg bekerja jgn memandang rendah pd suri rumah ckp eleh suri rumah je pn...jgn okayyy..try berhenti kerja jg sndri ank sndri bru tahu langit tinggi atau rendah yerr..dlu b4 berhenti pn sy igt seronok jd suri rumah tp skrg sy rs menyesal sgt rs nk kerja balik, nk kwn2 rmai, nk ad privasi n duit sndri..tp dh jd suri rmh anda xde kwn, duit sndri, ms nk mndi pn xde..stresss n penatttt berganda...bkn nk merungut tp ni kenyataaan sy dr seorang wanita bekerjya dlu dn sekarang jd houswife..moral of story jgn pndang rendah pd suri rmh okay..kalau x cye,try resign n jd suri rmh sndri okayyy..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com