PENGARUH FILEM.. BUAT TALI DENGAN SELENDANG, AKHIRNYA JATUH TERLENTANG

11/23/2012 03:06:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Amboi gigih sungguh si makwe nak jumpa si pakwe walau di halang mak bapak dia. Sanggup ni sambung selendang buat tali nak turun dari tingkat 7 rumahnya. Memang cinta sampai mati la budak ni.

INILAH apartmen di Desa Pandan lokasi remaja tersebut ditemui mati selepas terjatuh
Tapi malangnya pengorbanan dia tu tak dapat ending yang baik. Dia terjatuh dari tingkat 7 selepas selendang yang di hubung buat tali panjat turun tu terkoyak sebaik dia bergayut. Lebih malang lagi cinta si juliet ni berakhir dengan kematian. Maka si romeo yang mendapat tahu si juliet yang terkorban dalam misi untuk pergi menemuinya pun turut merasai kesedihan kehilangan orang tercinta. Update twitter marah si mak & adik arwah makwe dia. Demi cinta sejati.. sanggup si romeo ambil teksi walau dia takde duit nak bayar tambang teksi tu kerumah arwah juliet tu semata mata nak bagi penghormatan terakhir & untuk sama2 membaca surah yassin untuk si awek tercinta. Nasib baik family si arwah tolong bayarkan.

Kisah romeo & juliet 16 tahun ni kadang2 buat sang lekit terfikir. Kisah si budak tu buat tali dengan selendang semata2 nak turun dari tingkap 7 melalui tingkap bilik rumah dia sebab nak keluar ikut pintu mak dia tak bagi. Ni satu bukti pengaruh filem yang kuat. Dari mana lagi dorang nak dapat idea macam ni selain dari apa yang dorang tonton la kan?? Bahaya sungguh pengaruh drama/filem sekarang nak2 lagi filem2 aksi yang makin melambak. Konon filem tu sebenarnya nak tunjuk realiti kehidupan di samping menyelitkan moral yang baik. Moral yang baik cuma terselit.. bukan dorang nak pandang sangat pun. Tambahan lagi dok celah2.. dah la celah2.. yang baik tu seciput umpana dok celah gigi lagi la tak memberi impak apa2. Tapi yang kononnya realiti tu lah seolah2 jadi guru & bagi idea kat depa nak tiru?? Betul tak??
(Untuk artikel pasal si Romeo & Juliet 16 tahun tu boleh clik kat SINI & SINI )

Kalau pengarah atau penerbit filem ni cakap konon filem dorang memaparkan realiti kehidupan remaja sekarang & dorang sekadar mengabdikan dalam filem aku cemuih la dengaq. Lepas tu tambah sikit lagi.. filem2 ni ada memaparkan mesej2 yang baik untuk di teladani. Masalahnya start cerita dah ko tunjuk moral yang negatif.. sepanjang jalan cerita yang positif tu alahai.. sesuap dua je mana nak datang serik, takut & insaf. Yang depa dok pulun tengok macam mana nak kona baring, nak drif, adengan peluk2 dengan pakwe/makwe,lepak pub disko bagai.. kan?? kebanyakkan yang suka tonton filem aksi ni nak tengok aksi je bukan nak skolah pasal moral baik moral jahat bagai. Jadi tak payah la hipokrit sangat cakap tujuan filem tu di hasilkan adalah memberi kesedaran pada remaja pasal bahaya tu.. bahaya ni.. padahal korang pancing depa dengan aksi2 & kehidupan sosial yang membawa kepada negatif jer. Nak tak nak terima itulah hakikatnya.. Yang penting untung. Box Office lu olang dapat bonus ma.... Peace!

P/S : Alfatihah kepada adik Khatijah yang maut selepas terjatuh dari tingkat 7 rumahnya.


9 comments:

  1. Berani sangat budak2 sekarang,nak nak lagi yang remaja...seram

    ReplyDelete
  2. kesian..mudah2an ditempatkan dgn orang2 beriman

    ReplyDelete
  3. Cinta monyet sampai tak nampak baik dan buruk.. kesian family dia :(

    ReplyDelete
  4. alfatihah buat arwah.... kepada adik2 yg bercinta jgn terlalu ikutkan hati nnt mati....

    ReplyDelete
  5. nak sangat-sangat tu kan? sanggup...

    ReplyDelete
  6. sedih bila remaja skrg membelakangkan ibubapa dlm membuat keputusan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com