PERGINYA TINGGALKAN ISTERI BARU 6 BULAN DI NIKAHI & ANAK YANG BERUSIA 4 BULAN DALAM KANDUNGAN

12/19/2012 03:33:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Sedih bila dapat khabar dari kawan sekampung semalam. Kawan sekampung terlebih dahulu bagitau sang lekit yang sepupu sang lekit di kampung meninggalkan dunia akibat kemalangan. Terkedu.. & terus rasa sebak bila teringatkan arwah. Lepas tu baru mak pulak call bagitau

Dari cerita yang sang lekit dengar, kereta arwah terbabas & jatuh dalam sungai kat kampung sang lekit jugak. Tapi dari postmortem mengesahkan arwah meninggal bukan kerana lemas. Arwah mungkin meninggal sebelum kereta dia terbabas jatuh dalam sungai. Menurut cerita dari anak sedara sang lekit orang terakhir yang berbual dengan dia kat telefon bagitau sebelum suara dia hilang & talian terputus memang di hujung2 bualan dorang tu dah dengar sayup sayup suara dia. Apapun bila tiba masanya.. Dia akan pergi juga. Kita boleh mengubah takdir tapi bukan ajal.

Masa dengar ada kereta jatuh sungai.. mak arwah (makngah), abang sepupu, kakak sepupu & makcik sang lekit sempat pergi tengok tapi paling sayu bila di angkat mayat tu.. paling terkejut mak arwah la. Terkulai dia kat situ sekejab. Yelah.. Tak sangka kereta & mayat tu anak sendiri. Ibu mana yang mampu tahan rasa sedih.. bila baru sekejab tadi tengok muka anak lepas sejam dua tengok depan mata sendiri sekujur tubuh anak yang tak bernyawa lagi. Hanya ibu sahaja tahu rasa macam mana. Sang Lekit semalam mimpi lala kena culik pun dalam mimpi tu pun sang lekit dah menangis macam orang gila & harap cuma mimpi.. bila terbangun, alhamdulillah memang mimpi je inikan pula makngah yang tengok mayat anak sendiri di angkat naik.

Arwah memang seorang yang baik, peramah & tak pernah sang lekit tengok atau dengar dia berkurang ajar dengan sesiapapun. Dia tak merokok atau terlibat dengan gejala2 yang negatif. Memang kalau balik kampung sang lekit suka jugak pergi rumah mak dia (makngah). Kalau dia ada dia memang akan berborak la. Baru 6 bulan lebih kurang berkawen & sekarang isteri dia tengah mengandung 4 bulan. Mengenang semua tu.. Hati sangat2 tersentuh sebab kita juga seorang isteri, seorang ibu & seorang perempuan. Dalam usia perkahwinan yang masih dalam mood bulan madu dia terpaksa menerima kenyataan pemergian suami tercinta tanpa sebarang tanda tu. Terfikir juga sang lekit.. kuatkah dia nak melangkah masuk ke dalam rumah yang pernah diorang cipta kenangan selama 6 bulan? Dalam keadaan yang dia yang mengandung.. seolah2 kita dapat rasa betapa berat dia menerima. Kita masa mengandung dari awal sampai bersalin check up tiap2 bulan asben teman.. entah macam mana perasaan dia bila tak dapat menghitung hari bersama seorang suami untuk menyambut anak pertama. Pedihnya hati bila bayangkan semua rasa tu.. Ya Allah kau kuatkanlah hatinya.. Kau berikan dia ketabahan dari dugaan Mu ni, Ya Allah.

Tapi itulah perjanjian Allah dan hambaNya. Itulah yang tertulis dalam perjalanan hidup mereka. Takziah & Al Fatihah dari sang lekit di kejauhan. Tak dapat balik kampung.. Kalau balik pun mungkin tak sempat tengok jenazah buat kali terakhir. Sampai saat ni hati masih terasa sebak.. Moga isteri arwah cekal & tabah menerima ketentuan Allah ini. Jagalah amanah Allah yang sedang di kandung & satu2 pewaris & zuriat arwah yang di tinggalkan sebagai tanda kenangan.

 Dalam kenangan.. Arwah Azman Bin Shaari. Moga kamu di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

P/S : Semoga seluruh ahli keluarga pak ngah & makngah tabah & redha atas pemergia arwah.

19 comments:

  1. innalillahi wa innalillahi raji'un..salam takziah..semoga keluarga arwah tabah dan redha terutama sekali isteri arwah..

    ReplyDelete
  2. sebak bila baca entry post ni..

    al-fatihah..

    tak dapat bayangkan perasaan wife dia..sy yng belum kawin ni, tunang bertugas kat lubnan pun terasa sngt..ni kan pula pergi utk selamanya.. moga isterinya tabah demi zuriat yng dikndung..

    ReplyDelete
  3. al-fatihah

    sedihnya baca entry nie..harap isteri arwah tabah dan dapat menjaga zuriat yg dikandung ngan sebaik mungkin....

    ReplyDelete
  4. Innalillah.....semoga keluarga arwah tabah menerima ketentuan dari Ilahi...lebih2 lagi isteri arwah..semoga beliau kuat semangat.

    ReplyDelete
  5. sy cuba bygkan kalau sy ditenpat si isteri..xboleh. sebak. al-fatihah utk arwah. besarnya dugaan.

    ReplyDelete
  6. Ya! allah, sedihnya baca. Semoga isteri arwah tabah menghadapi dugaan.

    Al-fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  7. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan semoga isterinya kuat dan tabah.
    Apa yang kita ada didunia ini hanya pinjam-pinjaman, di dalam kubur nanti seorang diri juga...

    ReplyDelete
  8. (Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ..
    salam takziah buat keluarga arwah..
    semoga isterinya tabah..

    ReplyDelete
  9. kesiannya kat isteri dan anak dalam kandungan tu..sedih nya..

    ReplyDelete
  10. Tuhan menguji pd org ttu yg blh menanggungnya..

    ReplyDelete
  11. Salam takziah dr akak utk keluarga arwah lebih2 lagi isteri beliau. Bagaimanapun perancangan Allah ada hikmahnya. Beliau meninggalkan zuriat sbg tanda kenangan. Itulah penyambung kasih mereka berdua hingga di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  12. Ya Allah,dugaan mereka sekeluarga,takziah buat mereka :(

    al-fatihah

    ReplyDelete
  13. Hmmm..sedih bila baca kisah macam ni.
    ayah mennggal masa bayi sulung dalam kandungan.
    hmmm

    ReplyDelete
  14. hai.. takziah diatas pemergian mendiang.. semoga keluaarga tabah menghadapi dugaan Tuhan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com