BUDAK 13 TAHUN DI DAKWA CUBA ROGOL TU DAH DI HADAP KE MAHKAMAH

1/04/2013 08:22:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Sebab sang lekit pernah tulis pasal budak lelaki melayu 13 tahun yang di dakwa cuba merogol wanita cina berusia 28 tahun di tandas salah sebuah stesen minyak maka entri kesinambungan dia kena juga buat supaya orang yang susah faham lebih faham agar tak jadi salah faham & pertikaian.(boleh rujuk entri ni >> DIMANA BUKTI BUDAK LELAKI MELAYU 13 TAHUN CUBA ROGOL PEREMPUAN CINA TU? )

Entri lepas sang lekit mempersoalkan gosip yang tersebar luas kat FB pasal kes ni sebab banyak sudut yang meragukan. Yelah.. sekadar up status & upload gambar tanpa bukti kukuh macam lampiran laporan polis yang di buat, mesti la meragukan, kan?? Jadi salah ke daku meragui kebenaran cerita tersebut?? Kalau ada yang anggap salah.. tak tau nak cakap la. Maybe yang rasa salah tu dia punya tahap instinct tu tinggi boleh tau yang mana gosip yang mana cerita betul la kot. Tapi daku cuma boleh tau benda tu betul atau gosip kalau di sertakan bukti kukuh jer, takde kelebihan nak guna instinct ni.. cuma makhluk biasa je.

Status yang menjadikan kes ni kontroversi, hot & spicy yang di printscreen dari blog Sozcyili

Berbalik pada kes budak 13 tahun tu.. dia pun dah di hadapkan ke mahkamah.(tengok berita tv9 tadi) Kalau betul dia bersalah, harap dia akan terima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dia buat. Bagi sang lekit jika betul dia di sabitkan kesalahan tu memang masalah akhlak & moral yang berat. Nak salah ibu mengandung pun.. tak sampai hati. Puncanya bukan satu tapi banyak. Bukan setakat salah didikkan mak bapak jer.. persekitaran, pergaulan, kan?? 13 tahun dah berani nak merogol orang??? Tahap keberanian dia mencuba tu memang tahap bahaya.. Bermakna benda yang mempengaruhi & mendorong dia buat tu memang kuat. Kalau tak.. takkan dia berani buat macam tu, kan?? Tu pun kalau betul & terbukti dia bersalah la. Sang Lekit taknak jugak cakap macam dia betul2 bersalah sedangkan mahkamah belum putuskan apa2 keputusan lagi. Biar pihak berwajib dulu buat kerja sebelum kita buat spekulasi sendiri, ye dak?? Kita pun tak payah la jadi hakim atau lawyer yang menggunakan landasan politik untuk berhujah & menjatuhkan hukum sebab masalah ni bukan masalah politik tapi masalah moral & masalah jenayah. Jadi jangan kaitkan dengan isu politik sampai jadi lagu bangau oh bangau. kau salah dia.. dia salah mereka.. mereka salah kau balik.. sampai kiamat cerita tak habis.

Dari kes ni bagi kita semua 1 peringatan.. bahawa kat mana2 sekarang ni susah nak kita anggap zon selamat walau dalam rumah sendiri. Kalau nak guna tandas kat luar.. pastikan bukan unisex punya tandas. Laki pompuan belasah 1 tandas yang sama. Merbahaya pada kaum hawa sebab kaum perempuan memang sasaran penjenayah. Nak terkencing atau terberak sangat pun kalau boleh cari tandas yang lebih selamat.. carilah. Jangan jadi seperti apa yang kita dengar sekarang, baru nak ambil tindakkan berjaga jaga.

P/S : walaupun budak tu dah di hadap ke mahkamah bukan lesen untuk kita maki 1 keturunan dia pulak. Mak bapak dia pun tak ajar & harap anak dia jadi macam tu.. kan??


5 comments:

  1. salam lekatlekit.. amboi pelik nama blog ni.. hehee... ntahla, budak tu aku xleh komen banyak2.. tkot bukan dia yg bersalah... kalau betul2 dia bersalah pun hrp jangan persalahkan mak ayahnya sekeras2nya plak..

    ReplyDelete
  2. so memang betul lah dia salah ye? saya tak tengok berita. mak saya pernah kata, kalau sepohon pokok tu, belum tentu semua buah dia elok! dunia dah terbalik!

    ReplyDelete
  3. Budak tu dah mengaku salah dah, tapi lum jatuh hukum lg..

    ReplyDelete
  4. salam abby..
    hmm..klu btl salah mmg kena hukuman yg setimpal..

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Tak bley nak salahkan parents juga. Environment pon memainkan peranan juga.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com