14 FEBUARI HANYA UCAPAN UNTUK DIA SAJA

2/14/2013 03:13:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Ti.. aku tak lupa tapi sejak kita dah jauh terpisah aku memang tak wish lagi. Sorry.. aku ingat tapi aku tak ucapkan dengan kata - kata untuk hang dengaq dengan nyata.

Ti.. Antara kita dah jadi macam bukan sesapa.. masing2 dengan haluan & hidup sendiri. Jauh di mata.. jauh di hati & jauh dari segala galanya tapi aku tetap tak lupa tarikh hari ni. Tak tau kenapa.. macam dah ter set kunci mati dalam hati. Tiba tarikh ni alarm hati akan berbunyi dengan nama SITI.

Ti.. Takpa kalau kita bukan sesapa lagi tapi dalam sejarah ada nama kita berdua tak kira sejarah hang ataupun aku. Tetap dalam sejarah kita ada kisah kita. Kisah kita zaman kanak - kanak.. kisah zaman remaja dan kisah antara kita ternoktah di ketika kita mula menganjak ke alam dewasa tapi kita tak sempat pulak lewati bersama. Jadi kita takdak kisah kat situ.

Ti.. Mesti hang dapat banyak wish.. dapat banyak hadiah, kan?? Tak terkejut aku sebab dari dulu hang memang sentiasa jadi perhatian. Sapa2 je pun suka nak dekat dengan hang. Sebab hang lawa, semua orang tengok pun suka. Tak macam aku.. ketot macam kanak kanak rebina. Sebab tu dulu kadang2 aku nampak hang macam malu nak jalan dengan aku, kan?? Sebab hang takut depa kata hang lepak bawak adik, kan?? Tak pa.. aku tak kisah. Kalau aku boleh lukis macam mana aku nak jadi.. tentu sekali aku nak cantik.. nak tinggi & nak sempurna semuanya. Tapi Allah dah bagi aku macam ni.. aku syukur ja sebab aku tau kelebihan aku tang mana.

Ti.. aku tersasar pulak.. sebenaqnya aku still nak wish walau aku tau hang takkan baca. Selamat Hari Jadi Ti.. Kita sama2 dah tak perlukan antara satu sama lain lagi tapi tak bermakna aku lupa semuanya tentang hang. Aku doakan hang sentiasa sihat, murah rezeki, jodoh berpanjangan,hidup di berkati & di rahmati & di sayangi semua mereka yang ada disisi.

Dan benda yang aku tak lupa jugak dari kecik hang memang suka bunga.. Kita pernah mandi bunga sama sama dekat telaga (Perigi) masa kecik kecik dulu, ingat dak??

P/S : Entri ni hanya sekadar entri yang bunyi lain macam sikit tapi tak macam macam sangat, kan?? kekekekeke

4 comments:

  1. siti tu sape lekit??bff ke?? nape skrg dh x berhubung ke?

    ReplyDelete
  2. masa memisahkan kita..kan??akak pun ada kawan2 zaman kecik yang terpaksa akak tinggalkan demi kehidupan hari ini...

    selamat hari jadi untuk siti..

    ReplyDelete
  3. salam abby..
    wah..hihih..
    sanah helwah utk ti ye.. :)
    mesti die terharu klu bca ni...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com