DISERANG ANON RESTORAN DAPUR DD

2/28/2013 02:48:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Excited la kot kisahnya ni.. Yelah baru masuk JJCM, nak tengok la kot feedback orang cakap @ review pasal restoran depa la kot. Alih2 google jumpa satu je blog puaka niyang rapik KL yang tulis pasal restoran depa, kan??

Apa ko merepek ni sang lekit?? Ni kisah di serang bakteria bernama Anon pasal entri sang lekit yang bertajuk KALI KE 2 TERPEDAYA DENGAN RANCANGAN JALAN2 CARI MAKAN. Memula rasa biasa la di serang bakteria Anon ni.. Tak nama blogger la kalau tak kena serang dengan Anon. Nak2 lagi yang jenis outspoken ni kan?? Memang pilihan Anon la nak bertandang & tinggalkan komen berunsur kritikkan konon membunuh la sangat. Hujung kuku pun aku tak tacing tau!!

Antara komen Anon (Part 1)

Entri ni bukan entri tacing, ok! Entri cuma entri sebab rasa lawak.. Yelah, lepas tengok JJCM ahad lepas sang lekit ada google pasal restoran ni nak tau map & kot2 ada review dari orang2 yang pernah makan kat sana sebelum terjah tapi sedih sangat tau.. takde langsung dalam carian google. Lepas balik makan dari restoran Dapur DD ni try google lagi gambar restoran tu sebab takde material nak buat entri pun syahdu memang takde langsung dalam carian google.

Komen Anon (Part 2) Yang sorang Anon tu bukan bakteria ok! hahaha. dia pun pernah terkena

Alih2 hari NI dapat bertubi2 komen Anon yang ala2 marah je sang lekit cakap restoran tu tak best.. Ok lagi. Takde terfikir apa2. Sekali check keywords Nuffnang rupanya ada yang mencari pasal restoran Dapur DD ni. Hati mula cuit2 manja.. owner restoran ke bebudak staff situ yang cuba search pasal restoran depa ni.. hik hik hik.. gelak nakal la sikit. Untuk kepastian sang lekit try google sendiri.. Memang yang ada review pasal Restoran Dapur DD ni cuma blog daku jer.

Nuffnang keywords

Ehemm.. hem.. bukan nak tuduh tapi hati ini berkata2 anon2 itu adalah mereka2 yang berkaitan denga Restoran Dapur DD jer.. Maybe la kot depa nak tau berapa orang yang datang makan kemudian review pasal restoran dorang. Kat sini sang lekit cuma nak cakap.. Kalau tak sedap, kalau tak best & kalau service tak pantas.. takkan sang lekit nak paksa diri cakap restoran kau best, paling pantas & paling sedap kat mukabumi ni. Kenapa sang Lekit puji Restoran Aroma Ikan Bakar kat Jeram sana?? Sebab memang makanan dia best2.. restoran dia besar, service dia takde la lembab sangat kalau lambat sikit boleh accept sebab orang memang ramai & restoran dia memang besar.

Dalam carian google nampaknya setakat ni hanya blog melekit je yang review pasal Restoran Dapur DD tu. Untuk selepas ni & akan datang tak tau la yer

Moral of the story.. khas buat semua peniaga2 makanan.. Kalau orang cakap masakan kita tak best.. kita kena la best kan bukan marahkan orang yang cakap. Kalau majoriti cakap sedap, sorang je cakap tak best.. buat bodoh je la. Tak terjejas pun. Restoran Dapur DD.. kalau sang lekit je cakap tak best jangan risau kalau beratus lagi orang cakap best sebab daku bukan sesapa. Daku cakap bagi pihak tekak daku & tekak suami daku. harap maklong & paklong yer.. sekian makaseh! kekekekeke

P/S : Pasal sang lekit cakap kedai 1 lot jer tu.. salah ekk?? Ok kedai 2 lot tapi orang tak ramai masa sang lekit datang tetap kena tunggu dekat 2 jam jugak padahal seciput je kitorang order. Yelah2.. bakar pakai api arang kan mesti lambat. Takpe nanti kita gi try makan ikan bakar berempah pula.. mana tau sedap sang lekit boleh buat review semula. Manalah tau jenis bakar kosong tu popular kat pantai timur.. kami laki bini tak sampai pantai timur lagi kot. Kalau Belah Utara bakar kosong pun paling2 garam kunyit nampak pun indah sikit.

13 comments:

  1. alahai... siannya lekit kena sebut dek anon2 tu... ntah hape2... spatutnya tgk bende tu dr sudut positif utk majukan bisnez... btul kate lekit... kalau 10 kate sedap dan 1 kate tak sedap, so boleh abaikan yg 1 tu... tp kalau 1 kate tak sedap tp yg lain tu tak tau nak komen sedap ke tak... tu kena fkir sendiri laa... stakat masuk JJCM atas recommend org ramai tanpa ada undercover, baik tak yah... ntah2 adik bradik tokey kdai sendiri yg bg suggestion kat JJCM tu...

    ReplyDelete
  2. hehehe.. sepanas ikan bakar nampaknya ni Sang Lekit.. hihi..

    teringin lak nak makan ikan bakar kat Jeram tu..

    ReplyDelete
  3. sebenarnya bagus sangat lekit inform perkara yang betul.nanti org lain tak terkena..mereka patutlah ambil positif, unah ke arah lebih bagus..kan

    ReplyDelete
  4. Salam Abby..
    huhu.. nnti cma p try makan kat sana okey ke tak?
    :)

    ReplyDelete
  5. Salam Abby..
    huhu.. nnti cma p try makan kat sana okey ke tak?
    :)

    ReplyDelete
  6. hehe..marah giler pekerja2 mereka.. tp mmg btol pon.. ade satu restoran kt bandar kinrara tu masuk JJCM,sy dah pernah g makan kt sane sebelum tu.. tp skali jela..pastu x teringin lg nak kesana...

    ReplyDelete
  7. hahahahaha! mmg lawak la abby.

    mungkin rasa setiap manusia berbeza.
    sesetengah org mmg TAK BOLEH terima pendapat kritikan org lain.

    kalo rasa taknak kena komen/komplen baik takyah bukak restoran.

    haiisshhh! kau rasa kalau masuk jjcm, dah popular dan sedap la restoran /masakan ye?

    ReplyDelete
  8. cma.. try la. manatau kena dengan selera cma kan?? tp jgn minta yg bakar kosong tau.. hahahaha. sedih tgk kalau bakart kosong. Try la yg bakar berempah manatau sedap.. :D

    ReplyDelete
  9. Cekla.. maybe restoran baru kot. Tak sure lak sebab selama ni tak pernah tau pun restoran tu wujud walau bkn jauh pn dr umah tp x penah dgr org rekemen kesana. kalau sedap mcm Aroma Ikan bakar tu, confirm la jadi sebutan ye dak?? even jauh kat jeram sana sanggup org terjah.. kan??

    ReplyDelete
  10. haha..sy pun pernah komplen psl satu tmpt makan ni..bukak puasa,tmpt grand,byr pun boleh tahan..last2 mkn guna polistrien okeh,kerang dh busuk dia rebus..makanan mcm stok kantin sekolah..sy citer la dlm blog, tetiba chef dia komen..xngaku slh lak tu..mmg btl kak,org2 kedai tu jgk la tu..bkn nak perbaiki,nk hangin lak..

    ReplyDelete
  11. bila dah bertukar menjadi anon, memang ayat tak ingat punya....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com