PRU13: NAK TAHU SIAPA YANG PATUT & TAK PATUT KORANG UNDI

4/04/2013 11:47:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Dah tak lama lagi kot nak PRU13 ni kan?? Tunggu je pengumuman tarikh nya. Jadi kita sebagai rakyat malaysia yang beragama Islam, jom kita tengok siapa yang patut kita undi & tidak semasa pilihanraya nanti.

Gambar Carian Google
Dalam surah Ali Imran ayat 28 dan dalam surah An-Nisa' ayat 139 dan juga ayat 144 menegaskan dengan terang larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin kepada orang-orang Islam walau dalam apa bidang sekalipun. Ini kerana dalam Islam seorang pemimpin bertanggungjawab soal amar makruf dan nahi mungkar, soal ibadat, dan lain-lain, sedangkan orang yang kafir tidak bertanggungjawab terhadap masalah ini, sebaliknya mereka hanya bertanggungjawab terhadap agama mereka sahaja.

Bagaimanapun di kalangan ulama' ada yang berpendapat boleh melantik orang yang bukan Islam untuk menjadi pemimpin kepada umat Islam bukan dalam bentuknya yang umum seperti presiden atau perdana menteri yang melibatkan urusan langsung umat Islam, tetapi dalam bidang-bidang tertentu yang mana umat Islam belum ada kepakaran tentangnya seperti bidang kedoktoran dan lain-lain.
Berhubung melantik perempuan menjadi pemimpin khususnya pemimpin besar umat Islam, jelas tidak boleh kerana bercanggah dengan nas yang menjelaskan kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita dan tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik kaum wanita mereka menjadi pemimpin mereka. Namun begitu ada beberapa profesion yang boleh kaum wanita menjadi pemimpin di dalamnya seperti bidang kejururawatan, pendidikan anak-anak dan lain-lain yang sesuai dengan fitrah semula jadi yang ada pada diri mereka.
** Rujukan artikel di atas sumber dari SINI **

Jadi paham - paham sendiri la yer.. Jangan taksub sangat dengan parti sampai main pangkah je tak kira apa agama pun. Jadi pada yang berniat nak pergi mengundi & tak tau siapa yang harus di undi, moga dengan perkongsian ringkas ni dapat memberi tips kepada korang semasa memangkah undi nanti yer.

P/S : Entri ni tak melambangkan apa2 @ mana2 parti politik sekadar berkongsi info untuk manafaat semua. Bagi daku kalau tak kira parti apapun kalau dia calon wakil rakyat tu seorang yang beragama Islam, elok la kita undi yang seagama dengan kita, ye dak??


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

11 comments:

  1. hurm..tengah fikir nak pangkah belah mana

    ReplyDelete
  2. betul tu kak.. tak kira la dia barisan apa janji yg beragama Islam.. kita sebagai pengundi yg pembuat keputusan..

    ReplyDelete
  3. bagaimana jika sekadar islam atas nama sahaja?

    ReplyDelete
  4. Cik/En anon kalau dah tau calon tu cuma Islam pada nama pilih la calon yang betul2 membawa Islam sbg pemimpin.. apa susahnya. Nak tau ciri2 yg layak di pilih sbg pemimpin rujuk je artikel sumber asal tu

    ReplyDelete
  5. kat pulau pinang pangkah cemana pun china jugak yang jadi ketua menteri..habis cam no,....heheh

    ReplyDelete
  6. tu la kan.. tp sekurang kurangnya kita undi yang seagama dengan kita. :D

    ReplyDelete
  7. Kalo semua calon bukan islam so x payah undi la

    ReplyDelete
  8. nampaknya spesis anon ni memang suka menyusahkan diri dgn soalan tak berapa cerdik.. kalau kita di negara yg bkn Islam.. mesti ada garis panduan lain yg membolehkan kita mengundi bkn islam sbg pemimpin. Kita pun tahu Islam tu mudah.. tak payah la cik/en anon menyusahkan otak sendiri dgn soalan2 krg cerdik macam tu. skrg kita ckp PRU malaysia dimana kita ada pilihan utk memilih calon yg seagama.. kalau takdak sgt calon yg seagama.. pilih la yg terbaik & mampu bersikap adil dgn penduduk yg berbilang kaum..

    ReplyDelete
  9. kalau dah takdak sgt2 calon pemimpin yg kita rasa baik.. takpa dok ja dendiam kat umah..

    ReplyDelete
  10. undi nie kena buat pilihan yg bijak.. undi yg seagama lebih elok

    ReplyDelete
  11. Salam Abby..
    hihih.. marilah mari..pergi mengundi..
    tunaikan kewaajipan pada negara..

    :D

    undi jgn tak undi :P

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com