CIKGU SHIDA PUNCA ORANG MALAYSIA BOLEH BUAT DUIT DI YOUTUBE

6/21/2013 02:23:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

La.. Ingat dah abis musim menulis kisah cikgu shida kat blog melekit ni rupanya ada lagi yer.. Kasih sayang ku terhadap cikgu shida tak pernah berakhir gitu.. kekekeke. Selagi ada cerita best pasal cikgu shida.. selagi tu kesetian ku menulis kisahnya akan berterusan..

Kisah kali ni bukan kisah nak gelakkan cikgu shida atau nak perkecilkan sumbangan cikgu shida la kan.. Kalau betul la kerana cikgu shida buat rakyat Malaysia mampu menjana pendapatan melalui youtube.. maka kita kena ucap jutaan terima kasih. Kita kena buat video upload kat youtube untuk ucap terima kasih secara eklusif kat cikgu shida. Sebab kalau bukan kerana dia bersengkang mata.. terhinjut2 terjoget2.. conteng muka dengan macam2 watak bagai.. kena puji kutuk maki bagai.. untuk membuatkan youtube terbuka hati menjadikan Malaysia sebagai partner mereka. Dengan itu bolehlah rakyat malaysia menghasilkan video kreatif untuk di share kat youtube bagi menjana ekonomi sendiri kan??


Biarpun takde bukti yang menunjukkan bahawa cikgu shida la penyumbang pada apa yang dia kata tu.. biarlah. Kita bagi dia happy sikit dengan mengiyakan saja apa dia kata. Mungkin betul.. sapa tahu, kan?? Sesekali kita kena jugak beralah kan... kekekkee

Apapun cikgu shida.. sebagai warga Malaysia nak ucap terima kasih la atas sumbangan besar tu yer.. Takpe la kalau syok sendiri pun janji menyumbang jugak kan?? Tak boleh jugak nak nafikan sumbangan dia yang memberi traffic pada youtube tu. Yelah.. sebagai seorang yang pernah cetuskan fenomena di youtube.. kalau sebab video2 dia membuka hati pihak youtube memberi peluang Malaysia menjadi rakan kongsi mereka,harus la dia dapat nama kan?? Tapi sayangnya.. kesahihan tu belum pasti & berbukti. Sabar ye cikgu shida kalau betul mesti harian metro highlight berita ni kat muka depan akhbar dorang.

P/S : Kalau betul la macam cikgu shida cakap kita dah boleh dapat duit dengan share video kat youtube (mengikut terma & syarat yang di tetapkan) apa lagi moh ler buat video kreatif yang best untuk share. Tapi Awas!! Jangan buat video yang kontroversi.. even dapat views juta2 lemon pun.. masalah akan datang pada korang balik nanti. Buat la video yang kreatif menghiburkan & tidak keterlaluan.. hokay!!

P/s : Apapun tahniah pada cikgu shida yang katanya dapat APC tapi dari luahan kat FB katanya taknak amik pula sebab kecik hati takut orang kata cikgu dok miming kat youtube tak layak dapat.. Aduhai cikgu shida.. sebelum ni tak dapat kata orang boikot sebab video miming dah dapat kata cenggitu pulak. Amik je la cikgu shida Ooi.. dah rezeki kamu. Rezeki tu dari Allah.. kalau Dia nak bagi maka hak kamu ler.. Tak payah nak kecik hati sangat.Cikgu shida kan selalu cakap diri beliau seorang yang kental, kuat semangat, pantang di cabar & tak mudah mengalah.. Jadi buktikan. Rezeki datang.. jangan nak tolak pulak.kekekeke

Ni status yang terbaru
Ni status tak lama dahulu

7 comments:

  1. eh...ada lagi cikgu ni ingat dah pencen...

    he..he... maaflah teman tak minat benor dengan cikgu ni

    ReplyDelete
  2. dia ni yang orang meluat pasal dia suka cakap besaq..cer rendah diri sikit..selalunya orang yang punya banyak kekurangan memang suka cakap besaq sebab nak menutup kekurangan dirinya..

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy Lala..

    wah..glamer cikgu shida gituuu :p

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat c lekat ni mengadap 24jam dpn fb cikgu shida.. Semua pasal cikgu shida dia amik tau.. Ckp2la nak mengintai dia.. Dia nk ckp besar ke apa ke suka hati dia. Kamu dan yg lain2 da tegur kan... dia nak ikut atau x terpulang.. X yah nak penatkan jari menulis pasal dia lagi.

    ReplyDelete
  5. saya mengadap FB & ada follow dia.. jadi kalau dia update apa2 memang la akan keluar kat news feed saya kan.. saya memang peminat dia. Berminat dengan status2 FB dia yang banyak menarik perhatian saya. Entri ni just share je yang sekarang rakyat Malaysia dia boleh dapat duit dengan share video kat youtube. salah ker?? Sian Anon.. Anon jeles ekk.. nak di highlight kat blog ni jugak ker?? kekekeke

    ReplyDelete
  6. rasa2 nye ada x cikgu2 lain yg macam cikgu shida ni?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com