PONTIANAK MENGAMUK KERANA KAIN BATIK DI KULIM

6/01/2013 12:41:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Alahai cik Pon pasal kain batik buruk je pun nak tacing lebih lebih kan.. Yelah kain batik tu ada sentimental value kat dia yang kau pergi bakar apahal?? Kain batik tu mungkin peninggalan terakhir tuan dia pada dia kan.. Mesti la dia marah.

hari minggu kisah pontianak pulak dah. Takde la tadi terbaca kat Sinar Harian kisah pasal sepasang suami isteri kat kulim sana di ganggu Pontianak di rumah sewa mereka. Kata depa la.. Pontianak tu selalu bertenggek atas bumbung, buat bunyi2 seram & cakar bumbung rumah depa selepas depa bakar kain batik buruk yang depa jumpa kat kaki lima rumah depa tu. Nak2 lagi rumah yang depa sewa tu rumah baru siap.. Elok di buat bacaan yassin ke hapa dulu kan sebelum duduk. Yelah.. tempat baru.. kita tak tau tapak rumah tu dulu tapak rumah sapa, kan??

Dari cerita yang den baca kat sinar harian katanya kain buruk tu di bakar punca Cik Pon mengamuk sakan. Tu pun depa tau selepas merujuk kes seram depa kat pengamal perubatan & bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar sebelum ini.kain itu kemudiannya dia letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran. Tapi lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.


Yang selalu guna jalan tu & tinggal dekat area2 situ kalau serempak dengan cik Pon tu jangan panik lagi2 yang memandu.. Kang cik pon tak buat apa2 korang yang panik lebih korang pulak jadi cik pon. Ingat takde dalam sejarah orang mati kena cekik atau kena hisap darah sampai kering dengan pontianak kecuali dalam drama atau filem jer.. Depa pun makhluk Allah jadi setiap makhluk tu ada kelemahan dia. Tak kebal manapun depa.. hembus je ayat kursi, Insya Allah dengan izin Allah benda yang menakutkan tu pun jadi takut jugak.


Tak percaya pun kena percaya sebab Jin & Syaitan memang wujud.. Tapi tak bermakna kita kena tunduk dengan kehendak dia ye tak?? Jangan dok pi jamu pulut kuning telur ayam & ayam kampung golek pulak kat dia.. Nak mengusir makhluk halus ni dalam Islam ada caranya yang pasti dalam Islam takde suruh buat upacara jamu pulut kuning bagai yer...

Moral of the story.. Seburuk2 benda tu kalau hak orang tetap hak orang. hahaha.. boleh gitu moral of the story.

P/S : Sekarang cerita pasal kena ganggu pontianak pun masuk paper kan berbanding dulu jarang la kita nak baca kisah2 mistik & misteri dalam paper melainkan majalah mastika je

Rujukan : SINAR HARIAN 


** ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <


12 comments:

  1. hehe...rasa macam kelakau pula baca entry kali ni =)

    ReplyDelete
  2. potianak ni sebenarnya suka kat orng jantan je,kalau nampak orng pompuan dia malu sket..x tahu lak nape..:)

    ReplyDelete
  3. pernah dengar kes macam ni masa sekolah2 dulu, tapi bukan pontianak, orang bunian...

    ReplyDelete
  4. heheh.. tp biasa la mde2 camni..bila tkena kt diri sndiri bru pcaya kot ...

    ReplyDelete
  5. takut pun ada tapi lawak pun ada baca entry ni

    ReplyDelete
  6. ha..ha... kelakar pun adakan..?
    Dulu akak penakut sangat.. penakut gila... bila dah kawin selalu kena tinggal g offshore sengsorang kat rumah rasa kagum dengan diri sendiri sebab berani (angkat bakul sendiri) kah...kah...!!!

    ReplyDelete
  7. errk.. TAJUK lawak.. tapi bila baca citer nya ada reasa seram2 sikit.. hik2

    ReplyDelete
  8. ada ke yg mampu rileks & steady je bile nmpk pontianak ?? huhuhhuhu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com