KENAPA ORANG TAK SUKA BELI BARANG ONLINE TAK PAPAR HARGA

7/14/2013 02:59:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Semalam ada up status pasal masih ramai lagi peniaga2 online yang tak letak harga pada barangan yang di jual tapi masih menggunakan konsep nak tahu harga sila PM. Maybe ada yang terasa terus explain bahawa produk mahal yang di jual tu ada etika yang tak boleh terus tag harga. Nak tahu harga kena private. Katanya harga takkan di manipulasi oleh peniaga2 tak bertanggungjawab kerana harga dia selaras 1 Malaysia.

Itu sebab produk mahal lagi berjenama mewah tu ada etika. Tak tahu la kenapa etika tu wujud sebab yelah.. den ni mana mampu pakai produk mahal2 macam tu. Dapat Tia Ammelia pun dah cukup syukur kan?? Jadi produk2 macam tu den tak usya sangat selain tahu dia produk berjenama mahal tahu kemampuan seorang suri rumah macam den ni setakat mana. Jadi pada yang terasa tu.. Minta maaf lah yer. Sesungguhnya bukan produk yang anda jual yang den maksudkan. Lagipun den tak survey pun produk kecantikkan @ makeup mahal2 kat online.

Yang tak tertakluk pada etika tak boleh papar harga tu.. takpe la. Kalau kena tindakkan ke hapa je pengeluar produk tu yang akan bersoal jawab sebab dorang yang keluarkan etika.. Ni yang jual barang/produk yang takde etika tapi cuba buat etika sendiri ni apa kes pulak kan?? Setakat jual beg.. jual baju.. jual kasut.. jual tudung.. tak payah la ber pm2 sangat. Menyusahkan para pembeli nak survey mengikut budget masing - masing. Kang ada pulak yang kata, dah tau budget ciput tak payah berangan nak shopping online. Pi shopping mydin nu.. Lebih layak untuk orang semekin. Nak shopping online kena ada duit berkepuk2 dalam account bank, hokay!!

Hokay den paham.. even den takde duit sampai boleh buat tilam tidur dalam bank tu.. tapi singgit dua tu ada jugak la peneman account bank den. Jadi kalau den nak shopping online barang singgit dua pun hak den jugak. Sebab even singgit dua den bayar tetap den bayar dengan RINGGIT MALAYSIA bukan AIR LIUR BASI. Jadi jangan pandang rendah pada golongan tak berapa kaya macam den. Even korang yang meniaga kaya raya tu kalau den minta bagi barang korang yang singgit dua free kat den pun korang tak bagi punya. Tetap korang guna konsep.. kau bayar duit, kau dapat barang kan??

Kenapa PM2 harga ni menyusahkan pembeli. Bayangkan seorang pembeli budget cuma RM100 nak beli sesuatu barang. Dia pun survey. Korang ada upload seratus jenis barang yang orang tu nak beli dengan konsep nak tau harga sila PM. Bayangkan dia tengok 1 barang dia PM.. harga over budget dia tak jadi beli. Dia survey lagi sampai 10 kali dia PM korang tanya harga alih2 semua barang over budget dia.. semua pun dia tak jadi beli. Tak payah tipu la kalau kali ke 11 korang pun malas nak layan dia dah. Paling menyanyat hati.. keluar pula status sindir menyindir. Dalam kes ni susahkan kedua2 belah pihak. Pihak pembeli & pihak penjual.

Korang tak boleh kata.. kalau setakat budget seratus dua jangan berangan nak shopping online.. Suka hati la dia nak shopping memana pun. Duit tetap duit dia walau seringgit pun. So, selagi duit tu duit dia.. dia berhak nak membeli kat memana pun & dia juga ada hak sebagai pengguna. Korang jangan pertikai kenapa & mengapa dia nak shopping online jugak kalau budget ciput. Ada sebab orang membeli secara online tak kira berapa besar pun budget dia. Salah satu mungkin dia tak cukup masa untuk keluar membeli belah.. mungkin juga dia susah nak jumpa barang yang dia nak kat luar. Yelah.. kadang2 duduk kawasan terpencil ni tak macam duduk kat bandar. Macam2 ada.. Korang fikir orang bandar je ke pandai shopping online. Orang kampung sekarang bersepah internet kat rumah. Orang kampung pun bersepah guna smartphone. Pentingnya korang tag harga pada barangan di jual adalah memudahkan pengguna untuk survey barang mengikut budget dorang. Korang tau tak.. ada pembeli takkan membeli dengan korang hanya sebab korang guna konsep PM harga.. kata dorang menyusahkan. Kan dah rugi. Buat apa nak sorok2 harga semata2 nak untung lebih.. Rezeki tu dari Allah. Kalau dah rezeki korang.. korang TAG harga sebesar alam pun.. tetap jadi rezeki korang jugak. Jangan takut persaingan.. sebab dalam perniagaan memang tak dapat lari dari pesaing. Sorok2 harga tu kadang2 buat anda lebih rugi banyak tanpa anda sedar.

Yang paling penting kenapa peniaga online ni perlu letak harga yang semua orang boleh nampak adalah sebab akta baru yang di keluarkan KPDNKK.. dimana salah satu syaratnya peniaga online harus memaparkan harga barang jualan. Kalau tak papar jadi salah. Yang meniaga online tu nak tahu lebih lanjut sila clik kat sini >>BERMULA 1 JULAI NAK MENIAGA ONLINE WAJIB KENA BUAT NI

 Ni contoh peniaga online terbaik jugak la. Bukan setakat harga detail pasal besar, panjang, tinggi beg tu semua complete. Macam ni la senang pembeli nak survey.


 P/S : Laki den pun dah tak berapa ribu riban habis beli barang sejak dulu lagi kat online. Dia pun ada jual barang online jugak. Elok je laku barang dia jual even dia tag siap2 harga. Jangan pandang den ni semekin tak layak pulak shopping online walau den memang susah nak beli barang kat online. Baru try beli kasut.. Tu pun tak sampai lagi. Yelah kaki size 3.. kat luar ingat senang ke nak jumpa size 3.. bila ada orang jual kasut size 3 yang comel mesti la den excited. Tu juga salah satu sebab kenapa den beli jugak sepasang kasut tu online. Kalau proses penghantaran dia ok.. & kualiti kasut dia memuaskan.. Insya Allah den beli lagi. So, setiap apa yang orang buat tu mesti ada sebab bukan nak tunjuk kaya shopping online.

19 comments:

  1. bagus tu..kita kena wajibkan peniaga on9 letakkan harga barang. baru mudah org nak copmpare harga..

    ReplyDelete
  2. Tu la...apa salahnya letak terus harga. Kalau tak main harga nak buat ape lagi kalau sorok harga kan? hais..

    Helmet Scram size L, brand MHR untuk dilepaskan, gambar sila rujuk FB saya (Saya deactivate), harga sila PM ayah saya (dia tak reply). <<< Just kidding :P

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan pandangan awak Suria. Kalau nak tau harga kene PM dulu memang saya klik pangkah terus. Yelah, orang berniaga online ni kadang2 hatinya sensitif. Sibuk tanya harga tapi tak beli maunya dia melenting.

    Saya sebenarnya jarang beli secara online. Sebab saya tau harga memang mahal tahap tak ingat especially baju & beg. Saya tak terima alasan kos kerana harga yang diletakkan lebih dari dapat cover semua kos plus untung.

    ReplyDelete
  4. tadi baru je tegur member yang jual baju online..tegur secara baiklah siap mintak maaf..saya pun bagi link yang KPDNKK punya tu..alhamdulillah respond dia sangat positif dan terus letak harga

    ReplyDelete
  5. selalunya nk tgk depan mata baru puas hati :-) beli tiket wayang online xpe..huhu

    ReplyDelete
  6. setakat ni belum pernah membeli secara online.. saje2 klik like pada page business online tu sbb nak tengok2 je... betul juga kan... selalu diorang duk cakap "pm sy untuk harga" hmmm motip... tak bleh blah la...

    beli di mall je.. melambak.. lagi la ori.. :)

    ReplyDelete
  7. Setuju sesngat tu Cik Lekit.Nampak macam tak jujur berbisnes.Maybe dengan orang ni jual harga ni dengan orang tu jual harga lain pulak

    ReplyDelete
  8. kita sbg pengguna ada hak nak buat price comparison....

    ReplyDelete
  9. saya tak suka shopping online..takut tak puas hati sebab saya cerewet melampau..heheh..

    ReplyDelete
  10. bagus la.. sekurang-kurangnya lepas nie membeli barang lebih senang tanpa ditipu

    ReplyDelete
  11. syarikat besar yang jual secara online tu yang kononnya ada etika tu pun kalau kita report depa kena jugak..tak caya cer try report..etika la sangt...

    ReplyDelete
  12. setuju dengan part yang tanya harga..even kalau tanya detail barang..lepas tu tak jadi beli..memang kena sindir.. surimah yang tak baper kaya dilayan macam orang tak layak beli barang..saya faham sangat perasaan awak..

    ReplyDelete
  13. saya bukan sahaja tak suka beli barang online yang takde harga, malah memang tak suka beli barang secara online sebab tak puas selagi xtgk sndiri barang tu..tapi kalau desperate terpaksa jugak beli..hehe

    ReplyDelete
  14. Leceh asik berbalas sms. Akak x suka

    ReplyDelete
  15. selalunya saya beli brg2 yg agak peribadi tu pakai online je, nk beli kt kedai malu, heheee

    ReplyDelete
  16. I have been in retail for 10 years, displaying the price is the most important even for customers to seek

    ReplyDelete
  17. mungkin ini antara sebab kenapa xnak letak harga PM,,

    http://ilmudikongsi.blogspot.my/2015/09/nak-tahu-harga-kenapa-mesti-pm.html

    ReplyDelete
  18. Panjang sgt crita nya... 90% crita psal sndri yg bnyak.... TAJUK NYA- BELI BARANG ONLINE TAK PAPAR HARGA.... org nk tgok yg tu... bkan crita pnjang berjela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru baca blog ke bang? ke baru kenal blog? Blog saya blog cerita memang macam bersembang jer even nak sampaikan info. Nak baca blog yang direct to the point gi cari blog info @ blog berita jer..

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com