INILAH SPESIS MAK BAPAK BODOH

8/27/2013 03:19:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Kadang - kadang tak faham jugak den dengan spesis mak bapak bodoh ni kan?? keluar kat paper, berita tv,facebook, twitter segala bagai tetap tak boleh ambil iktibar. Nak kata hidup dalam belantara.. tercicir pasal isu2 semasa tak jugak.

Tadi terbaca kat satu blog pasal sorang budak meraung dalam kereta terkunci & di matikan enjin

Ia disaksikan sendiri Ketua MCA Ipoh, Datuk Seri Micheal Chong.
Menurut Michael Chong, budak lelaki tersebut menangis sekuat hati memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV yang diletak di hadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan kerana enjin kereta dimatikan.
Dia menganggarkan, kanak-kanak tersebut mungkin telah terperangkap selama setengah jam. Sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan, dikhuatiri tragedi Julai lalu mungkin berulang semula.
Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan bomba.(Sumber mynewshub)


Jenis mak bapak macam ni selagi tak kena batang hidung.. anak tak hilang nyawa memang dia takkan cuba untuk membayangkan KALAU benda tu berlaku kat anak dia. Sebab hidup takde fikir kalau langsung memang la dia tak ambil kisah apa yang berlaku pada orang lain. Macam confident benda yang sama takkan berlaku kat diri dia.

Sebagai seorang mak.. den tak pernah terfikir atau berani ambil risiko untuk tinggalkan anak den dalam kereta sorang2 walaupun dia tidur nyenyak.. walau untuk makan kat gerai tepi jalan & park keta depan hidung sekalipun sebabnya.. walau den nampak pun kereta depan mata.. tak mustahil kalau kereta tu meletup tiba2.. orang baling bom ke hapa ke.. sempat ke nak angkut anak aku tu keluar kereta. Nak2 aku jenis yang kalau tergamam jadi kaku kejab.

Kita kena fikir jugak kemungkinan yang buruk boleh berlaku untuk keselamatan orang tersayang. Jadi pada mak bapak yang ada anak kecik tu.. Ingat.. seminit kita lalai mungkin buat kita menyesal untuk sepanjang hayat kita.

 
Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

14 comments:

  1. geram kan.. x amik pengajaran langsung dr kes2 sebelum ni.mana la letak akal fikiran mak budak ni

    ReplyDelete
  2. ape sebab la die tglkn ank die dlm tu dgn enjin mati kan kaq ayue. aish la. cube soh die dok lam keta dan dimatikan enjin ntk 1/2 jam tu. tgk ape die rase. aish!

    ReplyDelete
  3. kan..kan...geram betul dengan mak bapak cam ni...cuai sangat2... semoga dihindarkan dari kejadian macam ni...

    ReplyDelete
  4. ni kes yg MIL sy mengamuk td dlm FB.adoiii xtgk tv ke.apekejadah nya.haih~

    ReplyDelete
  5. sy pun tak penah tinggal ank dalam keta ats alasan apa sekalipun...
    tak phm jugak sesiapa yg tinggal ank dlm keta ni...cer suh diorg plak

    ReplyDelete
  6. tak serik2 la dengan kejadian yang berlaku sebelum ni..tak ambik iktibar langsung..ke depa baru keluar dari hutan.sebab tu tak pernah dengan berita budak mati lemas dalam kereta....ni baru kita boleh kata mak pak bodoh..

    ReplyDelete
  7. Eloklah kita ambil iktibar. Agaknya mak dia tu ada emergency kes kat sepital kot pastu terus lupa yg tinggal anak dlm kereta.

    ReplyDelete
  8. Dia ingat anaknya macam anak patung kot boleh letak dan simpan mana suka..hisshhh memang tak faham betoi!

    ReplyDelete
  9. Kadang kala ada perkara berlaku diluar jangkaan walaupun tidak ada niat sengaja melakukannya.

    Ini terjadi kepada jiran anak jiran saya apabila kereta terkunci sendiri semasa enjin dan hawa dingin masa hidup. Beliau telefon saya minta bantuan hantar kunci spare. Nasib baik semasa kejadian itu berlaku tidaklah jauh dari rumah.

    ReplyDelete
  10. golongan cmni xserik2 lagi ke..dh bnyk dh kes cmni terjadi..tp selagi xjd kat family sendiri selagi tu sikap endah x endah masih ade..sedih tgk :(

    ReplyDelete
  11. Dia dah kehilangan anak, berhentila hukum dia
    Lupakan pendapat korang dan rasakan perasaan korang
    Kengkadan, hati lagi baik dari pemikiran

    ReplyDelete
  12. Salam Mummy Lala..

    alahai..kesian budak tu..
    jgn la di sebabkan kelalaian ada yg menjadi mangsa,,
    nasib baik budak tu takde apa2.. :(

    ReplyDelete
  13. sedihnya baca....depa nie tak nak jadikan pengajaran lah menda2 yang lepas pelik lah...xsayang anak ker...aduhaiii

    ReplyDelete
  14. Anak ni, bila buka mata dia x nampak mak ayah dia mula panik. Bila panik, nangis. Nak2 dlm kereta yg mungkin cuma buka sikit ruang udaranya.. Sian budak tu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com