ZORRO TAK BERSELUAR BURU GADIS DI TERENGGANU

9/15/2013 12:15:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Mesti gegadis ganu mula tak sedap hati bila baca tajuk entri ni kan?? Yang mak bapak gadis pun turut rasa tak tenang jugak la..  Mana la datangnya zorro tak berseluar ni pulak?? Dia shooting filem ke? ni bukan filem atau drama tapi ini betul2 punya terjadi..

MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri. 


Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan (artikel penuh baca kat SINAR HARIAN )

Jadi pada para gegadis tak kira la yang dah jadi mak bapak gadis andartu, janda, ibu tunggal malah sesapa saja la.. berhati hati yer sebab lelaki tak berseluar ni masih berkeliaran kat sana. Tutup rapat kunci mati semua pintu & tingkap sebelum tidur. Kang datang Zorro yang berseluar tu dalam bilik korang... Aduhai.. takut tak sempat nak jerit je. Be careful yer gegadis semua.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

6 comments:

  1. Takutnya...baca ayat kursi sblm tidor. Teringat kisah org minyak kat kg KZ beberapa tahun lepas. Buluh kuning di letak di dlm rumah dan tanam pokok pisang merah di laman, kononnya itu kelemahan org minyak tu.

    ReplyDelete
  2. pelik2 la kelakuan org gile seks skrg nih...ngeri !!!

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy Lala..

    huhu..inilah dia manusia bertopengkan syaitan..
    sentiasa berhati2..

    ReplyDelete
  4. Aduhhh... sib baik la tak jadi apa2 kat gadis tu...minta2 sepandai2 tupai melompat, akhirnya akan jatuh ketanah jua nanti...inshaAllah

    ReplyDelete
  5. dalam rumah sendiri pun tak selamat kan...mujur tak jadi apa-apa kat budak tu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com