HERO KUCING HIDUP BERKAKI DUA MENINGGAL DUNIA

11/24/2013 12:17:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Walaupun tak pernah jumpa Hero.. Tapi sang lekit selalu ikuti perkembangan dia & kucing2 lain yang di selamatkan kakimotong kat FB & blog. Bagi yang tak kenal atau lupa siapa kucing bernama HERO ni.. korang boleh search kisahnya.. kucing yang di potong dua kaki depannya kerana mencuri ikan di sebuah restoran non muslim satu ketika dulu & di selamatkan seorang hamba Allah yang pada masa itu tidak berkemampuan untuk memberi rawatan di klinik cuma cuba mengubati HERO dengan minyak gamat & doa sahaja. Namun kuasa Allah HERO sembuh & hidup menjadi Icon pada kekejaman manusia terhadap haiwan. Surat khabar, majalah & stesen tv pun banyak membuat liputan pasal kisah HERO ni.


Namun setiap yang hidup pasti ada akhirnya.. baru2 ni sang lekit ada baca di status FB kakimotong yang mengatakan abam Iyo (panggilan manja HERO) yang terkena lukiemia & sedang di beri rawatan. Dan pagi ni tersentap bila admin kelab Kakimotong(owner HERO sendiri) memaklumkan.. Iyo dah pergi meninggalkan kita semua.


Hero tetap abadi dalam kenangan

Sedih.. Rasa macam kehilangan ahli keluarga sendiri sebab saya memang mengikuti perkembangan dia & kawan2 dia yang lain. Tak malu la ngaku memang nangis jugak la kan. Semoga Papa & Mama HERO tabah menghadapi ujian berat ini. Sesungguhnya kami semua merasai kehilangan HERO bersama PH & MH. Teruskan perjuangan murni anda menyelamatkan haiwan2 terbiar mahupun haiwan2 yang menanti di suntik mati oleh pihak DBKL. Biarpun tanpa HERO kami tetap menyokong perjuangan kakimotong. Takziah buat keluarga HERO.

Gambar ni sangat2 menyentuh perasaan daku.

P/s : Sesungguh hati ini amat terasa sedihnya..

18 comments:

  1. tak pernah lupa kat HERO ni..
    sedih kisah dia,
    moga Allah berkati usaha tuan dia..
    sedihnya

    ReplyDelete
  2. moga allah berkati semua pengorbaanan tuannya yang menjaganya..~amin

    ReplyDelete
  3. moga allah berkati semua pengorbaanan tuannya yang menjaganya..~amin

    ReplyDelete
  4. moga allah berkati perngorbann tuannya

    ReplyDelete
  5. moga allah berkati perngorbann tuannya

    ReplyDelete
  6. sedihnya kesian dia..moga ia masuk syurga haiwan...amin

    ReplyDelete
  7. aduhai mahadzira.. mana ada syurga haiwan.. haiwan yg mati takde di hisab amalan dia.. takde syurga atau neraka untuk haiwan. itu apa yg saya pernah dengar la.. kalau salah tolong betulkan

    ReplyDelete
  8. mmg sedih.. huhu... menangis juga dpt tahu berita ni..walaupun dia hnya seekor kucing..

    ReplyDelete
  9. saya tak ada binatang peliharaan tapi
    kisah ni satu masa dulu pernah buat saya menangis
    sampai sekarang saya selalu dok ajar
    anak-anak jangan seksa binatang
    kalau ianya tidak mendatangkan bahaya

    p/s - saya tengah rasa sebak sebelum ketawa pula bila dok terbaca "syurga haiwan"

    ReplyDelete
  10. kak suria,pg td sy terdengar berita psl kematian Iyo..sy langsung x on FB harini sbb xnak tgk status atau pic dr PH. tp akak update,sy bukak jugak..tak tertahan2 air mata sy tgk pic2 ni.

    saya x boleh nak tahan sedih :(

    ReplyDelete
  11. kawan2 zura peminat kucing semua upload cite Hero arini...alahai.. sedih pulak walaupun zua tk minat kucing...

    ReplyDelete
  12. salam mummy lala..

    baru tau psl hero pagi tadi..leukemia pnyebabnya..

    tak sangka bergenang air mata ni..

    ReplyDelete
  13. sy pon menangis..arghh..gmbr yg bwh tu tacing gileeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  14. Elok manusia yang buat hero mcm 2, mati misteri dan dasyat. Lagi satu, ape dbkl nak suntik mati haiwan terbiar???? Salah siapa dorg jd cam tu??!! Salah manusia yang bodohhh laaaa...... Minta2 dbkl jahanam laaaaasss......... Matilah dorang semuaaaa...... Mengada2.......

    ReplyDelete
  15. Buat baik di balasannye pun baik...klu wat jahat sendiri mau ingat la....

    ReplyDelete
  16. 😭😭😿😿semoga hero masuk surga Dan berbagialah disana.
    Dan tabahkan hati papa hero semenjak kepergian hero

    ReplyDelete
  17. 😭😭😿😿semoga hero masuk surga Dan berbagialah disana.
    Dan tabahkan hati papa hero semenjak kepergian hero

    ReplyDelete
  18. 😭😭😭😿😿😿semoga hero masuk surga Dan berbahagialah disana Dan tabahkan hati papa hero semenjak kepergian hero aminn yarobbal alamin

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com