KALAU AKU JADI SHILA AMZAH PUN AKU TAK MENGAKU

12/05/2013 10:04:00 AM suria lekatlekit 16 Comments

Sebagai seorang perempuan memang sekental mana pun kita sifat lembut & malu tu tetap ada. Nak2 lagi yang memang membesar dengan didikkan macam tu. Bukan la nak up cerita artis manjang.. Mula2 tak rasa pun sampai nak buat entri pasal kisah drama Johan Ashaari, Lana Nordin VS Shila Amzah ni. Cukup la respond isu2 tu kat komen FB.

Sebagai seorang perempuan aku faham kenapa Shila Amzah terpaksa jugak keluarkan statement dia tak pernah syok kat Johan Ash'ari ni. Gila kau kalau pernah syok atau pernah dua2 pun  sama2 syok nak ngaku setelah di Jantan itu terlebih dahulu keluarkan statement nak kawen dengan perempuan lain & anggap perempuan sebelum ni sebagai adik. Dari tindakkan shila block si Johan dari semua account laman sosial & delete semua gambar2 yang ada Johan.. kat situ jelas sangat dah shila frust. Kat hati dia ada luka kerana si Johan. Tak payah nafikan macam mana sekalipun.. tindakkan shila tu jelas tunjuk yang pengakuan Johan nak kawen dengan perempuan lain tu bagai pisau menghiris hatinya walau dia bagi alasan delete semua gambar2 dengan Johan sebab taknak awek Johan sekarang kecik hati padahal bagi aku dalam dunia retis ni tak bercinta pun banyak aksi2 peluk pegang.. kalau setakat bergambar tegak dok sebelah kawan lelaki takkan nak touching & jeles kot.

Setakat gambar camni takkan si seksi tu jeles kot...

Kenapa dia keluarkan statement tak mengaku pernah bercinta atau sukakan Johan setelah ambil tindakkan tu? Sebab dia tu pun reti malu kot.. dia pun ada maruah.. dia pun ada keluarga. Kalau hangpa pun.. hangpa nak ngaku pernah bercinta atau sukakan orang yang awal2 lagi buat statement kat media yang mana 1 Malaysia dah tahu dia nak kawen dengan pompuan lain? Sebelum ni kemain konon shila cukup pakej untuk di jadikan isteri.. cantik, berharta, dari keturunan baik2, ada agama.. siap bagitau Ayah dia sedia nak pi pinang shila tu. kalau aku.. maybe aku ambil tindakkan yang sama macam shila kot. Tapi jangan lupa kes Johan dengan Izreen Izmida sebelum ni.. yang mana Johan pun tak mengaku dia bercinta dengan Izreen.. tapi Izreen siap tunjuk bukti2 sms & pernah cabar dia dalam melodi secara berdepan dengan dia suruh bersumpah kalau betul dorang tak pernah bercinta. Berbelit lidah Johan nak tepis even sampai sudah tak mau mengaku.


Ni kes dengan Izreen Izmida yang aku cakap tu. Korang boleh tengok sendiri
Flashback kisah dorang : Izreen turut menunjukkan bukti mereka bercinta kepada pihak media iaitu video yang dirakam oleh Johan yang diberikan kepada Izreen. Izreen mendakwa mempunyai bukti video dan SMS cinta lain tetapi mahu menyimpan saja semua itu. -Untuk artikel penuh baca kat Beautifulnara

Dari kes sebelum ni pun aku tak pelik kalaupun Shila & Johan pernah bercinta sekejab tup tup Johan kata anggap adik bila jumpa pompuan seksi & tak tahan sangat tengok body pompuan tu terus annouce nak kawen dengan sipolan sebab apa yang berlaku sebelum ni dah tunjuk perangai si Johan tu. Bila hati dia berubah jer... dan dan tak ngaku pernah bercinta. Jangan nanti dia jumpa pompuan lain.. tup tup keluar statement dia anggap Lana Nordin sebagai akak pulak masa tu harus mana2 perempuan jumpa si johan ni salam dengan tapak kaki kat muka.

Pada Johan.. ketidakmatangan kau tu jelas & jangan nak kata shila Amzah yang tak matang. Dia sememangnya tak cukup matang tapi sebagai lelaki aku tengok kau sebenarnya belum layak ke level seorang suami sedangkan masalah perempuan macam ni pun kau tak boleh handle. Jumpa je perempuan yang kau syok terus annouce.. at least ambil masa sikit. Bagi ruang.. jangan menyentap sangat. Mana tak sentapnya dak Shila tu. Tak berapa romeo sangat la kau Johan.. cuma ala2 anak buaya yang baru belajar nak membaham katak jer. Cemuih aih...

P/S : Sabarlah Shila maybe Allah belum temukan awak dengan lelaki yang terbaik.
P/s II : Puas hati dalam luahkan pendapat pasal isu ni kat blog. kalau dak dok komen kat status beautifulnara jer

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

16 comments:

  1. tak sangka kan johan mcm ni upenye pangai dia..alahai..kesian shila dipermainkn mcm tu..

    ReplyDelete
  2. entah apa2lah dunia artis nie....nak samakan lakonan dengan dunia realiti ker..

    ReplyDelete
  3. entah apa2lah dunia artis nie....nak samakan lakonan dengan dunia realiti ker..

    ReplyDelete
  4. setuju... sangat2 setuju dgn entry Suria ni!!

    ReplyDelete
  5. yelah kan.. mesti malu jugak. huhu

    ReplyDelete
  6. memang menyampah kat Johan sejak kes Izreen tu..masa tu bkn ke si Johan tgk berlakon sama2 dgn Fasha. Kemain x mengaku bercinta dgn Izreen. Skrg Shila pulak. Saya bkn la peminat diorang pun..tp bila terbaca sikit2 kisah diorg ni, terpersan gak la yg si Johan ni xleh dipakai.

    pasni Lana Nordin lak sbg kakak memang kelakar hehehe..

    ReplyDelete
  7. lepasni siapa la jadi mangsa drama johan. tunggu dan lihat aje la.!

    ReplyDelete
  8. kalau johan tak ada bagi harapan kat shila,tak ada shila nak frust menonggeng camni.


    tak apalah shila cari org lain...

    ReplyDelete
  9. Dh johan wt pangai dikatekan shila xmatang . Nak ttp slh . Shila tu dh sah2 byk kali kene pemen . Mane lah xfrust .

    ReplyDelete
  10. Hahaha!Baca citer nie terfikir sesuatu..Si lana ni leh la letak status dia pasni " Playboy itu Bakal Suamiku" wahahahahahaha!Cik Shila,kalau frust jangan tunjuk sgt,,be patient..jodoh itu ketetapan dari Allah.kalau kita sabar dan mencari ikut petunjuk Dia, insya-Allah jumpa..cuma,time lakonan tu jagalah diri yer..kalau ada adegan yg tak sesuai untuk muslimah,biar bayaran mahal pun toksah layan..harga syurga itu lagi mahal..peace no war.

    ReplyDelete
  11. "Playboy itu Bakal Suamiku" kata Lana..wahahahahaha!

    ReplyDelete
  12. suka tengok dia masa fear factor.. pandai mengaji.. huhuhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com