KISAH BANGLO BERHANTU RM50 DI SHAH ALAM DI FILEMKAN

1/04/2014 03:18:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Musim cerita hantu kembali memeriahkan filem tempatan. Selepas penanggal.. bakal muncul filem yang di adaptasi dari kisah banglo di shah Alam yang katanya berhantu & di sewakan dengan harga yang murah iatu RM50. Rasanya ramai yang pernah baca kisah seram sekumpulan pelajar lelaki yang pernah menyewa tak sampai 1 hari pun kat banglo tu & mengalami kejadian misteri & seram sehingga mengakibatkan kematian. Kalau korang nak tau kisahnya nanti korang google la yer...

Inilah gambar banglo yang di maksudkan..

Yang den nak cerita ni pasal kisah ni dah di filemkan. Rentetan daripada kisah itu, M Jamil membawakan sebuah filem Rumah Sewa RM50, yang digarap semula berdasarkan kisah tersebut. Wah bunyi macam best je kisah ni di filemkan. Dari cerita yang di sebarkan kat internet memang agak seram tapi bila di filemkan ni kena tunggu filem keluar dulu la baru boleh nilai. Hope.. takde seram hanya pada tajuk.. tapi bila tengok sedih gitu. Sedih  bukan pasal cerita sedih.. tapi cerita seram yang tengok tengah malam pun feel seram tu takde. Memang menyedihkan.
M.Jamil

Terus terang tak sabar jugak nak tunggu filem ni keluar dalam pada masa yang sama harap tak mengecewakan sangat la filem ni. Semoga berjaya M.Jamil..

Sumber Sinar Harian

5 comments:

  1. Kakpb rasa baru ni ada tayang drama/telemovie Banglo apa tah tajuknya. Pelakonnya Hairul Azreen. Kisah yg sama juga. Masalah filem melayu ni kekadang seramnya tah hape2. Tak real.

    ReplyDelete
  2. tak sanggupnak layan cerita seram2 ni... nnt nak g toilet tgh malam pun pikir 5,6 kali.. huhu

    ReplyDelete
  3. saya ada tengok rasa drama ni dekat astro
    saya tak pernah tengok cerita seram dekat wayang
    jenis penakut...hehe =)

    ReplyDelete
  4. salam Mummy Lala,,
    pernah terbaca kisah ni dlm mastika..
    tak tau la true story or tidak..

    nk difilemkan pulak..? hihi..harap meletop2 kat panggung..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com