ANAK SULUNG PASANGAN YANG DI TAHAN DI SWEDEN SEOLAH TAK SUKA DENGAN MAK BAPAK DIA

2/28/2014 01:04:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Semalam aku bercuti dari berblog & kurang online jadi hari ni baru la semak2 balik berita2 & isu2 semasa. Antaranya yang aku ikuti adalah kes pasangan yang di tahan di sweden atas tuduhan mendera anak2 mereka. Tadi terbaca kat blog sozcyili perkembangan terbaru kes tu.

Aku terkilan sikit bila baca luahan hati anak sulung pasangan tersebut yang seolah2 rasa mak bapak dia macam tak sayang dia & dia pun macam nak cakap dia tak suka mak bapak dia tapi dalam berkias la. Dia rasa yang mak bapak dia pernah marah pernah pukul tu macam tak adil bagi dia kot. Bagi aku yang pernah melalui usia remaja macam dia.. aku faham apa dia fikir & rasa. Dalam umur macam tu.. memang kita rasa apa kita buat ni betul sangat dah.. bila mak bapak tegur marah atau pukul kita rasa macam kita teraniaya sangat. Kita rasa mak bapak tak faham & kurang sayangkan kita padahal.. time tu kita lupa pulak nak fikir.. kalau tak sayang dia tak bagi kau makan.. tak bagi kau sekolah.. tak bagi kau pakaian.. tak peduli kalau kau sakit.

Apa yang aku faham dari luahan hati si Aisyah ni.. Dia macam nak kata makcik dia lebih baik.. lebih memahami & lebih menyanyangi dia.. Dik.. seburuk2 mak bapak tu kalau boleh nyawa depa bagi kat kau.. nyawa pun depa bagi dik. Sebaik2 sedara ni.. kita tak tahu sampai takat mana depa boleh berkorban. Dan sebaik2 ibu sedara ni syurga tetap dia bawah tapak kaki ibu yang melahirkan kau dik. Setitis airmata seorang ibu jatuh kerana terkilan atau kecil hati dengan anak anak, 10 kebajikan seorang anak tu akan hilang.


Sumber Sozcyili

Buat Aisyah apa yang boleh akak cakap... Anak udang.. udang jugak, mana sama anak tenggiri.. anak orang orang jugak, mana sama anak sendiri. Ingat dik...  Apa yang kita cakap hari ni pasal mak bapak kita mungkin akan buat kita menyesal di kemudian hari. Berdoa la supaya mak ayah di bebaskan tanpa di sabitkan kesalahan supaya kamu adik beradik berpeluang hidup sebagai 1 keluarga & membetulkan kesilapan masing2.

Pada yang bergelar ibu ayah semua termasuk diri aku sendiri.. jadikan benda ni pengajaran. Kadang2 kita fikir dengan ketegasan boleh mendisiplinkan anak2 & seterusnya menjadikan mereka manusia yang berjaya dunia & akhirat.. tapi mak bapak pun manusia kadang2 cara kita jugak salah dalam mendidik lebih2 lagi dengan sentuhan fizikal yang agak keras sampai mengundang salah faham anak2 yang rasa mereka tak di sayangi. Jadi sama2 lah kita belajar untuk jadi seorang ibu bapa yang terbaik buat anak2. Aku pun kadang2 teremosi jugak dengan kerenah anak dara aku sorang ni apatah lagi pasangan yang di tahan tu dengan 4 kerenah anak2 yang nak membesar tu, kan??

P/S : sebab tu even kadang2 atau dulu kita pernah rasa tak puas hati dengan tindakkan atau cara layanan mak bapak kita pada kita, aku takkan tulis dalam blog atau mana2 secara umum sebab aku kesiankan mak ayah aku. Ada yang aku pernah baca dok ungkit kisah lama pasal mak bapak dia yang gagal bagi yang terbaik pada dia.. Kesian pulak aku rasa sebab semua orang tahu mak bapak dia seorang yang gagal menjadi seorang mak ayah sebab anak dia sendiri yang mencanang aib itu pada orang lain tapi pada masa yang sama still kata dia sayang mak bapak dia. Hope dia sedar.. benda tu memalukan mak ayah dia

13 comments:

  1. touching pula baca cerita cik lekit ni
    mungkin dia masih belum faham, pada usia ni
    kebanyakkan remaja menganggap ibubapa tu musuh

    meyesal tak guna dik oi kalau mak bapa tak ada
    doa merekalah penentu kebahagian kita

    ReplyDelete
  2. anak dia telah di' provoked' dengan undang2 sweden.. bila media bgtau anak berhak dapat pampasan..kat situ mcm mengarut gila! mak ayah lahir kan kita, dia berhak atas kita.. dia berhak nak bentuk kita mcm acuan yang dia nak..silap lah membesarkan anak di luar negara..lagi2 sweden..sorry to say :(

    ReplyDelete
  3. Apabila anak ini besar dan punya anak sendiri mereka kan diuji lagi teruk kerana menyakitkan hati ibu bapa mereka yang berusah mendidik mereka menjadi anak soleh di negara yg penuh cabaran.. smoga mereka cepat2 memohon ampun pada kedua ibu bapa mereka..

    ReplyDelete
  4. sorry to saylah ,tapi budak - budak ni dah menghampiri ke arah anak derhaka,besar balasannya kalau mkecikkan hati ibubapa ini, Allahu, akhir zaman. apabila benda yang kecil dirasanya seperti bala, ni baru dunia, belum lagi akhirat.

    ReplyDelete
  5. Zaman ibu melahirkan tuannya.. petanda akhir zaman

    ReplyDelete
  6. seriously?? diaorang ni tak sayang ka kat mak bapak diaorang?? haish...walau jahat macam mana sekali pun mak bapak kita, itu adalah mak bapak kita....bukan mak bapak orang lain....

    ReplyDelete
  7. ntah la kan..harap yg baik2 je lah untuk diorg ni ha. dah habis semua aib keluarga keluar..

    ReplyDelete
  8. salam.....pemikiran aisyah merupakan lmbang generasi y yg moden kononnya....mgkin die merasakan kerajaan di sana menyokong hak anak2 brsuara....jd tnpa brselindung dia meluahkan perasaannya....
    saya tumpang brsimpati pada pasangan suami isteri yg di tahan itu...mgkin pendapat anak2 mereka ini menambahkan bebanan dan penderitaan di hati.....harap2 mak2 dan pak2 sedara aisyah dpt mmbetulkan corak dan kotak pemikiran aisyah dari sudut pandangan Islam....Di sinilah brmula cbrn utk mrk mendisiplinkan anak2 saudara pula.....sebenarnya masalah remaja kat Msia pun mcm ini juga....suka menyalahkan mak ayah...kerosakan akhlak x trbendung lagi.

    ReplyDelete
  9. Cabaran mendidik anak zaman ni...aku pulak yang takut bila anak2 aku dewasa nanti. terlalu lembut ke aku atau terlalu keras aku mendidik mereka.

    ReplyDelete
  10. aduh...apa la yang ada dalam kepala si aisyah ni
    dia ni tahu tak yang dengan statement dia tu buat ibu bapa dia lagi sengsara dari hukuman yang bakal mereka terima

    ReplyDelete
  11. aishh kdg2 sakit ati jgk nga bebudak ni..takleh ke nk cover parents dy.yelah, bdk2 kan..xleh nk berfikir..
    kdg2 berair mata tgk baca cerita ni..huhu

    ReplyDelete
  12. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  13. salam mami lala..

    huhu..tak tau nk komen apa...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com