BERHATI HATI DENGAN BLOGGER NI

3/13/2014 02:06:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Blogger mana pulak ni yang kena berhati hati. Bahaya sangat ke? dia buat apa sampai di isytiharkan bahaya? Apa jejari kontot dia je ke yang puaka buat orang takut? Tahap bahaya dia tu setakat ni dah mampu membunuh banyak jiwa ke? Tu dia.. banyak soalan nak kena jawab tu.

Sila takut ok

Ada tak korang pernah dengar macam tu dari kawan2 alam maya.. hati2 dengan orang ni.. hati2 dengan peniaga ni.. hati2 dengan blogger ni.. pernah kan?? Kalau korang di beri amaran macam tu.. apa tindakkan korang? Mesti la protect diri kan.. Memang la bila orang bagi amaran suruh berhati hati kena la protect diri tapi jangan terus percaya.. sebelum tu kena siasat dulu tahap bahaya dia. Kadang2 manusia ni.. dalam hati walau tak banyak ada sikit perangai dengki. Tak kata orang lain.. dalam diri kita sendiri pun ada sebab kita manusia.

Yang den nak cerita ni sebenarnya pasal diri sendiri den sendiri yang di katakan bahaya & sapa2 yang mendekati diriku harus berhati2. Bila dengar statement tu.. Serius aku memang tergelak. Aku pandang diri aku ni.. kalau fizikal.. rasanya tak la menakutkan sangat. Yelah.. alam maya tak nampak sangat fizikal sebenar.. Tapi bila statement tu di tambah lagi.. barang siapa berani berdebat dengan lekatlekit memang boleh dapat 5 bintang. Kuat sikit la gelak aku.. bukan apa. Aku rasa macam di iktiraf seorang yang hebat berdebat padahal aku ni bukan la educated sangat. Aku cakap dari apa yang aku tahu, baca & lihat selebihnya aku menilai ikut logik akal aku je. Yang rasa takut sangat dengan aku dah kenapa??

Sebahagian komen yang penting2 je aku attach kat sini

Aku memang jenis perangai.. Kalau aku rasa betul aku terus pertahankan pendapat aku. Kalau aku salah aku hentikan perbalahan & minta maaf jer. Jenis aku kalau perlu aku cakap seratus kali pun untuk bagi orang paham.. aku akan cakap. Jenis aku selagi orang dok salah faham, aku rasa tak puas hati. Penulisan aku memang agak garang bagi orang2 yang tak mengenali aku secara personal. Sekadar kat laman sosial atau alam maya memang kalau orang judge dari penulisan memang nampak agak garang padahal kalau korang tanya kawan2 aku kat FB yang mana kenal aku di luar laman sosial ni nescaya dorang akan cakap aku ni penglipurlara. Aku ni ada sense of humor jugak kalau korang nak tahu. Even dalam rumah dengan asben aku yang memang jenis suka berlawak ni pun kami sentiasa lawak berlawak sesama sendiri even kadang2 kasar sikit la bunyi.

Aku bukan seorang yang garang sangat.. Tak perlu takut. Aku bukan jahat sangat walau aku bukan la baik mana pun. Aku takde tegas sangat. Dan aku jugak bukan ego sangat sampai tak boleh terima pandangan orang lain. Aku maybe jenis suka cakap terus terang. Kalau aku rasa macam tu.. macam tu la aku cakap. Tak semua orang boleh terima, tu aku faham. Kadang2 kita tak boleh terlalu jujur untuk jaga hati, tu pun aku tahu. Tapi ada perkara kita tak boleh terlalu jaga hati sampai kita nampak hipokrit sangat. Tengok situasi & keadaan jugak la part mana harus kita jujur & part mana tak perlu sangat kita jujur. Contoh macam kita melawat orang tengah sakit tenat.. nampak macam harapan nak hidup tu tipis tapi kita tetap cakap, Insya Allah dengan izin Allah semoga baik la nanti. Kita takkan cakap.. Tu dah nampak dekat sangat dah ajal dia tu.

Jadi pada mereka yang rasa perlu berhati2 bila berkawan dengan aku.. hati2 la. Tak salah pun protect diri sendiri tapi bagi yang dah lama kenal aku tak kira di luar atau alam maya, maka depa lebih tahu tahap selamat & bahaya bila berkawan dengan. Aku tak kisah sangat la dengan spekulasi2 camtu. Yang pasti.. kalau rasa bahaya akan nampak bahayanya. Orang nak judge apa tu.. lantak la. Yang pasti aku terus menulis selagi aku mahu menulis.

P/S : Diluar nama seorang blogger aku sebenarnya biasa jer.. Takde la silap sikit terus sound orang, salah sikit terus aku macam ustazah garang pegang rotan sekolah kan orang.. Aku cuma orang biasa.. yang senyum, gelak, berlawak & marah ikut situasi.. dan aku jugak menangis macam orang lain bila aku sedih

22 comments:

  1. suka baca pendapat/komen2 akak kat fb..kdg2 benda yg liniey nk ckp tu x terluah n xtau nk luah/nk bg pendapat cmne tp bila tgk akak bg pndapat yg lebih krg sma liniey nk ckp tu liniey rasa lega..

    akak paham x ?hahah terbelit2 ittew nk bgtau..sbb x pndai nak mengomen..huk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. paham liniey.. kira akak ni mewakili isi hati liniey jugak la kan.. kekekeke

      Delete
    2. momoy pun sama pendapat. Tak semestinya kita kena terima bulat2 pendapat dia kan. tapi kan bertentangan nak argue ke apa boleh jer. semua blogger tak kisah pun . TAPI gunalah ayat yang berhemah. Kan sis lekit

      Delete
  2. salam Mami Lala..

    hihi..sepanjang 4 tahun kenal abby dialam maya tak ape2 yg nk dipertikakan..
    dasat jgk bila ade org dah tag kita mcm tu.. huhu..
    nampaknye,abby yg kena berhati2 dgn 'org' tu.. hihi.. :D

    ReplyDelete
  3. entry akak n komen akak jujur tau.. akak mewakilkan kami yg xberani bersuara.. kritikan akak pun xde la buat sentap ke hape.. go akak!!! agak² nt Lala jd berani mcm akak x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. ada tempat kita kena berani bersuara.. tapi ada ketika kita kena mengalah jugak

      Delete
  4. macam-macam orang ye cik lekit
    sengaja dengki la tu, siapalah punya keja tu
    tak mengapa, saya support cik lekit walau dah dapat warning =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah.. saya tak tacing pun. celah gigi pun tak terasa. kekekeke

      Delete
  5. Replies
    1. terima kasih sebab sudi berkenalan dengan blog saya

      Delete
  6. Replies
    1. saja cari gambar menakutkan sikit.. gimik semata. hahaha

      Delete
  7. uiks..for me Suria ok jer..pelik plak ada yang sanggup suruh berhati2 tu...hurmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. macam bahaya sangat je bunyinya. hahahaha

      Delete
  8. Berbeza pendapat tu biasa la..
    eh!!sapa yang kaki hasut tu??lelaki ke perempuan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tanya la pulak lelaki ke perempuan & malas nak amik pot sangat sebab tukang sampai tu pun saya sebenarnya tak berapa percaya. Bukan tuduh talam dua muka ke hapa.. tapi, dia bagitau benda tu lepas ada perbalahan sikit pasal satu isu kat FB.. so, saya anggap apa dia cakap just sekadar nak tunjukkan yg saya ni memang tidak di sukai ramai la kot.. kekekekeke. Saya ni memang jenis susah nak percaya orang.

      Delete
  9. saya cam akak dari fb ben ashari.. bertikam lidah, berselisih faham tu, perkara yang biasa dalam kehidupan.. dah dorang butthurt, tu pasal la kot unfren & block.. kalau dalam dunia ni semua sama je fikirannya, aman dan boring dunia ni.. asalkan ada orang mengenali akak, cukup la.. lebih2 lagi Allah s.w.t dan ahli keluarga akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak x kisah kalau jenis2 cepat tacing nak unfriend.. tu lagi baik dari dia asyik tacing dengan akak jer... kekekeke

      Delete
  10. pernah rakan sendiri unfriend akak,,mula2 marah,sedih gak la,tapi pikir2 balik,lantak dia ah..aku bukan jaga tepi kain dia pun...dia je yg terperasan lebih.agaknya makan cili kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak.. saya ni malas dah nak amik peduli orang unfriend ni. Kadang2 kita buat status umum jer tak maksudkan sapa2 pun.. tapi bila dia buat, maka memang dia terasa. Bila terasa kita pulak jadi salah.. patut dia rasa nak berubah kalau tahu benda tu salah.. kan?? takat unfriend hidup kita tak terjejas pun

      Delete
  11. Fuhhh jenuh baca tiap perkataan.. Nk bg paham apa yg jadik. Kesimpulannya... Bkn smua org suka kita bkh terima pendapat kita. Hehe akak pun ada haters gak walau duk cerita diari sendiri kat laman sendiri. Biasa la tu.batu api, talam ubi. Ehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com