KALAU PERCAYA SPEKULASI TENTANG MH370 RASANYA PESAWAT TU DAH BERAPA KALI TERHEMPAS DAN TERBANG BALIK

3/20/2014 02:04:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Tajuk dah jelas apa yang aku nak katakan.. Masih lagi tentang spekulasi kehilangan pesawat MH370. Berita terkini yang kita sedia tahu tadi australia dah kesan objek di lautan andaman kalau tak silap. Tapi belum di sahkan objek tu adalah pesawat MH370 cuma berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 12 hari lalu.

Apa lagi berdesup la spekulasi muncul lagi.. Ada yang dah kata confirm.. Takpe. Biarkan.Maybe betul objek tu pesawat MH370 & mungkin jugak boleh jadi takde kaitan. Apapun tunggu je laporan rasmi perdana menteri. Apa pilihan kita ada kan.. Kalau kita percaya dengan spekulasi & berita tak sahih ni rasanya.. dari awal.. katanya pesawat ni terhempas kat perak la.. terhempas kat laut china selatan la.. mendarat kat lokasi rahsia la..terhempas kat lautan hindi.. mendarat kat sinun.. terhempas kat sinin... pendek kata kalau percaya spekulasi & berita tak sahih ni gamaknya berapa kali mangsa yang terlibat tu mati kemudian hidup balik & pesawat tu berapa kali terhempas kemudian terbang balik. Dari laut china selatan balik Malaysia kemudian terbang ke lautan hindi... Dan kerana sebab tu walau orang anggap aku suka di perbodohkan pun aku tetap tunggu laporan rasmi. Aku rasa lagi bodoh percaya spekulasi kalau dah terhempas boleh terbang balik kemudian terhempas lagi.. betul tak??

Mungkin hanya sekadar amaran yang tak berapa effective kot tapi kita ingatkan jugak la kat sini

Jadi kita yang tak punya kepakaran atau info yang sebenarnya kita cedok dari orang jer tak perlulah rasa ghairah sangat kot nak sebar spekulasi seterusnya suruh orang percaya. Sapa tak percaya kita nak pandang sinis.. Yelah, aku pun nak percaya spekulasi kalau sertakan dengan bukti. Aku nak percaya apa yang sahih.. Maybe yang sahih tak keluar berita, media atau TV.. tapi sekurang kurangnya fakta yang tetap tak berubah sebab kebenaran takkan berubah. Ni, tiap kali misi mencari menyelamat berubah arah dia punya info pun turut berubah.. dari terhempas kat pulau perak tetiba jadi terhempas kat pulau andaman pulak. Kan pelik.. Jadi kalau informer dia pun tak consistent salur maklumat, macam mana la orang nak percaya.

Senang camni la.. Ada akal fikir. Apa yang korang rasa nak percaya, percayalah tapi jangan memperlekehkan orang yang taknak percaya info korang. Simple. Peace!

P/S : Moga hari ke 13 ni semua persoalan, andaian,spekulasi,tuduhan & segala macam cerita dogeng pasal MH370 terjawab. Terus doakan yang terbaik buat mereka yang terlibat. #prayforMH370

5 comments:

  1. Bila orang tak percaya kata orang bodoh.dia je yang bijak.esok keluar citer lain dia percaya pulak citer lain tu.tak sedar dia sendiri yang bodoh.heheh

    ReplyDelete
  2. hehehe.
    good point pasal tajuk entry tu.

    ReplyDelete
  3. fb page yg ni kluar info bla bla bla... fb page yg itu klua info tett tett tett... pastu kepala otak pun bercelaru sbb byk sgt info

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..
    ape2 pun ttp mendoakan mereka akn kembali dgn selamat..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com