SEBARKAN BERITA PALSU DAN TAK SAHIH TENTANG MH370, SEKURANG KURANGNYA MELEGAKAN HATI KELUARGA MANGSA

3/10/2014 11:06:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Aku pun seorang blogger kalau tak.. takdenya aku menaip entri ni. Aku pun seorang blogger yang normal blogger lain buat cuba naikkan traffic blog setiap & hari cuba cari pembaca yang ramai & sentiasa cuba untuk memantapkan blog. Bukan sebab nak popular ke hapa.. mungkin berblog di samping memenuhi permintaan minat & hobi ni boleh jugak di jadikan sumber pendapatan sampingan.

Seluruh negara mendoakan agar ada keajaiban yang berlaku, Moga semua doa2 kita di makbulkan Allah

Tu semua aku tak nafikan... Aku pun blogger biasa kalau aku tak kejar rating & duit iklan masakan aku letak iklan kat blog. Walaupun duit tu bukan sumber pendapatan utama keluarga aku atau bukan kepentingan sangat untuk aku berblog. Tapi tak sampai la isu2 yang melibatkan nyawa & keselamatan orang lain aku nak ambil kesempatan untuk lariskan blog. Even aku bukan manusia yang baik sangat tapi sekurang kurangnya aku ada perikemanusiaan yang tahu untuk kesiankan orang lain jugak. Takde semua isu tu aku guna nak lariskan blog je.

Ada jugak blog2 yang masih degil menyebarkan info & berita tak sahih. Even di tegur pun dia rasa nothing sangat la benda tu. Rasa macam small matter. Ada jugak yang kata sekurang kurangnnya dengan sebarkan benda tak sahih & palsu ni dapat mengembirakan mereka2 yang tengah bersedih sekarang ni. Apapun alasan tetap yang jelas aku nampak depa2 ni buat untuk kepentingan peribadi jer.. bukan sebab nak happy kan sapa2 pun. Apa guna gembirakan orang dengar khabar palsu sedangkan kenyataan yang perlu dorang hadapi adalah sangat memeritkan. Yang depa kena hadap bukan cerita dogeng yang indah tapi kenyataan. Tak perlu rasa dengan berita2 palsu ni dapat mengembirakan hati mereka sebab mereka cuma menunggu laporan sahih jer.. dogeng2 ni depa pun takde masa nak layan sangat.

sekadar contoh yang aku ambil dari FB

Adalah lagi baik kalau korang nak update.. update la berita2 sahih atau kalau takde berita nak update kat blog.. update la dengan kata2 semangat & doa2 yang baik sekurang kurangnya orang yang membaca penulisan korang tu turut sama2 mendoakan.

Pada semua.. kita menanti & berharap ada khabar berita tentang mereka yang berada dalam pesawat MH370... kita melihat di kaca tv airmata2 keluarga mangsa.. Andai kita tak mampu merasa sedih dengan apa yang berlaku.. cukuplah hormati perasaan orang lain yang merasainya. Hari ni mungkin belum tiba hari kita... suatu hari siapa tahu & waktu itu mungkin kita tahu & kesal apa yang kita pernah buat hari ni pada mereka yang sedang menghadapi situasi macam ni.

P/S : aku antara manusia yang merasa sedih, bimbang juga risau. Setiap hari aku salah seorang dari rakyat Malaysia yang menanti penuh debar khabar terkini tentang MH370.. aku jugak suka buat spekulasi sendiri tapi dengan asben aku la. Dok buat andaian maybe camtu maybe camni.. tapi takde sampai nak taip & share kat laman sosial. Tak semua apa yang kita fikir tu betul orang lain boleh terima.. Apa yang rasa boleh menyumbang pada kemudaratan tu elok la di elakkan. 

8 comments:

  1. memang tak bertanggungjawab kalau ada blogger yg sebarkan berita palsu tentang mh370 ni semata2 nak naikkan traffic.
    *dari blog amanda suria.

    ReplyDelete
  2. sgt sedih bila ramai yang jadi pakar penerbangan dan pakar dalam segala hal..update status macam tu x hoermat sensitiviti keluarga mangsa yang terlibat...ada benda yang boleh dikongsi...ada benda yang sensitive..teruskan berdoa dan berdoa agar mereka semua selamat lagi bagus dari update status yang hanya menambah sedih pada mereka dan kita semua....

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pendapat cik lekit
    memang ramai yang suka bergembira atas kesengsaraan orang lain
    kalau keluarga sendiri yang kena camne, ye dak

    doakan semua selamat adalah lebih baik

    ReplyDelete
  4. Blogger gila tu memang dah lama buat perangi gitu.belambak entry dia yang tajuk lain isi lain...nampak2 kalau dia ni tak berubah satu hari nanti mungkin orang tulis pasal dia pulak.."blogger di tahan polis sebar fitnah"

    ReplyDelete
  5. 2 hari akak letak tepi sosial media hanya update kat tv sebab benda ginilah.

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..
    tak eloklah diorg buat khabar angin mcm tu..cuba kalo salah seorg family diorg yg terlibat sama? mau tak saket hati.. :(

    ReplyDelete
  7. Doakan yg terbaik... Berdebar menanti berita demi berita

    ReplyDelete
  8. malu ada blogger berperangai macam tu. sibuk nak kejar traffic, perasaan ahli keluarga mangsa tu sanggup letak tepi. cuba imagine kalau isteri, anak2 sendiri dalam flight tu. geram betul dengan blogger ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com