DESIGN TUDUNG SEKARANG LEBIH KURANG SAMA JER, TAK TIMBUL ISU CIPTA ATAU CIPLAK

4/09/2014 02:35:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Bangun pagi bila online jer terpinga2 pasal isu ciplak tudung jenama terkenal & mahal. Nak saman pengeluar tudung ciplak jenama terkenal & mahal dia. Ramai rupanya.. rasa tindakkan pengeluar tudung jenama terkenal & mahal ni agak kejam. Katanya.. tudung semua dari asas bentuk yang sama.. tak timbul isu ciplak bagai. Lagipun dua2 bisnes tu dari orang melayu beragama Islam yang nak mengangkat & mengalakkan orang berpenampilan muslimah.

Tu kata2 dari komen yang aku baca la... Tapi bagi aku isu cipta kemudian di ciplak ni macam isu yang takkan boleh di bendung pun. Apa juga barang.. apa juga jenama.. apa jugak fesyen.. apa juga design atau apa jer perkara kalau ada yang cipta.. dah pasti ada ciplak. Berblog pun sama.. ada yang mengarang ada yang copy paste jer tetap di panggil blogger even sorang bukan kerja perah otak sorang buat kerja ciplak. Manusia & hidupan dalam dunia ni ciptaan Allah pun ada orang ciplak hasil kejadian Allah ni.. buat klon ni klon tu.. Ni pulak hasil ciptaan tangan manusia. Apa nak pelik dengan Allah pun manusia tak takut inikan dengan manusia.

Isu tudung terkenal & mahal tu di ciplak.. Aku setuju dengan 1 komen ni aku tak ingat siapa.. Dia kata bila orang mula mencipta barangan tiruan dengan jenama yang sama.. pada masa yang sama membawa jenama besar itu untuk di perkenalkan sekali. Tu antara kebaikkan yang jenama terkenal & mahal tu dapat. Tapi keburukkan dia mungkin jenama yang sama tapi kualiti tu tak sama maybe akan membawa kesan negatif jugak pada jenama tu.

Tapi isu dalam mengangkat fesyen yang katanya fesyen muslimah tu.. Tak payah la saman juta2 sangat kot. Bentuk tudung ni semua sama.. beza design & corak jer kot. Ada yang macam kuih lapis berlayer & bermacam2 kaler.. ada yang sewarna berbatu bata... ada yang bertone warna warni macam pelangi.. ada yang macam taman bunga.. ada yang macam singa, harimau bagai.. Tak payah nak cop hak cipta terpelihara sangat la. Anggap macam kita cipta resepi untuk orang lain cuba sudah... Resepi sama, tukang masak berbeza rasa pun mustahil sama kan even dari resipi yang sama. Sebenarnya pi mai pi mai design & bentuk tudung semua jenama pun macam lebih kurang sama jer.. ubah sikit2 corak, warna, letak diamond, labuci,manik bagai sikit untuk nampak berbeza sikit dengan yang sedia ada. Takde istilah isu hak cipta terpelihara kalau tudung ni.


Dua jenama terkenal. Taknak mention jenama mana.. salah satu jenama yang tengah kontroversi sekarang.. satu lagi jenama yang terkenal jugak. Tak jauh beza sangat pun design dorang, kan?? SO takde isu ciplak bagai sangat

Jadi pada jenama terkenal & mahal tu sebelum menyaman pihak yang katanya ciplak tu cuba kaji balik semua tudung2 anda yang anda jual selama ni.. adakah takde sikit pun menciplak dari jenama lain? Kalau betul2 takde.. teruskan saman. Kalau rasa macam ada.. sila malu sendiri. Peace!

P/S : Mereka sibuk saman menyaman sampai terlupa hari ini hari ke 33 MH370 lenyap,senyap tanpa khabar berita. Betapa.. tiada nilai harta dunia bila menghadap kehilangan tak bertanda kerana tiada nilai mampu di bayar untuk mencipta kembali perkara yang menjadi kenangan. Marilah kita doakan buat mereka,agar misi mencari menyelamat menemui mereka atau tanda dimana mereka berada. Doakan buat semua mereka yang terlibat dalam misi ini, kerana mereka juga bertarung nyawa hidup & mati dalam misi tu. Moga Allah membuka jalan & kebenaran.

14 comments:

  1. betul tu kak...rezeki masing2...

    ReplyDelete
  2. hm.. nak tiru tak salah rasanya. tapi kalau jual tu kena mention la kan. -- tiruan. or inspired by.
    tak de lah kes menipu customer. :) hehe.
    apa pon licha tak mampu ler nak pakai tudung tu.. huhuhuh.. mahal sangat. :(

    ReplyDelete
  3. MJ merasa juga melaram kejap tudung ni (tu pun sbb menang conntest) tp tula terlalu pendek..

    Klau nak beli sendiri memang tak la jawabnya, beratus kali pikir nak beli pun :D

    ReplyDelete
  4. akak beli kat vietnam. 15 hengget je. :D

    ReplyDelete
  5. sayangnya mereka tak nampak, dengan adanya fake akan menaikkan lagi nama jenama mereka dan mukin akan menjadi jenama eksklusif seiring dengan jenama antarabangsa lain....tak pernah lagi setakat ni saya jumpa mereka yang nak beli tudung ni dia sebut nama tudung lain, walaupun nama tudung itu berlainan dan berlainan jenama dan dah tentu fake, mereka tetap menyebut itu tudung F jugak... hurmmmmm mungkin mereka dibutakan keuntungan berjuta2 kot... hahhahahahha funny...

    ReplyDelete
  6. Selalunya bab nak saman2 ni tokey tudung terkenal tu ja...setahu akak le... Fefiling diva siap dipaternkan tau.

    ReplyDelete
  7. saya tahu sape! hehe
    saya tak pakai tudung bertingkat ni, tapi memang sekali pandang, sama aje
    tak ada beza, kalau orang cam saya memang cari yang murah aje
    tudung dia sikit punya mahal! tu pasal kaya gamaknya
    so bila dah banyak duit, semua boleh buat kan cik lekit? =)

    ReplyDelete
  8. sy mmg dr dulu....ckp trus trg la, sy mmg x suka dgn tdung yg tgh hot kontroversi ni. ingt org ciplak tu nk sgt tiru design dia. org ciplak tu tiru sbb dia nk suh kita yg x brkemampuan ni merasa tdung yg ala2 lbih kurang mcm tu.......dh la mhl, baik beli yg x ori la dan yg slebih nya tu bl buat mnabung kn elok......

    ReplyDelete
  9. itu yang akak pelik tu.bukan sebelum keluar tudung fareeda ni,pesyen tudung indon ni belambak2 dah orang pakai..kan??dia tambah keronsang je terus jadi hak dia..wak nye..!!

    ReplyDelete
  10. zura mmg tk gemar langsung tudung bertingkat tuh, sorry to say mcm ropol langsir sbb kain nipis kan, mahal nak mamp pulak tuh...hihihhihh...

    ReplyDelete
  11. Sy memg xminat tudung jenis mcm tuh...oendek dan tak meneoati syariat...lgpun berlambak tudung mcm tuh kt psrn kan..pergila saman sume..

    ReplyDelete
  12. haaa btul... dgr kate kat vietnam ade sebijik sama mcm jenama F tu dgn harga jauhhhhhh lbh rendah...

    ReplyDelete
  13. aidijuma ok je. tak semestinya sama design, kaler semua kira kita tiru design & jenama dia kan. lagipun harga tudung dia maha mahal. Manalah org yang berpendapatan sederhana tu mampu. Rasa x suka pulak bila dah jadi kes macam ni

    ReplyDelete
  14. salam mami lala..
    hihi..design tudung pun berebut hak cipta *senyumsinis* :p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com