PADAN MUKA KARPAL SINGH, MATI JUGAK KAU!

4/17/2014 12:53:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Tu dia tajuk boleh mengugat keamanan negara ni. Mesti ramai yang akan menyerang & menghentam tajuk entri. Ramai jugak pak2 & mak2 nujum akan tetiba jadi pandai scan cerita hanya melalui tajuk. Tak caya.. tunggu & lihat.


Hari ni kita di gembarkan dengan berita kemalangan maut yang melibatkan ahli politik yang memang popular di Malaysia iatu YB Karpal Singh. Terlebih dulu den nak ucap takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau moga tabah menghadapi kematian orang tersayang.

Bila orang yang di kenali.. nak2 lagi orang politik ni meninggal dunia macam biasa akan muncul ucapan2 simpati juga ucapan2 memaki. Yang simpati tu takpe la.. Memang takde salah kat memana pun. Even tak simpati pun tapi di lahirkan rasa simpati dalam ucapan pun takpe sebab tu perbuatan baik. Tapi yang dok memaki dengan ucapan2 kesat tu.. Bukan takat penyokong jer.. yang bergelar pemimpin & orang2 ternama dalam politik pun buat macam tu. Aku yang tak educated ni pun bila baca rasa macam nak hantar depa ni pi tadika balik jer.

Mati ni rasanya bukan balasan dari kejahatan ke apa.. Mati ni memang Allah dah tulis sejak azali bila & bagaimana. Mati ni wajib keatas semua hidupan. Cuma kita bermohon pada Allah agar kita di matikan dalam keadaan mulia agar jenazah kita tidak menjadi aib. So, tak perlu la cakap padan muka kau mati. Tu la sapa suruh tak sokong tu... tentang ni... buat tu.. cakap ni... Bila dia dah mati tu, moga jadi iktibar pada kita yang masih hidup.

Rasanya bila seseorang itu mati, Ucapan yang paling tak relevan untuk kita ucap adalah Padan Muka kau dah mati! Kalau rasa tak boleh sangat nak ucap takziah atau ucapan yang elok2.. orang kata diam itu lebih baik, kan?? Harus di ingat apa yang kita ucap ketika kematian orang lain boleh jadi kita juga akan terima ucapan yang sama bila kita dah mati nanti. Yang perlu hadap ucapan tu bukan kita dah masa tu tapi ahli keluarga kita tapi mungkin ucapan tu menjadi satu doa untuk kita yang dah mati. So, mari kita renung renungkan. Selamat beramal. peace!

P/S : Yang mati tu kita sedia maklum akan kematiannya.. kita nampak jasad dia kaku tak bernyawa namun yang mati tak berjasad hanya mati dalam teori manusia jangan kita lupa. Doakan buat semua mangsa MH370.. Semoga ada khabar di hari yang ke 40 ini. 

P/S :kang ada tak paham pulak kena jelaskan tajuk entri tu lebih kepada sarcasm atau kita paham sebagai sindiran

16 comments:

  1. Apa2 pon latar belakang politik, agama, budaya...kita sebagai hamba Allah yang beragama Islam harus ada sifat menghormati antara satu sama lain. Jangan terlali kaya dengan maki hamun. Takut memakan diri. Nanti yang terima balasan nya, tiada yang terkecuali. Semoga kita sentiasa di lindungi Allah s.w.t. Serahkan saja pada Allah takdir diri dia.

    ReplyDelete
  2. pg td dgr berita kat radio masa otw ke ofis...

    ReplyDelete
  3. Salam Mami lala..
    huhu..terkujat jgk pg tdi dgr psl brite ni.. eksiden..
    RIP KS

    ReplyDelete
  4. mmg terkejut betul pagi tadi...tp ni bab kematian x yah la di politikkan lagi..dah macam2 keluar dah..tp tajuk entry ni sacartic jugak..hehehehe....dah ditentukan ajal dia mcm tu kan...

    ReplyDelete
  5. tu la..sampai tak de rasa simpati dan hormat langsung..mati ka,hilang ka,sakit ka semua benda depa nak kaitkan dengan politik.hidup dah macam hamba politik dah.depa tak tertekan ka hidup macam tu..??

    ReplyDelete
  6. walaupun tak suka tapi cuba laa guna sikit nilai nilai kemanusiaan yang ada dalam diri tu..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Huhhh.. saspen je tajuk. Macam terkujat plak tgk awk berani buat tajuk begitewww... Betul kan, walau benci cemana pun kat seseorang, tapi kalau dgn matinya dia kita siap bergembira, mcm tak baik la. Bukannya dia ada buat apa2 pun kat ko. Setakat berbalas2 statement kat suratkhabar pastu nak benci lebih2. Tak baik betul. Ni tetiba isu pasal ucapan RIP plak. Ntah la pasal apa, saya pun tak baca.

    ReplyDelete
  8. Tak memihak mana2 cuma ...
    semasa hidup jangan buat yg buruk sangat pada org lain. Nnti yg dikenang cuma keburukkannya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg banyak burukkan die tv3...kebaikkan die ilek

      Delete
  9. sedapnye ckp padan muka segala kan....kalu kena kt famili korang sendiri, baru la tau mcmmn rs org ckp padan muka...

    Walaupun berlainan bangsa dan agama, kita seharusnya menghormati antara satu sama lain. Jangan jadik terlalu racist...

    ReplyDelete
  10. Snang cerita la..xpyah berbalah isu agama isu kaum..klu nk agama kita dihoramati di sanjungi..kta kna hormat agama dan org lain dlu.klu org ckp agama kta kaum kta xbetul..apa kata kita tunjukan balik yg kta sbgai umat agama tu berpendirian betul bkn sebaliknya..jgn mempebetulkan tanggapan org pada agama kta dgn tindak tanduk kita sendri..renung2 kan dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  11. Kesimpulanya...hormarilah agama org lain,kaum lain dan bangsa lain klu nk diri dihormati.walaupun ada knyataan yg mnyatakan sesetengah agama tu xbetul..kta sbgai umat agama tu hndaklah tunjuk kan kenyataan tu salah dan bkan nya memperbetulkan tanggapan yg salah dgn perilaku kta yg seolah2 hidup tanpa peganggan agama.renung2kan dan selamat beramal

    ReplyDelete
  12. Kesimpulanya...hormarilah agama org lain,kaum lain dan bangsa lain klu nk diri dihormati.walaupun ada knyataan yg mnyatakan sesetengah agama tu xbetul..kta sbgai umat agama tu hndaklah tunjuk kan kenyataan tu salah dan bkan nya memperbetulkan tanggapan yg salah dgn perilaku kta yg seolah2 hidup tanpa peganggan agama.renung2kan dan selamat beramal

    ReplyDelete
  13. Satu je saya nak bagitahu: Dengar Surah Al-'Asr سورة العصر

    Bismillah

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    Demi Masa!

    Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

    Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

    ReplyDelete
  14. saya secara jujurnya tak suka mamat ni
    tapi saya tak pernah kata cam tajuk entry ni
    dia dah mati biarlah mati
    kita pula tak tahu camne nasib kita

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com