AWAS BLOGGER ANDA MUNGKIN BAKAL JADI MANGSA PENIPUAN BLOGGER NI

6/23/2014 02:32:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Blog & blogger bukan satu nama yang pelik bagi masyarakat sekarang ni. Orang dah mula tahu kemampuan blog & blogger & makin ramai yang mula percaya dengan kemampuan blogger untuk mempromosikan apa2 produk ataupun aktiviti. Orang dah tak rasa rugi nak bayar blogger untuk menulis apa yang nak perkenalkan. Jadi blogger sekarang dah ada kepentingan maka terjadilah kisah orang ambil kesempatan dengan blogger.


Kisah blogger kena tipu.. bloggger menipu blogger.. Menyamar blogger untuk tipu blogger dah bukan kisah baru. Semalam tetiba jer terbekenalan dengan seorang blogger ni sebab terbaca dari sharring post blogger lain pasal dia cari blogger untuk review produk berbayar. Manatau rezeki.. try je la apply. Tetiba ada pulak add dalam group penyiasatan blogger yang kecoh blogger yang aku baru add tadi pasal nak minta review produk berbayar tu. Ting tong la sekejab. (entri ni entri draft jadi semalam tak bermaksud kejadian ni baru berlaku semalam tapi semalam ni rasanya dah dekat 2 minggu kisahnya. kekekeke)

Bila aku siasat dalam group tu mak aiih..  bukan sorang dua dia menipu. bukan blogger je dia menipu bukan sehari dua dia buat kerja menipu tapi dah bertahun & beramai orang dah kena tipu beribu riban duit orang dia tipu. Pelik.. Hanya guna fake account tanpa bersua muka dengan semua mangsa2 yang di tipu dia mampu membina kerjaya menipu dia secara online. Memang hebat minah sorang ni. Memang akal dia lagi panjang dari fizikal dia. Mungkin dia tidak sempurna fizikal tapi kecerdikkan dia dalam bidang penipuan secara online memang boleh bagi 10 bintang la.

Kemampuan dia yang boleh menyakinkan orang untuk berurusan sehingga melibatkan duit ringgit tanpa perlu berjumpa, memang bukan calang2 orang boleh buat. Selain mat2 negro yang terer mengayat online awek2 kesunyian sehingga boleh menampung hidup depa tanpa perlu berpeluh ketiak kerja keras.. Minah sorang ni jugak memiliki kepakaran mengayat tu. Ni kalau dalam marketing pun bagus tapi maybe dia rasa marketing tak mencabar sangat.. menipu lebih enjoy. Hanya perlu menggunakan imaginasi & di realisasi hanya dengan ayat2 manis mampu jana pendapatan ribu riban gitu.

Aku tak tahu sejauh mana betul aktiviti menipu ni sebab aku tak pernah kena tipu dengan dia cuma bila baca post2 kat group FB tu rasa macam boleh percaya jugak.Tapi sebab ramai yang buat pengakuan pernah kena tipu jadi aku rasa elok jugak aku bagi peringatan kat orang lain. Awas! Dia ni sering bertukar2 identiti.. Ala2 sesumpah ni susah korang nak detect cuma apa yang korang boleh buat untuk protect diri sebarang urusan melibatkan duit Kalau ada sipolan yang bernama Nurzusilawati binti Nadzri berhati hati. walau dia sering bertukar identiti tapi nama & account number dia masih sama


Terbaru dia gunakan identiti Lavender mummy.. dia ada account FB & blog. Tapi menurut sumber dari group edisi siasat blogger dia semakin menghilang diri dengan id lavender mummy tu maybe dia dapat detect orang mula nak perangkap dia kot. Terlepas lagi kali ni bukan bermakna akan datang pun akan terlepas. Belum tiba masa Allah kantoikan dia. Tunggu je akan tiba masanya nanti yer.



Korang boleh tengok kat page ni untuk tahu penipuan dia buat atau boleh google jer banyak orang tulis pasal minah comel ni. FB fanpage ISABELLA_CUTE

Moral of the story.. Berapa juta pun kita dapat dari hasil menipu percayalah kalau kita senang hidup kat dunia tapi dalam hati kita takkan ada ketenangan. Biar sedikit asalkan dari sumber yang halal.

25 comments:

  1. oh lavender mummy ni, yes zaaa kita dalam group siasat yang sama... hati2lah dengan orang yang suka menipu dan ambik kesempatan macam ni...

    ReplyDelete
  2. berani betul dia.hmmm,xtau nk komen apa.nasib lah sy x kena lg kak.sobs.

    ReplyDelete
  3. dah lama tak dengar kabar terbaru pasal kes ni?/dah tertangkap ke belum??


    walaupun kecik tapi kebal..heheh

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..
    huuh..kalo nk berniaga, berniagalah dgn jujur dn ikhlas..

    ReplyDelete
  5. lahai sian kita taip panjang cma tak baca pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cma dah taip komen panjang2..tp bila klik publish,tetiba kuar 'conflict editing'.nk taip balik tak cukup mase..terus straight to the point jer.. dah tgk page tu.. itu yg cma cakap nk berniga/job biar jujur dan ikhlas..mcm sidia ni mmg dah kes penipu..
      berhati2lah..
      ^_^

      Delete
  6. Haihhhhh...PA bagus dia ni sebab tu gamaknya ramai yang tetipu. Mulut manis!

    ReplyDelete
  7. akk mmg selalu masuk blog dia..thanks gitau..

    ReplyDelete
  8. Hari tu die ade announce pasal job dari company c kan?

    ReplyDelete
  9. owh ni orgnya ... sis pun ahli group tu juga . tahniah kerana berjaya mencari wajah dan ic nya . sepandai2 tupai melompat ... dia ni x fikir ke klu bloggers n facebookers ni punya pelbagai latarbelakang kerjaya yg hebat menjadi sherlok holmes !

    ReplyDelete
  10. oh..kenapa dia boleh menipu macam ni?

    ReplyDelete
  11. Uish kalau jmp dpn2 mmg x sangka dia mampu buat kerja camtu

    ReplyDelete
  12. melalui group csi tu juga yumida baru tahu yg LM ni penipu orgnya
    astagfirullah..moga dibukakan hatinya utk berubah n insaf
    moga takde yg tertipu lagi..

    ReplyDelete
  13. Berani beno dia ye...

    ReplyDelete
  14. hidup dengan duit menipu orang takkan senang, duit tak tuh berkat, MasyaAllah tak takut ke balasan nya nanti macam mana....nih kalo dia ade tengok drama bersiri tanah kubur tuh....agak-agak insaf tak dia dengan balasan di akhirat nanti...hmmmm....moga-moga Allah bukakan hatinya untuk bertaubat sebelum terlambat, in shaa Allah...ameen.

    ReplyDelete
  15. Salam singgah....

    Eh, rasa dah komen tapi tak tahu kenapa pulak takda...

    First tengok muka macam innocent jek. Sebab excited, akak cari more info online. Mukanya ni nampak familiar pulak, macam pernah nampak. Check punya check rupanya dia pernah nak jadi tuition teacher di satu website ni (belajar di KDU, ada beberapa tahun pengalaman jadi lecturer...ohsemnya ...) dan covered areas : Taman Maluri, Cheras etc. Dah dekat dah tu dengan area rumah akak. Maybe mmg betul kot akak pernah nampak dia di luar sana....

    ReplyDelete
  16. saya pun percaya pada mulanya....cheh :-( rupanya penipu!!!

    ReplyDelete
  17. licik nye dia..kena berhati-hati ni..

    ReplyDelete
  18. Thanks untuk info ni..sebab kalo tgk rupa paras sgt tak sgka yg dia ni penipu orgnya...so kene lebih berhati2 la...

    ReplyDelete
  19. Thanks utk info ni...sbb kalo tgk dr rupa paras mesti tak jangka dia ni penipu..so kene berhati2 la...

    ReplyDelete
  20. Thnx info,tetiba rs mcm br kluar dr gua sbb mcm xtau bab2 blogger nih..ya ampunnnn..heran kan org jenis ginii ada jugak,akai punya pjng bab nk mnipi..

    ReplyDelete
  21. Subahanallah!..baru smlm 'terjumpe'..and 'terbaca' blog dia..coz ade member post psl naik kapal dgn ustaz kazim tu..alik2 ari ni dpt taw dia penipu!..kuasa Allah!..mgg nk tunjuk..tak padan kecik erk tp nk nipu

    ReplyDelete
  22. terima kasih atas info ini...adoiiii, tolonglah jangan buat orang tipu orang macam ni, kesian betul...semoga allah memberikan petunjuk kepadanya. amin

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com