SEKEJAB HARAM SEKEJAB HALAL, ITULAH CADBURY BUKAN CHIPSMORE

6/04/2014 02:56:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Isu pasal cadbury yang mula2 KKM sahkan tidak halal  sebab ada DNA babi tetiba JAKIM sahkan halal dengan alasan mungkin sample produk yang di analisis KKM ada pencemaran. Aku pun malas nak ulas panjang pasal kenapa mula2 haram tetiba jadi halal.. mula2 ada babi tetiba takde babi. Kalau nak cerita penjelasan JAKIM tu kiranya kena buat entri berepisod pulak. So, aku tak nak cerita apa yang aku tak mampu nak huraikan mengikut pemahaman aku.

 Cadbury dulu haram kini halal

Tapi yang aku nak cakap isu cadbury yang haram tetiba jadi halal ni aku tengok masing2 mula berbalah menegakkan pendapat sendiri. Ada yang masih yakin dengan JAKIM ada yang dah mula meragui JAKIM sebagai badan bertanggungjawab soal halal haram sesuatu produk yang di pasarkan kat Malaysia. Aku tak nak la pertikaikan kerja KKM ke.. JAKIM ke.. aku ni siapa la. Lepasan tadika kemas je kan.. So tak layak la nak cakap banyak walau mula2 aku ada jugak join mempertikaikan tu ni.. Tapi bila nampak kita cuba berdebat cara sihat tapi mungkin boleh mengundang perbalahan maka undur jari tu lebih baik.

Cuma kat sini.. Apa yang berlaku sangat mengelirukan sebabnya kita tak nampak apa yang berlaku & apa yang berlaku pulak macam cerita kartun. So, benda tu memang akan menimbulkan keraguan banyak pihak. Kita nak ubah keputusan yang telah di putuskan kita takde kuasa.. tapi kita ada hak untuk makan atau tak produk yang menimbulkan keraguan tu. Kalau rasa yakin dengan keputusan JAKIM, makan la. Apa masalahnya. Kalau rasa was was.. jangan makan sebab yang halal pun akan jadi haram bila kita mula was was. Pilihan di tangan kita.. So, buat lah pilihan. Kalau kita tak tahu mana lebih selamat.. tidak makan adalah lebih selamat sebab kalau makan kita tak tahu samada selamat atau tak. Betul tak??

Jadi.. dari kita hari2 dok cakap isu yang sama berdebat dengan orang yang sama akhirnya boleh jadi bergaduh & unfriend block bagai adalah lebih baik kita buat keputusan untuk diri sendiri. Apa yang kita nak cakap kita dah cakap banyak dah sejak hari pertama kontroversi ni berlaku jadi tiba masanya kita slow down & buat pilihan yang bijak. Kuasa pengguna tu penentu segalanya. Kalau lepas ni ramai dah tak makan cadbury maka JAKIM kena paham2 la... Kalau ramai yang kembali menikmati kelazatan cadbury kita, kita paham la kenapa. Simple. Pegawai JAKIM nak buat demo makan cadbury secara berjemaah live kat TV pun lantak la... Takde masalah pun pada kita kalau kita tetap tak nak makan atau nak makan, kan??

Jadi.. tak perlu la kita nak bertegang urat lagi. Masing2 ada hak menyuarakan pendapat masing2. Dalam kes ni aku tak kata yang yakin nak makan cadbury tu salah atau yang dah hilang keyakinan terhadap JAKIM tu salah.. tu hak masing2. Jadi gunakan hak anda sebaik mungkin kerana kuasa HAK ANDA tu sangat besar pada agama, bangsa & negara. sekian terima kasih. Peace!

Moral of the cadbury's story.. sekejab haram.. sekejab halal.. itulah cadbury bukan chipsmore yer.. chipsmore sekejab ada sekejab takde jer... Hope lawak2 macam ni tak berlaku lagi melibatkan KKM atau JAKIM. Bukan senang untuk mengembalikan keyakinan & kepercayaan orang lain setelah rasa terpedaya, ye dak??

9 comments:

  1. aku ada cakap pasl bebudak kilang tu, apele kabonya ye..Tak kan bercuti sepanjang beberapa hari ni. Over time pun entah ada entah tidak, dah dekat masuk bulan puasa ni, baju anak nak kena beli. Yang part haram satu hal, orang berkeroje tu tak kesian ke ?... Yang jadi halal balik pun satu hal, tak kesian ke orang yang keluarkan contoh DNA tu.....Ada banyak lagi benda haram sepertinya judi kuda toto magnem, ada pelacur cari makan tanpa bayar zakat, tak dengo pun pasal fatwa malah masih menjadi jadi lagi...Maka disebabkan setitik DNA maka rosak semua kilang, kelam kabut pak menteri...namun penyakit di sane tu macam dibele bele pulak

    ReplyDelete
  2. hm.. dah lama dah kiss gudbye dengan cadbury ni sebenornya. hihi.. memang tak minat. :(

    ReplyDelete
  3. aku sekianlama memang anti cadbury ni... tapi memang aku meragui JAKIM la kini walaupun pelajaran aku rendah dari JAKIM...kesskessskessss

    ReplyDelete
  4. betul la..memang tak makan le..sebab was2..tak berani nak tanggung risiko..

    ReplyDelete
  5. apa pun terpulang pada selera dan keyakinan masing2.. cuba baca blog kak di kat www.comatosewithbraindamage.blogspot.com

    dia baru up pasal citer cadbury ni. kalau sape2 yg tak tau, kak di memang dlm industri biotech. antara keje dia is buat test dna kat sample makanan. biasa dia buat kat fish pallet. drpd melalak tak tentu pasal padahal info seciput je yg kita tahu tp sibuk share sana sini pasal cadbury, lagi baik diam. bukan pe.. takut kita dok anti anti bagai end up kita gak yg memborong berkarton2 di masa akan dtg.... what u give u get back kata omputih.... hehe

    ReplyDelete
  6. Salam Mami Lala..

    as a fan of CADBURY CHOCOLATE, im really disappointed about this..
    hahaha.. tapi itu benarrr.

    ReplyDelete
  7. bende2 macam ni memang merunsingkan kan.. sebab bende makanan..menjadi darah..melibatkan hati.. saya memang terus band ar..walaupon saya memang ar giler coklat lagi2 dari cadbury ni.. tapi.. since kalau kate kite tak yakin..so jangan makan.. banyak lagi makanan sedap lain insyaa Allah boleh diyakini.. :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com