PEREMPUAN MAKI UNCLE CINA TU MUNGKIN DALAM BAHAYA

7/16/2014 01:08:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Sepanjang video seorang perempuan mengamuk sambil hentak stereng lock kat kereta seorang uncle cina yang terlanggar kereta baru dia.. Aku takde la up status kat fb wall aku atau up entri kat blog. Just berkomen secara ringkas jer kat post2 orang.


Bila tengok sampai identiti perempuan tu di sebarkan aku pulak jadi cuak untuk dia. Betul.. perbuatan dia tu agak biadap & salah. Aku tak membetulkan tindakkan dia tu tapi cuma kat sini aku rasa dengan dedahkan identiti dia.. mendedahkan dia juga pada bahaya. Ok.. korang rasa kalau tak buat camtu dia tak sedar perbuatan dia salah. atau dengan sebar video tu boleh jadikan pengajaran pada orang lain.. Betul jugak tindakkan korang untuk bagi pengajaran pada sipolan & orang lain tapi tak perlu la sampai dedahkan identiti dia.

Kalau salah apa aku cakap betulkan.. aku cuma bagi pendapat. dah kena suruh jadi menteri. kekekeke

Zaman sekarang zaman jenayah berleluasa.. Orang dah tak heran dengan undang2. Tak kira la perbuatan perempuan tu salah ke betul tapi perbuatan kita yang tolong upload, share & sebar tu pun salah jugak. Ye.. dia bukan adik beradik kita, sedara mara kita atau anak pinak kita jadi kita takde rasa risau dengan keselamatan dia.. Tapi putaran hidup macam roda.. kita pun manusia.. adik beradik kita pun manusia tak mustahil satu hari kita pun termelakukan kesilapan sama bila gagal kawal emosi & ada orang record & sebar.. Baru kita rasa apa yang orang lain pernah rasa.

Benda kecik jer sebenarnya tapi dah dia mengamuk mengalahkan kereta remuk kan dah jadi kes besar..

Moral of the story.. Masalah terlanggar tu nampak simple & kecik sangat tapi memandangkan perempuan tu tak boleh control emosi sebab kereta baru gamaknya dia terus macam kena histeria sampai lupa zaman sekarang camera ada pada hampir setiap orang yang berada di lokasi kejadian. So, kita kena ambil jugak sebagai pengajaran.. supaya tak terjadi kat kita. Pada yang menyebar.. rasa seronok dedahkan orang lain pada bahaya, ingat kita juga dalam bahaya sebab kita juga melakukan perkara yang melanggar undang2 sebab mendedahkan identiti orang lain.

Orang yang terlibat rilex jer.. kita pula yang emo lebih2. kan?? kekekekeke

Dan last yang korang mesti tahu


P/S : Bila aku menegur tak bermakna aku baik & perfect.. Bila aku bagi pendapat tak bermakna aku sentiasa betul. Aku cuma manusia.. yang melihat. Apa yang baik terimalah sebagai pengajaran.. kalau aku tersilap tegurlah seperti seorang insan.

9 comments:

  1. Alhamdulillah, biasalah bila dah berada di usia matang macam tu lah... mereka lebih mudah memaafkan dan tak ikut kata hati...

    ReplyDelete
  2. dalam apa jua yg kita lakukan haruslah sabar..puasa pon sabar kan tahan lapar dahaga..kereta kena langgar terus mengamuk tak tentu hala hingga memalukan diri sndri, sebangsa seagama dengan dia.
    buat jalan bertambah jamm lagi. mungkin esok lusa dia pula terlanggar kereta orang lain y lagi mahal dari kereta dia tu..siapa tahu..moga dia baik2 sahaja lepas ni..

    ReplyDelete
  3. btul. lin pun ada gak tegur mn yang over2 sangat memaki tu. jangan sampai masa akhirat nanti, kita plak merangkak cari dia mintak ampun. padahal, dia tak salah dengan kita, kita plak seronok maki2... amik pengajaran sudah.

    ReplyDelete
  4. sebenarnya saya baru tahu pasal ni, kira ketinggalan jugalah
    saya cuba nak paham apa penyebab dia jadi camtu
    agaknya dia period, emosi tak terkawal
    kita nampak luaran aje, dalaman kita tak tahu

    tapi dia marah sungguh ye
    habis semua benda tak elok keluar dari mulut dia,
    kalau posa, rugi aje pahala posa

    kalaulah dia boleh control anger dia
    mungkin tak jadi lagu ni

    ReplyDelete
  5. aku ni bila geram kak, habis semua masuk dalam entry aku... mahapppp aku jugak pengaib ! geram sangat sampai tak fikir the other way aku pun bikin salah bukak muka dia.... haih..

    baik uncle tu, sebab maafkan minah ni... aku sedih sebab minah tu melayu... islam lagik... bertudung lagik... tapi kesabaran takde... camne seh orang nak hormat bangsa kita, asyik tempelak tak tentu pasal..

    just my common sense... aku tak bidas pendapat kau tau kak...

    sekian dari diriku yang gojessss... muahahahhaa !!

    ReplyDelete
  6. hm.. terlalu rude. :( anyway, harap2 dia berubah la lepas ni

    ReplyDelete
  7. setuju dgn pendapat Allene.. dia tak buat salah dgn kita, knp plak kita yg bersungguh2 nak memaki dia. Ini pun ujian buat kita jugak sbenarnyakannn

    ReplyDelete
  8. Sampai jadi kes polis sbb jd kes buli jalan raya..

    Bila video tersebar org laju je geledah fb twitter bagai tu. keje apa, duk mana smua org tau

    ReplyDelete
  9. Zaman skarang ..buat nakal sikit je..org kliling tau dah ..hati2 ...
    Peringtn utk maq jgk ni ...:)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com