MISTERINYA SEORANG BLOGGER

8/26/2014 03:25:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Kisah seram lagi ke ni? Amboi asal ada perkataan misteri je mesti kisah seram.. Yang seram tu memang misteri2 je ke?? Selalunya macam tu la kan.. sesuatu yang seram ni sangat misteri sebab sulit untuk kita ketahui dari mana asal usul & siapa dia yang sebenar. Tapi kisah misterinya seorang blogger ni kalau korang nak tahu apa kes & kesahnya.. sila la baca yer..

Gambar sekadar hiasan.Sumber google

Semalam aku ada join satu topik perbincangan kat kelab blogger (satu group yang admin dia Ben Ashaari). Tu la salah satu kelebihan kita join group2 yang aktif ber isu sebab boleh jadi sumber inspirasi untuk update blog jugak. Aku pulak memang suka sangat la join kalau berkaitan isu2 semasa ni tak kira la berkisahkan dunia blog ke hapa. Janji bukan isu kekanak sekolah yang baru kenal cinta monyet sangat. hahahaha

Isunya blogger yang sorokkan identiti, wayar atau tak wajar. Macam biasa bila ramai bagi pendapat ada yang kata ok, ada yang kata sebaliknya. Aku tertarik jugak sebab aku pun dah semakin nak jadi blogger yang misteri ni. Kalau dulu aku memang tak hide sangat la identiti terutama wajah aku ni.. Tapi kalau kengkawan yang dah lama ikuti blog aku akan semakin perasaan aku semakin tak tunjuk lagi gambar2 aku atau tak banyak cerita pasal kehidupan aku dah. Ada yang pertikai.. Perlu ke buat macam tu sedangkan bila kita berkawan kita nak jugak kenal siapa kawan kita. Wujud atau tak orang yang kita kawan tu?

Ni pendapat peribadi aku la yer.. Kadang2 bukan tak nak tapi tak boleh. Dunia maya ni memang akan wujud insan - insan misteri tapi tak semuanya negatif & tak semuanya positif. Apa saja kita pilih untuk menonjol atau menyembunyikan diri.. ia bergantung pada niat & perbuatan kita. Kalau betul.. maka jadi betul. Kalau salah, tetap salah. Yer ada orang sorokkan identiti sebab ada niat jahat dia nak buat tu tak nafikan. Aku tak boleh cakap bagi pihak orang lain kenapa dia nak memisterikan diri tapi aku hanya boleh cakap bagi pihak aku kenapa aku semakin privacy kan diri aku. Yup.. sebab status & sebab suami jugak. Aku perlu utamakan orang yang sepatutnya aku utamakan. Jangan kata aku anti sosial.. sebab sebelum berkahwin aku bergaul macam orang lain jugak. Aku pun ada join aktiviti dengan kawan2 alam maya kat luar sana. Aku tak misteri.. aku boleh tunjuk diri aku tapi bila dah kawen.. first & last aku berpeluang join aktiviti blogger ni cuma masa menang ticket wayang dari nuffnang je.

Terus terang aku semakin tak selesa untuk jadi seorang yang di kenali. Tak suka jadi perhatian & aku nak keluar tanpa ada yang memerhati aku dari jauh tak bermakna aku ada niat jahat. Sebab semakin dewasa aku semakin sukakan privacy mungkin sebab terbiasa hidup sebagai seorang isteri yang ada guidelines pada setiap pergerakkan & perbuatan. Tapi aku tetap masih ada cita2 tinggi dalam berblog yang nak blog & penulisan aku di kenali ramai. Mungkin nak capai tu susah la sikit berbanding blogger yang aktif join aktiviti luar dengan blogger2 lain tapi tak mustahil pun. Yang penting selagi ada usaha, peluang tetap ada.

Apapun even ada yang baru kenal dengan blog aku ni tak pernah tengok gambar aku.. Jangan risau kadang2 ada benda aku terpaksa gunakan muka aku, aku guna jugak. Tapi sipi2 jer la. Tu membuktikan aku wujud seperti mana yang korang tahu aku seorang perempuan, isteri & ibu jugak seorang blogger. Takde la misteri sangat sebab kewujudan aku masih jelas biar ada sesetengah tu agak samar samar sebab aku susah nak upload pic muka aku jer. Muka tak comel.. sorok pun takpe ye dak?? hahahahaha

P/S : Kat FB aku pun bersepah kawan2 sekolah.. kawan2 lama & cikgu2 sekolah yang aku kenal sebelum aku kenal internet lagi so tak payah takut aku bukan penyamar. aku adalah aku yang orang kenal aku kat alam maya atau realiti. Cuma mungkin dalam dunia blog aku sekarang agak memisterikan diri.. tapi dulu aku suka jugak share gambar2 aku kat blog. hahaha
 Dalam hidup.. adakala pilihan yang kita ada tak sama tapi tak bermakna tak bahagia. Bahagia bukan kita perlu buat apa yang orang lain buat tapi kita rasa bahagia dengan apa yang kita buat sebab bahagia mungkin tak sama cara tapi tetap sama rasa. Pada blogger yang macam aku bukan tak nak beraktiviti dengan blogger lain kat luar tapi keterbatasan pergerakkan buat kita tak boleh join tu jangan down sebab aku pun tak down pasal semua tu. Aku menikmati apa yang aku boleh buat, so aku tetap happy.Happy tu kita yang bentuk bukan dia datang secara semulajadi. Jangan psyko diri anda macam kekurangan sangat bila anda tak dapat apa orang lain dapat sebab tu la punca terbentuknya kesedihan dalam diri.  Peace!
** Tunggu nanti aku nak review satu benda ni beserta dengan muka aku sekali terlibat. hahaha**

7 comments:

  1. sy sblm ni memang ad niat nak misterikan pic sy dan family...tp mengenangkan ble sy pk, kalo xtunjuk muka nt org cop kite penipu...sbb tu skrg kdg2 sy ada selitkan pic sy...tp x banyak la entry yg ad muka sy..hehehe

    ReplyDelete
  2. suka entry ni =)
    no wonder dah jarang cerita pasal personal
    pada saya, lain orang lain caranya
    saya suka baca sesuatu blog sebab cerita yang diceritakan
    bukan sebab orang tu cantik ke handsome ke =)
    janji cik lekit happy dah ler
    peduli apa orang nak kata ye dak

    p/s - asyik dok panggil cik lekit aje, tak apa ke? =)

    ReplyDelete
  3. heee. sy pun jenis yang kurang gemar tepek gambar dlm blog mahupun d fb. cukup la sekadar sekeping dua. itupun bila ada yang bising sebab takde gambar tuan diri. bukan taknak berkongsi gambar, tapi sangat takut bila gambar kita disalahgunakan pihak lain. dunia sekarang macam2. sangat sedih bila sy terjumpa blog2 sampah (maafkan sy kalau agak kasar) yang menyalahgunakan gambar2 orang terutama kaum hawa. malu bila gambar kita diedit dan diletakkan caption2 mengarut oleh mereka2 yang tak bertanggungjawab tu.

    ReplyDelete
  4. same goes to me. Bila dah makin berusia, makin rasa patut 'lindungi' diri kan.

    ReplyDelete
  5. semuanya terpulang pada individu. ada yg nak nampak bakat menulis je . sebb tu sorok identiti :)

    ReplyDelete
  6. aku suka expose... maklumlaaaa gila femes !! haha... ni statement untuk aku je laa.. sebab aku gila femes, aku suka expose...

    ReplyDelete
  7. Saya setuju dgn entry ni... saya pun jarang tempek gmbr sendiri... gmbr anak2 ada la... blogger pun perlu ada privacy... saya menulis blog bkn utk dikenali... tapi utk kongsi pengalaman...

    boleh LIKE 1000x tak entri ni... heheheh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com