BILA BANGGA BUAT BENDA BANGANG
Ok.. ok.. di ringkaskan cerita aku nak jugak cakap isu program I want to touch a dog. Aku tak nak berhujah dari sudut hukum hakam bagai.. aku bukan level setazah so aku nak cakap dari sudut pandangan peribadi aku pada mereka2 yang mencetuskan kontroversi yang maha dahsyat iatu orang melayu Islam yang kebanyakkan perempuan bertudung yang ambil gambar mesra dengan anjing kemudian upload kat laman sosial.
Dah kau bersosial dengan anjing tu sudah la.. Yang bangga sangat dok buat benda bangang tu sapa suruh. Benda paling bangang bagi aku bukan pasal sentuh anjing tapi upload gambar tanpa rasa was was. Gambar ni boleh timbul macam2 fitnah & spekulasi. Kakimotong aktivis haiwan pun ada bela anjing yang di selamatkan tapi bukan untuk buat pets.. selain tujuan menyelamatkan anjing2 yang di jaga tu ada fungsi lain jugak. Macam cat village yang sedang di bangunkan.. anjing yang di selamatkan ada di letakkan kat situ bagi tujuan menjaga tempat tu tapi aku tak pernah nampak lagi la PH(pengasas Kakimotong) yang upload gambar peluk anjing bagai.. even dia ada upload gambar anjing2 yang di jaga tu. Kenapa dia tak upload gambar bermesra dengan anjing untuk tujuan menyedarkan manusia bahawa anjing jugak perlu di lindungi sedangkan dia aktivis haiwan yang di kenali? Sebab dia guna akal bukan guna kepala lutut.. dalam dia tak upload gambar camtu pun macam2 orang pertikaikan isu anjing ni.. apatah lagi kalau dia buat. Benda yang mengundang fitnah tu elok di elakkan.
Yang konon urban & open ni sebenarnya yang menyebabkan keadaan jadi huru hara.. Tak paham batas pergaulan yang Islam dah gariskan main semborono jer dok peluk pegang anjing. Bila kata tak haram tu tak semestinya boleh. Di bolehkan atas sebab2 tertentu. Kau nak pegang peluk kau punya pasal la tapi tak payah bangga tayang kebangangan ko tu untuk mencetuskan kontroversi maha dahsyat. Orang yang bukan Islam akan anggap Islam ni terlalu rumit & mungkin jugak kejam sampai dengan anjing pun berkira nak bagi kasih sayang sedangkan mereka tak paham Islam tak mengajar menganiaya apa2 makhluk cuma tak semua haiwan tu orang Islam boleh sentuh tanpa sebab.Tapi yang bangang ni konon pencinta haiwan sangat walhal selama ni setitik air pun dia tak pernah bagi anjing terbiar minum bila ada program camni cuba berlakon konon2 paham tapi tak reti apa2.
Tapi memang dah trend sekarang kot.. Orang bangga tunjuk bangang. Contoh boleh kita lihat banyak manusia jadi viral kerana kebangangannya.. Seterusnya jadi popular. Mungkin yang dok upload gambar peluk anjing kat program #IwantToTouchADog tu pun nak glemer je kot padahal kalau jumpa anjing kurap kat tepi jalan pandang pun tidak.
Ni entri di tulis seorang pencinta haiwan Melayu Islam. AKu rasa lengkap untuk korang paham kenapa & mengapa di bolehkan untuk pegang anjing berbanding setaz setazah politik.. komen kadang2 kias2 tak lengkap & mengelirukan
Kempen I WANT TO TOUCH A DOG, kata ustaz2 ustazah, mufti, jakim dan orang awam yang celaru
P/S : aku bukan anti anjing ok.. aku cuma meluat dengan perkara bangang je
serius tak paham dgn kebangangan sebahagian diorg tu...
ReplyDeletenth apa2 la..hukum dibuat main je..
ReplyDeletemakin kurang ilmu agama dalam diri orang islam la ni..
ReplyDeleteSemakin tak faham dengan dunia sekarang (T_T")
ReplyDeletehttp://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/kekurangan-air-boleh-menyebabkan.html
malu bila tengok gambar2 tu semua. mereka seolah2 sangat bangga pegang anjing
ReplyDeleterasanya ustaz yg ada kat situ pegang anjing tak ? sama la kes dgn cadbury , ustaz kata halal tapi dema x mkn pun . tak yah nak blank muka bagai klu dah tuan punya badan x kisah upload kat fb . kempen ni jelas bhw umat islam la ni krg dlm ilmu agamanya , nak mudahkan semua perkara dan mudah terikut serta dgr cakap org lain ...
ReplyDeleteYeayyy!!! Pendapat kak suria sama dgn saya. Penganjur program bangang, yg dtg program pun bangang dan ustaz yg ada kat situ pun sama2 bangang. Mufti yg kata tak haram pegang anjing pun kategori bangang juga.
ReplyDeleteHmmm...anjing anjing anjing.. Nnt nak bawa tidur pulak anjing ni..bangga sangat pegang anjing..
ReplyDeleteApa kata kumpulkan anjing2 kurap yg berkeliaran dan suruh dioarg mandikan dan belai2 manja..agak2nya nak tak?
ReplyDeletehmmmm...taktau nak kata apa dah
ReplyDeletemoga-moga perkara ni tak terjadi kat anak-beranak kita
lagi bangang kelab malam,pusat judi ,pakai tudung baju ketat sampai skng dan makin menjadi jadi
ReplyDelete