CERITA DONGENG YANG MEMBAWA PADAH

10/20/2014 03:33:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Bila baca je kes seorang pelajar politeknik Ibrahim Sultan, terengganu yang katanya telah mengadakan cerita kononnya dia kena culik & telah membuat laporan palsu auto aku ingat kes siti Balqis seorang anak dara terengganu yang pernah jadi top sekejab dengan cerita konon dia di larikan jin bila tiba tengah malam. Sapa masih ingat.. ingat la. Tak ingat takpe nanti aku bagi link untuk korang baca balik.

Kedua dua mereka memang berbakat dalam penulisan sebab imaginasi depa ni boleh tahan.

Pelik sungguh budak2 ni kan.. Yang si siti balqis buat story konon kena culik dengan jin tiap2 tengah malam sebab nak keluar dengan jejantan.. Yang si budak politeknik ni buat cerita kena culik sebab tak siap assigment. Bagi la alasan lain tak boleh ka... kenapa la ambil risiko dengan memperjudikan masa depan buat laporan palsu camni. Nak kata bodoh, sampai politeknik juga belajar. Takkan tak tau buat laporan palsu jugak boleh di dakwa. Dah tu siap tambah ada 7 orang kanak2 turut di culik. Yang ni memang aku rasa nak tumbuk perut dia laju2. Hang tau dak.. benda ni buat kami yang bernama mak bapak trauma, fobia & panik. Jangan pasai hang tak buat assignment habis satu negara jadi panik.

Sumber Sinar harian

Siti Balqis aku boleh lagi geram dalam ketawa sebab dia berjaya perdayakan ramai bomoh masa tu. Kemain2 berpuluh bomoh konon datang membantu dengan spekulasi masing2. Jin tu.. jin ni.. alih pompuan tu saja buat cerita sebab dia nak bersosial. Kalau minta keluar dengan jantan malam2 confirm la tak lepas... Tapi yang budak politeknik ni memang tak mampu nak senyum dah. Rasa kalau jumpa nak jugak aku tonyoh muka dia kat kuali panas. Kau tak tau betapa trauma & fobia aku bila kau cakap ada 7 kanak2 yang turut di culik. Kau belum jadi mak orang.. dan kau takkan rasa apa yang aku rasa & para ibu bapak lain rasa!!

So, Moral of the story dont play2 ok.. Kalau dah dapat peluang sambung belajar buat assignment bagi siap.. jangan nak buat cerita dongeng kau kena culik. Sekarang kau tanggung azab kat dunia.. Malu dapat.. yang lain2 azab bakal kau dapat.

P/S : memang aku sakit hati sangat dengan minah ni..

Kalau korang nak baca kisah siti balqis boleh baca kat sini
Kisah culik Siti Balqis part 1
Kisah culik siti Balqis part 2
Kisah culik siti Balqis part 3
Kisah culik Siti Balqis part 4

19 comments:

  1. Macam2 budak zaman sekarang kan...

    Jom singgah sini,

    http://vitalicious2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Speechless kwpala otak jenis pa xtauu

    ReplyDelete
  3. ini kes desperate nak lepaskan masalah sendiri tanpa fikir kesan tindakan kepada orang lain ni...

    ReplyDelete
  4. Ni budak ni mmg nk kena hukum pancung ni....menyusahkan org betul...siap akak ni pesan kat dania sampai berbuih2 mulut tau...risau kan anak...rupanya citer palsu....damn u budak!!

    ReplyDelete
  5. macam ni pon ada ke?masa dengar berita ni memang saya pon risau pasal anak..huhu

    ReplyDelete
  6. tak boleh buat bini perempuan nih..hahaha

    ReplyDelete
  7. tak boleh buat bini perempuan nih..hahaha

    ReplyDelete
  8. Adoi... adik ni.. x de alasan lain kr nk bagi?? Risau dengar berita ni... malas la buat tu.. tu yg bgi alasan mcm tu...

    Jemput jalan2 di www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  9. Otak letak kat lutut, jiwa kacau dan mental koyak budak nie....

    ReplyDelete
  10. macam-macam ye alasan sekarang ni. banyak tengok cerita ni

    ReplyDelete
  11. Adeh.. saya pon pernah dilaporkan kena culik.haha tpi sebab akk risau sgt sbb g kl snsorg. Then time akk call..tk dpt. Walhal tgh kt highway..

    ReplyDelete
  12. Ni la masalah budak2 skrg. Dah tahu assignment kena siap, buat je la. Sampai nak menipu mcm tu sekali kenapa?

    ReplyDelete
  13. ermmm ni kalau dapat depan2 ni memang ku hempuk2 kepala ,saja je kan mintak kaki...haishhhh

    ReplyDelete
  14. tak pernah terfikir pon dulu nak buat benda aneh-aneh macam ni..hai la budak zaman sekarang..huhu

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/10-rahsia-chia-seed-yang-kita-tidak-tahu.html

    ReplyDelete
  15. Risaula bdk2 skg..mcm2 peel tau..risau sbb kita ada 3 ank dara kt atas2..semua sdg mmbesar..mmg la kita pantau..tp bila depa g sek tu kita xthu btul ke derang ni g sekkan??ishhh..semoga Allah lindungi anak2 kita

    ReplyDelete
  16. ish3... akak pun buat assignment gak. lg la kalut ngan kerja n ank2 dan rmh tangga lagi. buat gak assignment... xdak nk buat krja mcm ni aih... tp mcm pelik je imaginasi budak ni

    ReplyDelete
  17. akal panjang sungguh tapi sayang disalahgunakan

    ReplyDelete
  18. pandai buat pandai tanggung la

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com