FILEM SERAM MONA FENDI YANG TAK PERNAH DI TAYANGKAN

10/14/2014 10:23:00 AM suria lekatlekit 29 Comments

Mungkin ramai yang tahu & tak mustahil ada jugak yang tak tahu tentang satu filem berkisah tentang Arwah Mona Fendi. Filem ni di siapkan pada tahun 2007 tapi tak dapat kelulusan untuk tayangan. Tak tau apa sebabnya di gam.. maybe terlalu banyak ritual khurafat & syirik atau mungkin jugak menganggu sensitiviti keluarga arwah kan. Yelah.. boleh jadi mengaibkan jugak sebab arwah masih ada waris& ahli keluarga even satu Malaysia tahu kes pembunuhan yang di lakukan arwah.

Sumber google

Aku dulu dok cari jugak filem Dukun ni.. terus terang aku memang teruja nak tengok tapi tak tahu rupanya tak di tayangkan pun. Patut la sampai hari ni aku cari dvd dia tak pernah jumpa. Hahahaha...

Sumber google

Watak utama di lakokan Umie Aida sebagai mona fendi. Semalam ada orang tag aku satu video sedutan dari filem Dukun ni.. Terus terang video berdurasi 8:40 tu memang tak mengecewakan. Aku bayangkan filem ni memang filem seram Melayu yang terbest even tak dapat tengok full version. Ada orang kata.. ada di jual dalam pasaran haram. Erkkk... kat mana boleh beli yer... Serius aku memang sangat2 teruja nak tengok filem ni.

Tu pun kalau ada rezeki la kan.. tapi takpe korang boleh tengok video 8 minit ni.. bagi yang tak tahan ngeri.. jangan tengok. Bagi yang ok.. sila tengok.

Gilalah tengok video ni semalam nak tidur aku terbayang yang part dia buat upacara ilmu hitam dia dalam penjara. Ni betul2 dapat feel seram. Mana nak cari filem ni Ooi

Harap hidup korang tak di selebungi misteri mona Fendi lah yer.. Apapun kita doakan semoga arwah mendapat keampunan dari Allah SWT. Dari kisah beliau.. moga kita ambil iktibar. Jangan sesekali melakukan amalan khurafat & syirik walau hanya untuk sekecil2 perkara. Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah..

29 comments:

  1. tak tau ler pulak citer ni ada.
    hahaha..
    mungkin sbb time tu budak2 lagi.
    x layan sgt movie2 ni.

    ReplyDelete
  2. oh filem ni tak jadi ditayangkan ek??? adehhh... kesian produksi mesti terpaksa menanggung kerugian... nanti balik i is tengok ...now tak boleh..ha ha ha, kat opis biasalah...

    ReplyDelete
  3. seram!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! especially part dia meratah tu

    ReplyDelete
  4. ooo...patutlah tak nampak
    pernah dengar juga pasal cite ni, kena gam rupanya
    tapi tak kan sebab tu aje kena gam
    mesti ada adegan lain yang buat dia kena gam
    nasi kangkang yang meloyakan pun lepas
    cer godek dalam youtube, kot ada full movie =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sebab ada kaitan dengan ahli politik jugak.. pepaham je la kan.

      Delete
    2. pepaham je la kalau berkaitan dengan "BIG BOSS" ni.. kalau ahli politik ni selalunya lepas macam cerita datuk A kena tangkap basah dengan gadis siam tu.. sampai ada buat filem tapi Alhamdulillah tak lepas sebab ada banyak adegan yang kurang sesuai untuk ditayang hehe faham faham je la akak akak semua

      Delete
  5. Prnah tgk gmbar iklan film ni lpas tu trus snyap..wah,best ni klu dpt tgk.

    ReplyDelete
  6. ooo, filem ni tak ditayangkan ye. dulu seingat saya ada promo pasal tayangan filem ni, tapi tak sangka la tak keluar pon.

    ReplyDelete
  7. nanti akak tengok..nak tengok kena tunggu abam balik keja sebab dia boleh layan anak2.Mikhail dengan maisara ni kalau akak buka video apa pun semua depa pun sibuk nak tengok.sebab tu kena tunggu ayah depa balik.akak tak bagi depa tengok citer gini..ehehe

    ReplyDelete
  8. Mona Fendi ni serius glamor lepas potong 18 ahli politik tu, kan. Arwah abang akak disemadikan kat kawasan perkuburan yang sama dengan Mona Fendi and the gang ni. Punyalah kita orang ni dulu hati jahat, dok mencari keliling kawasan kubur tu mana satulah kubur Mona Fendi nih. Excited tak bertempat sungguh.

    Akak pun tak pernah tengok cerita ni dan tak tahu pun ada filem dibuat sempena cerita Mona Fendi ni.

    ReplyDelete
  9. dah lama layan video ni.... aku terkilan dia tak dapat kelulusan... nak cari yang harem cam susah aje.... aku sokong citer ni antara citer melayu yang terseram.....

    ReplyDelete
  10. Filem ni mmg best lagi2 bila filem tu diambil dari kisah benar.

    ReplyDelete
  11. belum tengok lagi citer nie....

    ReplyDelete
  12. tula filem ni dah siap tapi tak diluluskan untuk ditayangkan..camtulah..

    ReplyDelete
  13. hahaahah.akak ni,kalau ada sy pon nak tau.hahaha

    ReplyDelete
  14. Ingat cerita ni ada iklan2 dulu..xthula plak xdtygkan.huhu

    ReplyDelete
  15. baca kisah dia saja pun dah seram...

    ReplyDelete
  16. NAK TENGOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK(PEMINAT CERITA SERAM)

    ReplyDelete
  17. please email me this DUKUN movie (27 january 2017)..
    scenicsky05@gmail.com

    ReplyDelete
  18. hi please email me this movie (sharulizzuddin77@gmail.com)

    ReplyDelete
  19. email me too if still have this movie (mfsayon1@gmail.com) ty

    ReplyDelete
  20. hi please email me this movie (dalemainoi@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Pls email to me farilfaroque@gmail.com

    ReplyDelete
  22. can email me this filem movie??
    slumb3r77@gmailcom

    ReplyDelete
  23. Email me please
    asyraf0386@gmail.com

    ReplyDelete
  24. filem ni dah ditukar nama kerat 14 disebabkan keluarga mona fendi tak nak cerita sebenar dibagitahu bekali kali so kalau korang nak tau real title carik kerat 14.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Aku takut nak tido tgk cite ni sore. Part dia baca jejampi tu scary. Apa jd lepas dia dpt cincin wife dia dr rumah diana??? Ramai ckp video tak full. Chit... Buat aku tertanya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com