GADIS MELAYU BERTUDUNG JUAL T-SHIRT ALE UT*

10/22/2014 09:58:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Semalam dok berjalan jalan kat FB tetiba terserempak dengan satu video yang mula menjadi viral kat laman sosial. Video tu video yang di hasilkan untuk tujuan mempromosikan T-Shirt yang di jual. Idea promosi dia tu agak kreatif la. Dia pun nampak tak kekok beraksi depan camera tapi yang tak best.....

Aduhai.. dengan loghat utaqa dia dia mempromosikan T-shirt yang hot katanya bertulisan Ale Ut*.. Mak Aiii.. Kau tanpa rasa segan silu jual T-shirt camtu yer budak. Mustahil ko jual ko tak selidik apa maksud perkataan tu.. So jangan buat alasan ko tak tahu maksud perkataan tu yer nanti bila dah semua orang mula mengutuk perbuatan ko.

Semua orang nak meniaga.. kalau boleh nak meniaga benda yang lain dari yang lain tapi tak perlu terlalu kelainan sangat sampai tak sensitif langsung dengan semua perkara. Walaupun Ale Ut* tu sebutan perkataan lucah secara pelat budak2.. tempat ramai yang tahu maksud perkataan tu.

Sedutan dari video tersebut

Ingat Zaman Laman Sosial, salah langkah boleh jadi viral yang mampu menjatuhkan maruah & air muka anda jugak keluarga anda so sila lebih berhati hati. Jangan fikir sekali sebelum membuat apa2.. sila fikir lebih banyak kali kesannya bila sesuatu tu mula tersebar. Pada adik tu.. dah terlajak kau post benda tu kat laman sosial, bersedialah dari segi mental & fizikal. Lepas ni confirm.. Kau akan hadapi satu Dugaan besar dalam hidup.

Moga jadi peringatan & pengajaran pada kita jugak.. Kita pun manusia tak mustahil kalau nafsu mengatasi akal kita pun boleh termelakukan sesuatu yang mungkin memberi kesan buruk pada diri kita.

P/S : even dia bertudung tak bermakna semua yang bertudung pun tahap ke'tidak'maluan macam dia. Sekarang ni penampilan tak mengambarkan perwatakkan.

8 comments:

  1. erkkk~
    kejadahnya duk jual t-shirt tu.
    video2 dalam youtube pun dah banyak pasal ni.
    bangga la kot duk sebut perkataan tu.
    stress mak jemah!

    ReplyDelete
  2. Akak yang makcik 2ni pun malu nak sebut walaupun dok sorang2 depan cermin.aih..dah tak de rasa malu dah budak2 sekarang ni..jom la kita buat kempen untuk bagi orang perempuan ni ada rasa malu sikit..

    ReplyDelete
  3. Dunia zaman skang..dasat2..pegang anjingla..itu la inila..nauzubillah

    ReplyDelete
  4. Macam2 ler bebudak skrg nie...

    ReplyDelete
  5. aduyaiiii
    memalukan orang utara ni
    suka sangat meniru orang tanpa selidik dulu

    ReplyDelete
  6. siap cakap ala2 comey lagi... aduhai...

    ReplyDelete
  7. ada nampak video ni, tapi tak tergerak ati nak nengok
    saya baru tahu juga benda dia kata tu benda kotor

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com