HANTU RAYA KORBAN

10/05/2014 10:33:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Hantu raya korban? Hantu apa pulak ni? Ada ke hantu khusus masa hari raya korban? Hantu sekarang tak kira hari dah.. puasa pun ada hantu siapa kata takde. Bulan puasa yang takde cuma syaitan.. Yang lain2 tetap berkeliaran macam biasa apatah lagi raya korban semua makhluk bebas bertebaran di muka bumi Allah ni. Mesti korang tertanya tanya hantu apa yang aku nak share dengan korang kan?

Sumber google

Hantu aku nak share ni aku sendiri tak sure tahap keseraman & kengeriannya. hahahahaha... Akibat tak balik kampung raya korban ni maka petang raya sebab la keluar merayap sekejab. Sekejab jer sebab Bapak nya malam hari ada keroje nak buat. Sempat la merembat bahan2 nak masak rendang sebab semalam tak sempat nak pergi beli kekdahnya. Takpe la takde juadah raya yang lain.. ada rendang pun dah cukup syarat raya katanya kekekeke

Di kesempatan itu sempat jugak merembat sampai gol 3 dvd seram 3 bahasa. Cerita melayu, thailand & omputih. Cerita melayu tu memula ambil letak ambil letak jugak la. tak confident cerita dia best sebab MIG punya produk tapi tak tahan jugak tajuk cerita dia attractive sangat katanya... Alah cerita baru tayang kat pawagam tu.. Nasi kangkang. Takpelah sebab hati ni membuak sangat nak tahu samada cerita tu best macam tajuk dia.. atau hampeh aku pejam mata & bawak pergi kauter bayar jugak la. kalau best nanti kita puji.. tak best nanti kita kutuk. hahahahahaha

Koleksi seram terbaru aku

Cerita Thailand The Whisper Spooky.. Tak google lagi cerita tahun bila. Main rembat jer. Yang pasti bukan cerita baru tapi sebab aku belum tengok bagi aku cerita baru jugak la. Yang mat saleh punya horror film, Contracted pun aku tak sure cerita tahun bila. Tapi rasanya cerita baru kot sebab aku google katanya realese June 2014. Secara kasar aku baca review dia macam tak sesuai untuk tontonan seisi keluarga jer.. hahahaha. Apapun lepas aku tengok baru aku review.

Orang sibuk daging korban aku takde kerja lain.. asal keluar je cari dvd seram tak kira raya ke tidak. hahahaha.. Nak buat macam mana dah suka.. ke tahap obses dah? sebab asal beli dvd jer mesti filem seram takde lagi aku beli filem cinta ker.. filem komedi ke.. Tahun ni semua filem seram jer. Asalkan tak mudarat sudah, ye dak? Lain la bila tengok sampai taksub.. percaya hantu lebih pada percaya Allah. Tu mungkin kena buat rawatan jugak la kan.

Yang mana masih beraya tu manafaat masa dengan family tu sebaik mungkin jangan asyik dengan semakpon je tau. Aku kalau balik kampung semakpon pun tak pegang dah. Bukan senang nak dapat kumpul jumpa family jadi hargai masa yang ada dengan mereka. Selamat hari raya maaf zahir batin.

4 comments:

  1. Gilalah kak Suria tengok cerita seram. Tapi betul cakap kak Suria. Filem2 MIG ni bukan boleh percaya sgt kualiti dia. Lebih bnyk yg x best dari yang best.

    ReplyDelete
  2. Anabell dah tgk? Saya tak minat cerita seram...saje je mengomen kat sini

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Anabell dah tgk? Saya tak minat cerita seram...saje je mengomen kat sini

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. la igtkn hntu betul...hihi...kiter pn suka jgk tgk crta2 seram nie...lpastu takut sendri

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com