MULIANYA ROKOK BERBANDING MINYAK PETROL

10/02/2014 03:34:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Maka bertebaranlah sejak semalam status2 berkenaan 20sen. Ada yang meluahkan perasaan tak puas hati, ada yang kata ok jer bukan harga minyak naik subsidi jer di kurangkan, tak kurang jugak yang ambil kesempatan buat troll sampai penuh keywords blog aku orang dok cari gambar budak ayu dalam filem bujang lapuk sebab nak troll harga minyak yang naik 20sen tu. Maka akan muncul jugak komen.. Harga minyak naik korang naik minyak.. harga rokok naik rilex jer korang sedut hembus.


Even dah berkali harga minyak naik tetap orang nak compare dengan rokok.. Ok.. Kalau harga rokok naik, rokok seludup berlambak kat pasaran lebih murah perokok kata rilex je la. Harga rokok naik.. harga minyak masak, harga barang rumah @ apa2 harga takkan naik. contoh orang nak masak tak guna api rokok.. Jadi rokok naik dia punya pasal la. Melainkan nak masak kena bakar rokok, dah confirm orang melalak jugak. Orang tak hisap rokok apa ada hal kalau rokok naik pun. Harga cekodok tetap sama.

Tapi bila harga minyak naik.. Bukan setakat harga cekodok jer naik.. nak naik keta kodok pun fikir 18 kali. Bukan terjejas orang yang ada kenderaan pakai minyak jer.. Orang jalan kaki, orang tak boleh jalan pun terjejas jugak. Sebab harga barang walau tak umum  naik secara rasmi auto naik. Jadi sila bijak sikit wahai pembela kerajaan. Tak salah nak sokong, tapi sebelum berhujah sila pakai otak bukan fikir pakai tapak kaki.

Sekarang faham kenapa orang sanggup berdemo kalau harga minyak naik & orang boleh rilex bila harga rokok naik. Bila harga minyak naik semua kos naik.. Ko fikir orang sekarang gerak pakai ilmu ghaib ker? Tak payah pakai kenderaan.. Bila kos penghantaran naik kos barang pun naik la! Tu pun tak reti fikir. Bukan sebab rokok tu baik sangat sampai orang tak kisah harga dia naik berbanding minyak petrol.  Cemuih aih...

P/S : Isu anjing compare dengan rokok.. Isu minyak compare dengan rokok.. Rupanya ramai orang jeles dengan rokok

6 comments:

  1. tadi terbaca dekat satu blog yang kenaikan
    ron95 ni adalah tragedi oktober =)

    ReplyDelete
  2. Macam2 hal kan negara kita ni.. tahniah anda ada blog yg banyak info. Jemput blogwalking www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  3. tu la..apa pasal nak banding2kan dengan rokok..bukan semua rakyat malaysia ni hisap rokok.kami makan nasik la.tak makan rokok..

    ReplyDelete
  4. hahahhaha adoi entri ni kelakar.... kira rokok baik sikit laa dari minyak... tang minyak kejam sangat... goreng pisang pun naik 20sen gak kot... hiks

    ReplyDelete
  5. hmm... bukan semua org hisap rokok daa...

    ReplyDelete
  6. Inilah masalah kerajaan kita. Suka sangat membazir duit sana sini lepas tu bila tak.ada duit, kurangkan subsidi minyak. Yg tanggung beban siapa? Rakyat.juga termasuklah mahasiswa macam.saya.ni. Haishhh... Entahlah....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com