WAHAI PENJENAYAH KALAU NAK TOREH @ SIMBAH ASID PASTIKAN PADA PEREMPUAN CANTIK
Susah jugak nak komen isu ni sebab pertama mesti orang anggap aku dengki kat dia. Nak dengki apanya dia yang kena toreh bukan aku. Mesti ada orang akan gunakan alasan dah rezeki dia. Yelah rezeki dia sapa boleh pertikai tu la cuma orang pelik sikit keprihatinan pihak2 tertentu ni cuma pada orang tertentu & yang ada kelebihan tertentu je ke?
berapa banyak kes perempuan yang rosak wajah mereka akibat dari keganasan & jenayah. ada yang kena simbah asid dari individu yang tak di kenali & tanpa sebab musabab. cair satu muka dah tak nampak bentuk mata hidung mulut. takde pun nak taja rawatan pulihkan wajah depa.tetiba yang lawa,comel lote tak sempat sembuh luka dah ada yang menaja. Betapa orang cantik ni disayangi ramai.untunglah tak payah merayu derma bagai kan.ada orang anak sakit nak dapat rawatan jenuh post kat laman sosial, kot2 la ada yang nak menaja.tapi tak semua pun dapat tajaan.
kelebihan orang cantik senang dapat perhatian & simpati. jadi moga penjenayah kat luar sana lebih perikemanusiaan kat kami yang tak cantik ni. Tolong jangan cederakan muka kami yang tak berapa cantik ni,rasa ketagih sangat nak toreh muka orang cari la yang lawa2.takpe kat malaysia orang cantik senang dapat tajaan untuk kos rawatan kembali cantik. macam.kami ni dah la kurang cantik.kalau di hodohkan lagi takde sapa nak tolong cantikkan,tak kesian ke? yelah taja orang tak cantik apa dapat.orang cantik kena toreh jadi viral,terkenal,meletap letop macam popcorn tengah masak,so taja depa dapat la publisiti. taja anak kak tijah kena simbah asid masa abis shift kerja kilang yang muka jerawat batu,gigi pun kurang media pun tulis berita hujung2 kertas jer nak buat apa, ye dak? kekekeke.peace!
p/s : perikemanusian & simpati sekarang ni seolah2 kena beli. ada publisiti ada simpati.bukan semua tapi makin banyak dah macam tu.
** ok esok start bersiaran di pc sebab dah dapat cpu baru. Insya Allah ada kelapangan den singgah ke blog hangpa**
sedih kan bila depa pilih kasih.... aku pun takut muka aku ni ditoreh2.... sebab kurang cantik... tapi hilang terus cantik..... para penjenayah sila alert... nak buat jenayah sila dengan perempuan cantik je :(
ReplyDeletewin entry ni! saya setuju sangat =)
ReplyDeleteobviously ada yang tak kena bila orang cantik aje dapat tajaan
bukan kes ni aje pernah mengemparkan malaysia, banyak!
tapi mereka tak senasib dengan yang tu, sebab mereka tak cukup cantik
untuk melayakkan mereka ditaja
senang citer,.,sume nk nama pd dunia je..
ReplyDeletebila fikir balik, ni semua ujian untuk kecantikan mereka. Allah sentiasa menguji setiap hamba-nya. lebih kena uji, sikit pun kena uji.
ReplyDeletebaca gak kes tu.. memang rasa annoying pun...
ReplyDeletebukan jeles ke cemburu ke hape.. tp rasa annoying plak.. mula2 kesian laa..tp dah dia pon tagih simpati mintak sesiapa sponsor pergi elokkan muka dia tu.Media pon lagi laa nak hangat kan keadaan..moga tak terjadi lah kejadian yang tak diingini berlaku kat diri sendiri..
ReplyDeletesetuju tu lekat lekit, awak memang sangat jujur dalam menulis entry
ReplyDeleteKikiki..lawaks sikit tang suruh penjenayah g toreh muka hat lawa2..tp org xthu yg kenapa ye penjenayah tu toreh muka dia?saje2 ke bersebab..opsss
ReplyDeleteBetul la..akak pun pelik.cakap lebih2 satgi kata kita yang buruk ni dengki..tapi tu la hakikat nya..orang cantik sentiasa dapat perhatian..jangan ada lagi lelaki2 yang tanya kenapa la perempuan ni kemaruk sangt nak cantik..depa sendiri pun tau kenapa...kalau tengok kes ni, jantan2 jugak yang menviralkan nya..
ReplyDeleteAduhai, sambil gelak baca 'isihati' penulis entri ni. Yalah, lumrah manusia orang cantik disayang-sayangi, orang tak cantik lempar jauh-jauh. Cantik tu subjektif tapi manusia ni memang spesies suka membeza-bezakan status seseorang. Kalau kita minta penyangak serang orang cantik-cantik aje, susah juga nih. Tinggal kita yang tak cantik je, tak meriahlah dunia nih. Hahaha.....
ReplyDeleteYang betulnya...org cantik mmg mudah disayang orang. Org x cantik, gigih kena lebih. Huhu..
ReplyDeleteLucu baca entry ni. Mulanya rasa kesian tapi bila dah melampau-lampau banyak cerita pasal awek ni jadi meluat plak.
ReplyDeleteada betulnya..bab rezeki memang tak boleh dipertikaikan tapi para penaja tu..boleh pikir kot..
ReplyDelete