JANGAN BULI ZAMANI SLAM

1/22/2015 12:25:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Tak tau la dalam banyak2 artis yang kantoi sebab dadah ni, Zamani Slam paling aku simpati sangat sangat. Kita semua tahu sejak beliau berkecimpung dalam dunia seni, tak pernah ada apa2 masalah atau kontroversi. Tak pernah dengar dia buat hal apa2.. Cuma tahun ni dia kantoi sebab dadah even dari pengakuan beliau dah menangih sejak 10 tahun dulu.


Semua manusia takkan lepas melakukan kesilapan.. Zamani pun manusia. Mungkin dari sudut lain dia artis yang baik cuma tersilap langkah & terjebak dengan dadah. Sejak pagi tadi kat laman2 sosial orang mula memviralkan video zamani di gari & di paksa menyanyi oleh anggota polis.. Serius aku tengok sekejab video yang di share kat Wall penyanyi Ayu OIAM. tengok tak habis pun.. Rasa kesian sangat. Kenapa buli dia macam tu? Dia bukan orang jahat.. Dia cuma penangih dadah yang masih ada harapan untuk di pulihkan. Dia tak ada rekod jenayah.. Jangan buli Zamani!

Kesilapan terbesar anggota polis tu cuba menyebar video tersebut & sekarang mendapat kecaman dari banyak pihak. Tak kira siapapun mereka, Anggota polis laksanakan tugas ikut etika la. Jangan nak seronok sangat. Silap langkah.. dapat padah. Apapun untuk zamani.. Moga apa yang berlaku di jadikan pengajaran. Ramai yang masih menyokong zamani.. gunakan kesempatan ni untuk berubah kearah yang lebih baik. Moga Zamani pulih dari dadah & hidup dengan lebih sihat. #SupportZamani.

10 comments:

  1. Sedih kak !! Kita rasa nak nanges tengok video tu. T_T

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni apa-apa pun nak diviralkan tanpa fikir panjang. Nyampah pulak! Padanlah si Zamani ni kurus keding je, tak berubah dari dulu. Akak takdalah minat sangat tapi tipulah kalau kata tak pernah lagu Zamani n Slam ni.

    P.S. Cik Suria *_*, akak dah 'balas budi' kat blog. Nak viralkan tak reti. Hahahaha.....

    ReplyDelete
  3. Tp best gk suara dia walaupun tgn bergari kan...hihi

    ReplyDelete
  4. Betul2...walaupun ada yang cakap ,dia tak kisah la..dia ok la..tapi bagi akak tak payah kot nak rakam2 dan sebar kan..suruh nyanyi kau dengar je la kat situ..nak rakam2 dan sebarkan tu buat apa ..apa niat dia entah...

    ReplyDelete
  5. geram kann..yg tukang viral tu memg laaa buat kita marah.. yg share pon caption "alaa..kesiannye..sedihh" tp pikir ke kesedihan keluarga dia bila tengok video tuu.. kite tengok pon separuh je..x sampai hati tengok muka dia kan

    ReplyDelete
  6. saya tak tgk. bila ramai kata sedih, memang ku hide kan terus...

    ReplyDelete
  7. Tak tengok jugak.xsmpi hati.dulu abag zamani ni jiran sebelah rumah ahkak dekat taman keramat.dr darjah 2 lagi dah kenal dia suka nyanyi2 kat tepi umj..main gitar..tup2 bila akk pndah melati dia jd penyanyi terkenal.akk rapat dgn kakak dia.dh mcm mak akk je...mesti arwah mak dia sedih tgk dia camni

    ReplyDelete
  8. Sedih sis.. Sayu betul tengok gambar dan dengar suara dia nyanyi tu.. Kathy tetap minat dgn zamani ni walau dia dah jadi macam ni. :'(

    ReplyDelete
  9. salams sue, sedihhh sgt tgk zamani...rasa mcm dipermainkan kat dlm sana....:(

    ReplyDelete
  10. Polis kadang kadang bertindak kejam.terhadap tahanan. Kes zamani ni satu kes dari.ribuan.kes kekejaman polis.terhadap tahanan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com