PENCUCI MUKA SIPUT BABI

1/25/2015 10:51:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Baca tajuk pun rasanya ada yang geli geleman kan? Yelah siput babi tu kan bersifat lembab & penuh lendir.. Apatah lagi nak ambil siput babi tenyeh kan muka? Ada yang sanggup buat ke? kang ada yang masuk wad sebab muntah tak berhenti henti.

Sumber google

Ok.. ok.. kalau ambil sekor2 siput babi tenyeh kat muka aku sendiri pun tak sampai hati nak aniaya muka aku sendiri macam tu tapi yang aku nak share adalah pencuci muka berasaskan lendir siput babi yang baru aku beli semalam kat guardian. Dari minggu lepas aku dah tanam azam nak beli.. So, minggu ni harus la capai cita2 tu kan. Sebab semalam sempat keluar sekejab harus ambil kesempatan singgah guardian. Kenapa guardian. Sebab nak kumpul setem boleh redeem hadiah katanya. macam la aku istiqomah sangat nak kumpul setem guardian ni kan? hahahahaha

Macam tipikal perempuan lain.. aku pun sama. Niat nak beli snail cleanser je tapi biasa la aku bagaikan di dampingi makhluk halus seakan2 menyuruh rembat la apa2 lagi. Maka terembat la sunscreen moisturizing cream. Dua2 pun produk bio essence. Pun camtu dok intai2 jugak nak amik ke tak snail cream bio essence tu sebab tengah offer harga dalm RM78++ berbanding harga asal RM99++ tapi nasib baik tang harga tu buat aku kuat iman sebab banyak lagi cream aku nak kena abiskan kat rumah. kang jenuh nak buat GA sedekah cream2 yang ada tak terpakai ni. hahahahaha


Hasilnya tak tau macam mana lagi. kena tunggu seminggu dua dulu baru boleh review. Hope indahnya seperti khabarnya jugak la. Mana lah tau lepas pakai bertukar jadi Nora Danish ke. Tapi harap sangat lepas pakai tak jadi macam siput babi pulak. hahahaha

3 comments:

  1. Hehehe hope berkersan.. ena penah dgr org kata product ni elok dan berkesan

    ReplyDelete
  2. Kalau terasa nak buat GA tu, daku dilupa jangan! Boleh lepas tu sambung baling belakang almari kita pulak!

    Pernah guna BioEssence ni tapi zaman tok kaduk bila ntah belinya tak ingat. Jangan-jangan ada saki baki lagi atas almari tu. Yalah, bila belek iklan kat majalah je, terover excited sampai lupa daratan. Inilah hasilnya. Takda pulak nampak macam Nora Danish sebab tak tekun pakai. Kalau tidak, memang kalah Dato' Bedah. Huhuhu!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com